Ini 5 Bahan Yang Boleh Hilangkan Kesan Kunyit Pada Tangan Lepas Memasak. Boleh Cuba!
Kesan kunyit pada tangan sebenarnya boleh dihilangkan dengan menggunakan beberapa bahan seperti minyak zaitun dan lemon.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Kepada para wanita di luar sana, mesti anda pernah mengalami masalah di mana tangan akan berwarna kekuningan selepas menggaul bahan masakan menggunakan kunyit kan?
Tambah pula di bulan Ramadan ini memang hari-hari memasak hidangan untuk juadah berbuka.
Kadangkala warna kuning yang semalam pun tak sempat hilang tetapi tangan menggaul lagi menggunakan kunyit pada hari berikutnya.
Penat juga bilas tangan dengan air berkali-kali untuk menghilangkan kesan kunyit itu tetapi tidak berhasil.
Petua Untuk Hilangkan Kesan Kunyit Pada Tangan
Kepada anda yang ingin menghilangkan kesan kunyit pada tangan, jom kami kongsikan petua menggunakan beberapa bahan yang boleh membantu anda mengatasi masalah ini.
Antara bahan yang boleh digunakan adalah:
1. Petua Hilangkan Kesan Kunyit: Soda Bikarbonat
Campurkan soda bikarbonat bersama sedikit air dan sapukan dengan rata pada tangan anda. Ulang langkah yang sama beberapa kali sehingga kesan kunyit pada tangan mula hilang.
2. Petua Hilangkan Kesan Kunyit: Cuka Epal
Tuangkan tiga hingga empat titis cuka epal pada tangan dan gosok secara perlahan-lahan sehingga kesan kunyit semakin pudar. Kemudian, bilas tangan anda menggunakan air bersih.
3. Petua Hilangkan Kesan Kunyit: Lemon
Perahkan jus lemon dan sapu pada tangan anda. Selepas itu, biarkan seketika. Kemudian, gosok tangan secara perlahan-lahan sehingga hilang kesan berwarna kuning daripada kunyit.
4. Petua Hilangkan Kesan Kunyit: Minyak Zaitun
Panaskan minyak sehingga suam dan sapukan pada kulit yang mempunyai kesan daripada kunyit. Untuk mendapatkan hasil yang lebih cepat, gosok tangan menggunakan kain atau tuala.
5. Petua Hilangkan Kesan Kunyit: Minyak Kelapa
Sapukan minyak kelapa sekitar kawasan tangan dan kuku anda sebelum menggaul bahan masakan menggunakan kunyit. Cara ini dapat mengelakkan warna kuning pada kunyit melekat pada kulit anda.
Semoga tips ini dapat membantu anda di luar sana untuk menghilangkan kesan kunyit pada tangan dan juga kuku.
BACA JUGA: 9 Resepi Lauk Berbuka Puasa Untuk Orang ‘Single’. Senang, Simple & Cepat!
BACA JUGA: Resepi Sambal Tumis Cili Api, Boleh Terus Makan Untuk Berbuka Puasa & Sahur
BACA JUGA: Resepi Chili Butter Clams Ini Raih Shares Hampir 8K Di Facebook. Nampak Sedap!
Petua Untuk Menjimatkan Penggunaan Minyak Masak Dengan Lebih Cermat
Kepada mereka yang hari-hari memasak untuk hidangan berbuka puasa, minyak masak adalah bahan utama yang perlu ada.
Namun, penggunaan minyak masak berulang kali adalah tidak digalakkan tetapi ada cara yang boleh diamalkan supaya minyak masak boleh disimpan dan tahan lama.Â
Antara langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk menyimpan minyak masak dalam keadaan yang sesuai adalah seperti berikut:
- Elakkan minyak masak yang terlalu panas dibiarkan tanpa ada bahan untuk digoreng.
- Pastikan suhu minyak masak digunakan dalam kadar yang sesuai iaitu sekitar 180 sehingga 190 darjah celcius dengan api sederhana.
- Terus padamkan api selepas habis menggoreng.
- Guna penapis untuk menapis keledak yang terhasil ketika menggoreng.
- Guna bekas kedap udara untuk menyimpan minyak masak yang telah digunakan di dalam peti sejuk beku.
BACA JUGA: Ini 5 Petua Jimat Minyak Masak Tanpa Perlu Tukar Baru & Boleh Dipakai Semula
BACA JUGA: Cara Basmi Kutu Beras Dengan Efektif
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.