Now Reading
Apa Perlu Buat Selepas Berlaku Gempa Bumi?

Apa Perlu Buat Selepas Berlaku Gempa Bumi?

Selepas gempa bumi berhenti, segera cari maklumat jika akan berlakunya gegaran susulan atau amaran tsunami.

gempa bumi turkiye (3)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kejadian gempa bumi yang berlaku di Turkiye pada 6 Februari yang lalu dengan kekuatan 7.8 skala Ritcher dilaporkan telah meragut nyawa lebih 7,800 orang mangsa termasuklah kanak-kanak dan warga emas.

Dalam pada itu, ramai juga mangsa yang terperangkap di bawah serpihan konkrit akibat runtuhan bangunan ketika gegaran berlaku sewaktu gempa bumi.

Gempa bumi yang dilaporkan sebagai paling buruk dalam tempoh 100 tahun di Turkiye itu turut menjejaskan negara jirannya iaitu Syria.

Antara mangsa yang berjaya diselamatkan di bawah runtuhan bangunan di Syria ketika gempa bumi itu berlaku adalah seorang bayi yang baru dilahirkan.

Kejadian ajaib itu telah membuatkan seluruh dunia terkejut kerana bayi itu masih bertali pusat ketika dia dikeluarkan oleh orang ramai yang datang membantu.

Walau bagaimanapun, ibu kepada bayi itu dikatakan telah meninggal dunia selepas bayi tersebut dilahirkan.

BACA JUGA: Gempa Bumi Turkiye-Syria: Bayi ‘Ajaib’ Lahir Di Sebalik Runtuhan Bangunan, Si Ibu Meninggal Dunia

Sumber: CNN/Instagram.

Perkara Penting Perlu Buat Ketika Berlaku Gempa Bumi

Malaysia merupakan negara yang bertuah kerana terlindung daripada garisan ancaman gempa bumi dan bencana lain.

Namun sebagai langkah berjaga-jaga, kita perlu mengambil tahu tentang perkara yang perlu dilakukan sekiranya berhadapan dengan bencana gempa bumi.

Langkah utama adalah dengan berlindung di bawah objek yang kukuh dengan mengamalkan 3T iaitu Tunduk, Tutup dan Tahan.

apa perlu buat ketika gempa bumi
Sumber: USGS.gov

Namun, beberapa langkah perlu diambil kira berdasarkan lokasi anda.

  • Rumah atau sekolah
    • Berlindung di bawah meja yang kukuh dan elakkan diri daripada menghampiri tingkap, kabinet atau objek yang berat dan mudah terjatuh.
  • Bangunan yang tinggi seperti pejabat dan pusat beli-belah
    • Menggunakan tangga dan elakkan lif kerana berkemungkinan bekalan elektrik akan terputus.
  • Di kawasan terbuka
    • Elakkan dari berhampiran dengan bangunan tinggi, tiang lampu atau elektrik dan juga pokok.
    • Lindungi kepala dan muka dengan apa-apa objek keras yang selamat.
  • Di dalam kereta
    • Memberhentikan kereta di kawasan yang selamat dan tidak berada di bawah jambatan atau tiang kabel elektrik.

BACA JUGA: Ini Apa Yang Anda Perlu Lakukan Ketika Berdepan Gempa Bumi


Apa Perlu Buat Pula Selepas Gegaran Gempa Bumi Berhenti?

Sumber: The Washington Post

Gegaran daripada bencana gempa bumi boleh mengakibatkan ramai mangsa mengalami kecederaan dan terperangkap di bawah runtuhan bangunan.

Perkara penting yang perlu dilakukan selepas gegaran sudah tamat adalah:

  • Semak diri anda dan orang sekeliling sekiranya ada yang memerlukan bantuan kecemasan.
  • Hubungi talian kecemasan untuk meminta bantuan segera.
  • Mencari maklumat tentang kejadian sama ada akan berlaku gegaran susulan atau terdapat amaran bencana lain seperti tsunami dikeluarkan.
  • Jika anda terhidu bau gas, cepat-cepat buka tingkap dan meninggalkan premis tersebut.
  • Pakai kasut bertutup bagi mengelakkan diri anda dari terpijak kaca atau serpihan tajam.
  • Elakkan dari berada di lokasi berhampiran pantai atau laut kerana bimbang sekiranya bencana tsunami berlaku susulan gempa bumi yang berlaku.

Walaupun Malaysia jarang ditimpa bencana alam, tetapi kita perlu bersiap sedia dengan ilmu untuk memastikan keselamatan diri terjamin.

Mungkin sudah tiba masanya Malaysia menjalankan latihan untuk berdepan bencana gempa bumi sebagai persediaan, seperti mana kita selalu buat latihan kebakaran.

Tak salah kalau kita bersiap sedia kan? Bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd