Khairulaming Dedah Cara Rakam & Muat Naik Video Kualiti Tinggi Di Instagram Dengan Telefon Je
Tips untuk menghasilkan video berkualiti tinggi dengan resolusi 4K yang dikongsikan oleh Khairulaming ini mungkin hanya boleh digunakan oleh pengguna iPhone sahaja.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Bila tengah mood rajin nak memasak dan ingin mencuba resepi-resepi baharu, antara salah satu rujukan yang sering menjadi perhatian rakyat Malaysia adalah akaun media sosial Khairulaming atau nama sebenar Khairul Amin Kamarulzaman.
Walaupun video memasak yang dimuat naik oleh Khairulaming rata-ratanya kurang dari tiga minit, tetapi penyampaian dan kualiti visualnya juga cukup puas hati.
Kalau tengok video resepi memasak Khairulaming ketika bulan puasa, memang confirm terus terliur dibuatnya.

Khairulaming Kongsi Cara-cara Untuk Rakam Video Berkualiti Tinggi
Tidak dinafikan, kualiti video memasak yang dihasilkan oleh Khairulaming memang semuanya ‘tip-top’. Mesti ramai yang tertanya-tanya bagaimana cef selebriti ini boleh mengeluarkan konten seperti itu kan?
Menerusi hantaran di muat naik di laman Twitter miliknya (@khairulaming), personaliti media sosial ini berkongsi cara-cara untuk merakam dan memuat naik video berkualiti tinggi dengan resolusi 4K di Instagram.
Tetapi tips yang dikongsikan ini mungkin hanya boleh diaplikasikan oleh pengguna iPhone sahaja.
Cara Menukar Tetapan Dalam iPhone
- Pergi ke bahagian Settings.
- Klik Camera dan Record Video. Kemudian, klik pada tetapan 4K at 60 fps.
- Aktifkan tetapan HDR Video dan juga Enchance Stabilisation sekiranya anda menggunakan iPhone 14.
Cara Muat Naik Video Berkualiti Tinggi Di Instagram
Untuk memuat naik video berkualiti tinggi dengan resolusi 4K di laman Instagram pula, berikut adalah cara-caranya.
- Klik Account pada bahagian Settings.
- Kemudian, klik Data usage.
- Aktifkan tetapan High-quality uploads.
Untuk mendapatkan visual yang cantik, anda perlu merakam video menggunakan kamera telefon terlebih dahulu sebelum memuat naiknya di laman Instagram.
Beberapa pengguna media sosial yang lain turut memberi maklum balas di hantaran tersebut dengan memaklumkan tips oleh Khairulaming itu sememangnya berhasil.
not 100% sure how it works tapi so far pakai setting ni kat iphone and IG. record guna camera phone, bukan camera instagram. also dekat IG kena enable “high quality upload”. lepas dh record baru upload ke ig story in 4k https://t.co/4FcMxxV9ZN pic.twitter.com/JfQN75ebYM
— Khairulaming (@khairulaming) October 15, 2022
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.