Now Reading
Suami Meninggal, Isteri Boleh Keluarkan Duit Dari Akaun Arwah Atau Tidak?

Suami Meninggal, Isteri Boleh Keluarkan Duit Dari Akaun Arwah Atau Tidak?

Jika nilai wang simpanan arwah suami di dalam akaun miliknya adalah melebihi RM10,000, maka perintah atau surat daripada pihak berauthoriti adalah diperlukan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kehilangan insan tersayang sememangnya begitu menyakitkan. Terutamanya apabila ia melibatkan pasangan suami isteri yang memiliki anak. Jika sebelum ini, suami adalah ‘sole breadwinner’, pemergian suami tidak dinafikan akan menjadi perkara yang membebankan si isteri.

Sebab itulah pentingnya ‘menyediakan payung sebelum hujan’ dan sentiasa bersedia dengan apa yang akan mendatang. Sebagai contoh, hibah.

Ia merupakan suatu akad yang mengandungi pemberian milik seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada individu yang dipilih pada masa hidupnya, tanpa balasan.

BACA JUGA: Penerima Hibah Meninggal Dunia? Ini Apa Yang Anda Perlu Lakukan

Sumber: Sinar Harian

Persoalan: “Suami Meninggal Dunia, Isteri Tahu Nombor Pin Arwah, Tapi Duit Boleh Dikeluarkan Atau Tidak?”

Seorang pengguna Twitter (Zaidi Nordin) baru-baru ini telah memberikan pencerahan perihal topik ini untuk difahami oleh para isteri di luar sana yang kehilangan suami tercinta.

Mungkin ramai yang masih keliru apa yang perlu dilakukan saat berdepan dengan situasi seperti ini.

Menurut Zaidi, untuk kes ini akan munculnya dua situasi iaitu:

Situasi 1: Wang Simpanan Akaun Melebihi RM10,000

Untuk situasi seperti ini, jika nilai wang simpanan arwah suami di dalam akaun miliknya adalah melebihi RM10,000, maka perintah atau surat daripada pihak berauthoriti adalah diperlukan.

Perintah atau surat ini dinamakan sebagai ‘Surat Kuasa’.

Perlu diingatkan juga untuk sesiapa pun jangan mengeluarkan duit si mati menerusi ATM ataupun online transfer kerana kesemua ini akan direkodkan.

Waris disarankan untuk pergi ke setiap bank (jika boleh) untuk memastikan sama ada arwah memiliki akaun bank di setiap bank berkenaan. Mungkin ada si isteri yang terlepas pandang, oleh itu pergilah ke setiap bank untuk semak kembali.

Selepas itu, waris perlu pergi ke Pejabat Tanah untuk minta surat kuasa untuk keluarkan duit dari akaun arwah. Walau bagaimanapun, Pejabat Tanah selalunya akan ambil masa beberapa bulan untuk proses.

Selepas Surat Kuasa dikeluarkan, waris kena datang ambil semula di Pejabat Tanah dan dihantarkan kembali kepada bank tersebut. Bank akan proses dan barulah duit arwah akan diserahkan kepada Amanah Raya.

Amanah Raya pula akan membuat pengiraan dan mengenalpasti kesemua hutang-hutang si mati termasuklah tunggakan cukai LHDN (jika ada).

Sejurus selesainya tunggakan serta hutang-hutang lain seperti hutang kereta, rumah, kad kredit, pinjaman peribadi dan sebagainya, lebihan wang yang ada akan dibahagikan mengikut Farai’d.

BACA JUGA: Cara Fail Saman Tuntutan Kecil Seperti Hutang Atau Saman Nilai Bawah RM5K Tanpa Peguam

Situasi 2: Wang Simpanan Akaun Kurang Daripada RM10,000

Zaidi menjelaskan bahawa ada segelintir pasangan mengeluarkan sebahagian duit sebelum akaun si mati dibekukan.

Untuk kes seperti ini, jika waris si mati yang layak menerima bahagian Farai’d tahu tentang perkara ini, mereka memiliki hak untuk menuntut bahagian dalam jumlah wang yang dikeluarkan tadi.

“Kita kena faham, jika ada salah satu dari harta kita yang difaraid telah terguna pakai sebelum perbicaraan & ada tuntutan dari waris faraid lain, selagi itulah harta tersebut & harta2 arwah yang lain akan dibekukan. Masalah pembahagian harta mengikut faraid takkan selesai,” jelas Zaifi.

Nak cairkan harta juga akan mengambil masa yang lama disebabkan oleh:

  1. Andaikan ada 10 waris bekerja kena ambil cuti untuk ke pejabat berkaitan untuk menguruskan harta pusaka, berapa hari sahaja semua waris sanggup ambil cuti setiap tahun? Perbicaraan tetap akan berjalan sehingga semua waris hadir dan tiada perbalahan pendapat mengenai portion Farai’d.
  2. Tukar nama perlu bayar stamp duty. Waris tak ada duit nak bayar stamp duty. Stamp duty tak murah, ia bergantung kepada harga harta/aset.
  3. Waris dah ada kerja dan aset sendiri jadi aset harta pusaka itu dibiarkan sahaja. Walhal, kalau tak nak pun boleh dijual dan manfaatkan kepada orang lain. Atau duit penjualan boleh disedekahkan di atas nama si mati.

Menurut Zaidi, solusi yang terbaik adalah mengambil pelan hibah dan manfaatkan wang pengurusan harta pusaka.

Semoga urusan kita semua dipermudahkan di dunia dan di akhirat kelak.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd