Now Reading
Cara Basmi Kutu Beras Dengan Efektif

Cara Basmi Kutu Beras Dengan Efektif

Untuk pengetahuan anda, kutu beras ini sangat sensitif dengan suhu. Cara paling mudah adalah jemur di tengah panas, bawah matahari sekurang-kurangnya 15-20 minit.

Siti Murni

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kalau ada beras di rumah, pasti anda pernah melihat kutu beras yang berada di dalam pek beras. Tak kisahlah pek baharu beli, ataupun yang sudah dibuka, pasti ada.

Sebab itulah sebelum masak nasi, kena basuh beras terlebih dahulu.

Kalau anda nak tahu, kutu beras (Rice Weevil) ini merupakan serangga yang berada di dalam kategori Stored Product Pest. Sumber makanan mereka adalah biji benih, gandum, tepung, dan beras.

Kenali Kutu Beras, Macam Mana Ianya Bertelur?

Untuk mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang cara membasmi kutu beras ini dengan lebih efektif, seorang pengguna Twitter (@naimpestcontrol) telah mengulas topik ini dengan lebih terperinci.

Antara soalan yang sering dilontarkan:

“Bagaimana kutu beras boleh berada di dalam beras walaupun beras itu baru dibeli?”

Jawapannya, serangga ini bertelur di dalam beras itu sendiri. Mereka akan jadikan sebutir beras itu sebagai tempat menyimpan telurnya. Caranya adalah dengan menebuk isi beras tersebut sehingga kosong.

Sebab itulah kalau anda jenis yang jarang masak nasi, binatang ini akan keluar juga. Akan tetapi, mereka yang jenis hari-hari masak nasi, kutu beras pun tak sempat nak keluar. Makanya, beras yang ada telur itu dijadikan sebagai nasi.

P/S: Tak ada masalah jikalau termakan telur kutu beras ini.

Cara Efektif Basmi Kutu Beras

Untuk pengetahuan anda, serangga ini sangat sensitif dengan suhu. Cara paling mudah adalah jemur di tengah panas, bawah matahari sekurang-kurangnya 15-20 minit.

Nanti kutu beras akan keluar dengan sendiri.

Tapi sebelum itu, tebarkan beras anda ke atas talam atau permukaan yang senang kutu beras nak melarikan diri. Nanti lama pula ambil masa nak memanjat keluar.

Berikut pula merupakan cara untuk mengelakkan kewujudan kutu beras:

  • Letak daun Bay Leaves – Daun bay leaves boleh dijadikan sebagai repellent pada kutu beras sebab bau yang dihasilkan.
  • Lada hitam – Biji lada hitam adalah toksik pada serangga ni. Tabur sedikit di dalam bekas beras.
  • Vacuum Pack – Simpan beras di dalam vacuum pack boleh mengelakkan telur kutu beras dari menetas.
  • Simpan beras dalam freezer – Jarang dibuat orang, tetapi ianya berkesan sebab kutu beras sensitif juga dengan suhu sejuk dan tak boleh hidup.

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd