Kad Pengenalan Rosak Atau Hilang? Ini Cara Untuk Mohon Gantian Secara Online
Permohonan baharu kad pengenalan ini hanya boleh dibuat jika anda pertama kali hilang atau mempunyai masalah pada cip.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Kad pengenalan merupakan salah satu dokumen yang penting bagi setiap individu di Malaysia bagi mengesahkan kewarganegaraan mereka.
Dokumen ini sering digunakan untuk setiap urusan rasmi seperti membuat pinjaman kewangan dengan pihak bank, menyewa rumah dan sebagainya.
Kalau kad pengenalan anda hilang, risiko untuk ianya digunakan bagi tujuan yang tidak sepatutnya oleh orang tidak dikenali boleh terjadi. Sebab itu kita kena jaga elok-elok supaya tidak tercicir.

Permohonan gantian kad pengenalan secara atas talian
Tahu tak, sebenarnya anda boleh membuat permohonan kad pengenalan baharu jika berada dalam keadaan seperti berikut:
- Kad pengenalan hilang buat pertama kali.
- Cip kad pengenalan tidak boleh berfungsi.
- Kad pengenalan rosak.
- Ingin menaik taraf cip kad pengenalan.
Menerusi ciapan dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter (anisssurayaaa), wanita ini berkongsi cara-cara untuk membuat permohonan bagi menggantikan kad pengenalan. Senang je!
Berikut adalah cara-caranya:
- Daftarkan maklumat diri di laman web myGovernment.
- Selepas akaun sudah diaktifkan, anda akan mendapat sebuah pautan.
- Klik pada pautan tersebut dan log masuk.
1) Click link ni > https://t.co/NV9Y5goP1I
— AS (@anisssurayaaa) June 13, 2022
2) Isi maklumat untuk register
3) Lepas dah aktif kan akaun, korang akan dapat link
4) Click link tu & log in pic.twitter.com/NHSgWm6bzD
- Anda juga boleh log masuk terus di laman web Permohonan Gantian MyKad.
- Selepas log masuk, klik pada bahagian Gantian MyKad di sebelah kanan.
- Baca dengan teliti Akuan Penafian dan klik tanda ‘Setuju’.
- Isi maklumat peribadi, pilih jenis penggantian kad pengenalan dan negeri tempat tinggal.
- Akhir sekali, klik ‘Teruskan’ dan siap!
5) Boleh jugak click link ni > https://t.co/QLKNHHzqok & log in
— AS (@anisssurayaaa) June 13, 2022
6) Dekat belah kanan screen, click part Ganti MyKad
7) Baca Akuan Penafian tu & click ‘Setuju’
8) Isi information korang, pilih jenis penggantian & negeri mana yang korang stay
9) Dah settle, click ‘Teruskan’ pic.twitter.com/5wzwUwh6qh
Dalam tempoh berapa lama ianya boleh disiapkan?
Jika kad anda tidak bermasalah, dalam tempoh 30 minit pun sudah boleh siap.
Jika pejabat urusan agak sibuk, mungkin perlu tunggu dalam tempoh sehari dua dengan menyemak menerusi SMS. Caranya adalah dengan menaip JPN MYKAD dan hantar ke 15888.
Kalau dapat notifikasi bahawa kad pengenalan anda sudah siap, boleh je terus walk-in di cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang dipilih semasa membuat permohonan.
Tetapi jika anda menukar kad pengenalan kerana masalah cap jari rosak atau hilang buat kali ketiga, berkemungkinan ianya mengambil masa minimum selama tiga bulan.
Berapa lama boleh siap selalunya?
— AS (@anisssurayaaa) June 13, 2022
Kalau yang tak bermasalah, dalam setengah jam je boleh siap. Tapi kalau untuk masalah cap jari rosak or hilang kali ketiga, ambik masa dalam sekurang kurangnya 3 bulan.
Selain membuat permohonan secara atas talian, ianya juga boleh dilakukan dengan menghubungi JPN di talian 03-88808066.
Kalau nak tukar through call pun boleh tau sebenarnya! Sesuai la untuk mak ayah atuk nenek kita kat kampung yang nak tukar IC dorang.
— AS (@anisssurayaaa) June 13, 2022
Boleh call hotline JPN 03-88808066.
Waktu operasi Isnin – Jumaat (8 pagi – 5 petang)
Senanglah semuanya dah boleh buat secara online sekarang. Kini semuanya di hujung jari sahaja.
Yang paling penting, jangan lupa buat laporan polis apabila anda kehilangan kad pengenalan bagi mengelakkan dokumen peribadi itu digunakan oleh individu tidak bertanggungjawab.
BACA JUGA: Nak Mohon Kerja Tapi Salinan PMR/SPM Hilang? Ini Cara Dapatkan Semula Sijil
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.