Now Reading
Ini 13 Cara Mudah Untuk Anyam Ketupat Bagi Mereka Yang Baru Belajar. Nak Cuba?

Ini 13 Cara Mudah Untuk Anyam Ketupat Bagi Mereka Yang Baru Belajar. Nak Cuba?

Bila dah belajar dan selalu praktis, sebenarnya senang je nak anyam ketupat.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kalau sambut Hari Raya Aidilfitri tanpa lemang dan ketupat memang tak lengkap rasanya. Bila sebut tentang ketupat, ada macam-macam jenis seperti ketupat palas, ketupat bawang, ketupat nasi, dan banyak lagi. Dimakan pula dengan rendang atau kuah kacang, memang sedap!

Bila bab makan memang semua laju je, tapi tahu tak macam mana nak buat dan masak hidangan ini? Bukan semua orang ada kemahiran untuk menyediakan ketupat.

Walaupun zaman sekarang sudah ada ketupat instant yang dijual di pasaran, apa salahnya kalau kita masak hidangan istimewa ini menggunakan cara tradisional iaitu dengan menganyam.

Ketupat instant. (Sumber: Cookpad)

Cara-cara nak anyam ketupat

Untuk anda yang teringin nak mempelajari cara-cara menganyam ketupat dengan mudah, jom ikuti beberapa langkah yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook (Tajul Ariffin Norsadan) bagi membuat ketupat sate.

Bahan penting yang perlu ada sebelum mula menganyam adalah daun kelapa muda. Cara-caranya adalah seperti berikut:

1. Buat tiga gulungan di bahagian tangan kiri.

2. Buat tiga lagi gulungan pertama di tangan kanan pula.

3. Susun dan pegang kedua-dua belah gulungan.

4. Masukkan gulungan ketiga di tangan kanan ke dalam gulungan tangan kiri.

5. Anyam hingga ke hujung gulungan pertama di tangan kiri.

6. Anyam gulungan kedua dan ketiga di tangan kanan secara bertentangan.

7. Pastikan anda dapat bentuk yang betul seperti ini.

8. Ambil hujung gulungan pertama di tangan kanan.

9. Anyam sehingga bertemu gulungan pertama di tangan kiri.

10. Pegang keseluruhan anyaman dengan tangan kanan dan lepaskan pegangan di tangan kiri.

11. Ambil hujung gulungan pertama tangan kiri dan anyam sehingga bertemu hujung gulungan di tangan kanan

12. Tarik kedua-dua hujung anyaman

13. Ketatkan anyaman dan SIAP!


Menganyam memang agak rumit lebih-lebih lagi kalau yang baru belajar buat. Tapi itu tak bermaksud anda tak boleh mempelajarinya. Bila dah selalu praktis, mana tahu boleh ‘pro’ macam nenek moyang kita.

Kalau bukan kita yang nak mempelajari budaya dan tradisional ini, siapa lagi kan? Balik kampung nanti bolehlah tunjuk skil baru dengan saudara-mara.

Apa tunggu lagi? Jom praktis anyam ketupat!

BACA JUGA: Ini 7 Checklist Barang Penting Sebelum Balik Raya. #5 Tu Penting Oi!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd