Now Reading
Nuzul Al-Quran: Hayati & Fahami Isi Kandungan Kitab Suci Pada 17 Ramadan

Nuzul Al-Quran: Hayati & Fahami Isi Kandungan Kitab Suci Pada 17 Ramadan

Nuzul al-Quran merupakan perisitiwa di mana ayat pertama dari Surah Al-Alaq diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Nuzul al-Quran yang disambut pada setiap 17 Ramadan adalah tarikh penting dalam Islam kerana berlakunya peristiwa penurunan ayat al-Quran pertama.

Peristiwa itu berlaku selepas Malaikat Jibril menurunkan ayat pertama sehingga lima Surah Al-Alaq kepada Nabi Muhammad ketika sedang beribadat di Gua Hira’.

Untuk pengetahuan anda, Al-Alaq membawa maksud segumpal darah yang merujuk kepada ayat kedua surah ini iaitu manusia dijadikan oleh Allah dari segumpal darah.

Selepas peristiwa tersebut, ayat al-Quran diturunkan secara berperingkat kepada Nabi Muhammad SAW dalam tempoh lebih dua dekad sebelum lengkap menjadi panduan untuk manusia.

Sumber: Kasadar.com

Sambutan Nuzul al-Quran

Turunnya Al-Quran bukan sekadar untuk dibaca, tetapi untuk difahami dan dihayati supaya boleh dijadikan petunjuk bagi manusia menjalani kehidupan yang sejahtera di dunia dan akhirat.

Bila tiba hari Nuzul al-Quran, macam mana umat Islam menyambutnya?

Di kebanyakan surau dan masjid, mereka melakukan aktiviti tadarus beramai-ramai dan menghadiri majlis khatam al-Quran.

Sumber: Pusat Islam UPM

Nak menyambutnya di rumah secara online melalui panggilan video bersama ustaz atau ustazah menerusi Google Meet dan Zoom pun boleh juga.

Kelebihan mempelajari al-Quran

Menurut beberapa hadis yang diturunkan, terdapat pelbagai kelebihan mempelajari dan memahami al-Quran selain kita membacanya dalam kehidupan seharian.

Antaranya kelebihannya adalah seperti berikut:

1. Tidak mengalami kerugian

Berdasarkan firman Allah SWT di bawah:

إِنَّ الَّذِينَ يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّـهِ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَأَنفَقُوا مِمَّا رَزَقْنَاهُمْ سِرًّا وَعَلَانِيَةً يَرْجُونَ تِجَارَةً لَّن تَبُورَ

Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan mendirikan solat serta menginfaqkan sebahagian daripada apa yang Kami kurniakan kepada mereka secara sembunyi atau terbuka dengan mengharapkan (daripada amalan yang demikian) sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian”. [Fathir:29]


2. Mendapat syafaat

Daripada hadis Abu Umamah RA pula, Rasulullah SAW pernah bersabda:

اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لِأَصْحَابِهِ

Maksudnya: “Bacalah al-Quran kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat sebagai syafaat kepada para pembacanya”. [Riwayat Muslim (804)]


3. Mendapat ketenangan dan rahmat dari Allah SWT

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

وَمَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِي بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللهِ، يَتْلُونَ كِتَابَ اللهِ، وَيَتَدَارَسُونَهُ بَيْنَهُمْ، إِلَّا نَزَلَتْ عَلَيْهِمِ السَّكِينَةُ، وَغَشِيَتْهُمُ الرَّحْمَةُ وَحَفَّتْهُمُ الْمَلَائِكَةُ، وَذَكَرَهُمُ اللهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ، وَمَنْ بَطَّأَ بِهِ عَمَلُهُ، لَمْ يُسْرِعْ بِهِ نَسَبُهُ

Maksudnya: “Dan tidaklah satu kaum itu berkumpul di rumah-rumah Allah (masjid) sambil membaca al-Quran dan mempelajarinya sesama mereka melainkan turunnya ketenangan kepada mereka, diliputi oleh rahmat Allah serta malaikat mengerumuninya dan Allah menjadikan makhluk-makhluk yang berada di sisi-Nya menyebut-nyebut mereka. Dan barangsiapa yang amalnya perlahan, maka nasabnya tidak dapat mengangkat darjatnya itu”. [Riwayat Muslim (2699)]


4. Mendapat ganjaran pahala berlipat kali ganda

Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

مَن قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ ، وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا ، لَا أَقُوْلُ آلم حَرْفٌ ، وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلَامٌ حَرْفٌ وَمِيْمٌ حَرْفٌ

Maksudnya: “Barangsiapa yang membaca satu huruf di dalam al-Quran maka baginya satu kebaikan dan setiap kebaikan itu digandakan menjadi sepuluh kebaikan yang semisal dengannya. Aku tidak mengatakan “الم” satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Laam satu huruf dan Miim satu huruf”. [Riwayat al-Tirmizi (2835)]


Sumber: Telisik.id

Al-Quran diturunkan bukan sahaja untuk menjadi panduan kepada umat Islam, malah kitab suci ini juga boleh digunakan sebagai petunjuk kepada seluruh umat manusia di dunia.

Bersempena dengan Nuzul al-Quran esok pada 17 Ramadan, jom kita sama-sama mempelajari dan menghayati kitab suci ini.

BACA JUGA: Tips Mudah Khatam Al-Quran 30 Juzuk Selama 30 Hari Di Bulan Ramadan


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd