Now Reading
Doa Sebelum Berbuka Puasa Paling Mustajab, Ini 8 Doa Anda Boleh Baca

Doa Sebelum Berbuka Puasa Paling Mustajab, Ini 8 Doa Anda Boleh Baca

Beberapa minit sebelum berbuka adalah waktu yang paling mustajab untuk kita berdoa.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Bila dah nak masuk waktu berbuka, kebanyakan daripada kita akan kelam kabut untuk menyediakan juadah di atas meja makan.

Tetapi beberapa minit sebelum berbuka inilah yang paling mustajab ketika berdoa kerana Allah SWT pastinya tidak akan menolak permintaan hambanya pada waktu tersebut.

Di samping kita berdoa memohon dipermudahkan urusan di dunia dan akhirat, selitkan juga pujian kepada Allah SWT.

Sumber: Tribun

Sesungguhnya waktu sebelum berbuka adalah detik yang paling bermakna untuk berdoa jika anda mengetahui betapa hebatnya kelebihan berbuat sedemikian.

BACA JUGA: Angkat Tangan 5 Minit & Doa Sebelum Buka Puasa. Tak Akan Ditolak Oleh Allah


Doa yang boleh diamalkan

Mengetahui kehebatan berdoa sebelum berbuka puasa, seorang pengguna Twitter (@aisyahshahid) berkongsi beberapa doa yang boleh kita amalkan sementara menunggu iftar.

Antaranya adalah seperti berikut:

1. Doa diterima segala ibadah

2. Doa memohon ampun jika ada kekurangan dalam beribadah

3. Doa diampunkan dosa

4. Doa untuk istiqamah dalam beribadah

5. Doa menjadi hamba yang beriman

6. Doa diberikan rezeki yang halal

7. Doa diberikan kesihatan yang baik

8. Doa mohon perlindungan dan rahmat


Rugi betul kalau kita tak menggunakan peluang ini untuk berdoa sebanyak mungkin dengan penuh keyakinan.

Jadi lepas ni sebelum berbuka, jom sama-sama ambil masa sekejap untuk tadah tangan dan berdoa.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd