Now Reading
Ini 5 Tips Berpuasa Untuk Bantu Ibu Yang Sedang Menyusu Bayi

Ini 5 Tips Berpuasa Untuk Bantu Ibu Yang Sedang Menyusu Bayi

Ibu yang menyusu bayi ketika bulan Ramadan disarankan untuk mengambil lebih banyak sumber protein bagi menggalakkan penghasilan susu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Bila tiba bulan Ramadan, sesetengah ibu yang dalam proses menyusu bayi agak risau sekiranya puasa mereka boleh menjejaskan kesihatan dan penghasilan susu.

Kekurangan tenaga selepas menyusukan anak boleh mengakibatkan para ibu jatuh pengsan kerana sebanyak 25% tenaga akan digunakan ketika proses berkenaan.

BACA JUGA: Ini 3 Petanda Yang Anda Perlu Tahu Jika Bayi Kurang Minum Susu Badan

Mungkin ada juga ibu-ibu di luar sana yang risau jika penghasilan susu badan mereka akan berkurang sekiranya mereka berpuasa di bulan Ramadan.

Jangan risau, proses menyusu bayi anda tidak akan terjejas dengan melakukan beberapa tips yang dikongsikan seperti di bawah

Antaranya:

1. Perbanyakkan pengambilan protein

Sumber: Eating Well

Kajian menunjukkan pengurangan kalori tidak menjejaskan penghasilan susu tetapi sebaliknya pula jika kukurangan sumber protein dalam badan ibu.

Bagi mengekalkan penghasilan susu badan, para ibu disarankan untuk mengambil lima hingga tujuh bahagian protein berkualiti seperti berikut:

  • Segenggam kekacang seperti kacang tanah, almond, pistachio dan walnut.
  • Ayam sebesar tapak tangan (jika bahagian peha kira sebagai 2 bahagian).
  • Daging sebesar tapak tangan.
  • Ikan setengah saiz sederhana seperti ikan kembong, ikan mata besar atau satu potong ikan tongkol.
  • Satu cawan susu.
  • Dua keping keju.
  • Telur ayam satu biji.
  • Sotong sebesar tangan.
  • Udang empat hingga enam ekor.

2. Minum air secukupnya

Sumber: Wayne State University

Air yang mencukupi di dalam badan amatlah penting bagi memastikan penghasilan susu badan yang berkualiti.

Jadi para ibu perlu meminum air sekurnag-kurangnya lapan gelas sehari.

  • Sahur: dua cawan
  • Sebelum imsak: satu cawan
  • Berbuka: dua cawan
  • Selepas solat maghrib: satu cawan
  • Selepas terawih: satu cawan
  • Sebelum tidur: satu cawan

3. Lewatkan bersahur

Sumber: Klik Dokter

Galakan ini dilakukan supaya para ibu tidak cepat berasa lapar pada waktu siang ketika sedang berpuasa.

Ketika bersahur, amalkan menu yang mudah dan berkhasiat seprti kurma dan oat untuk memberi tenaga kepada tubuh badan.

4. Elakkan makanan masin

Sumber: The Spruce Eat

Menurut pakar kesihatan, makanan yang mempunyai sodium tinggi perlu dielakkan bagi memastikan tubuh badan tidak mudah terhidrasi.

Antara menu yang mempunyai garam yang tinggi adalah seperti mee segera, makanan bergoreng, telur masin dan sebagainya.

5. Tambahkan kekerapan mengepam susu

Sumber: theAsianparent Malaysia

Semakin kerap bayi menyusu, maka semakin tinggi juga kadar penghasilan susu dalam badan.

Pastikan para ibu mematuhi jadual mengepam setiap hari seperti biasa sepanjang bulan puasa bagi memastikan penghasilan susu tidak terjejas.

Waktu yang paling sesuai untuk mengepam adalah pada ketika bersahur kerana kadar hormon prolaktin tinggi berbanding waktu lain.

Sumber: Hello Dokter

Semoga perkongsian ini dapat membantu para ibu yang berada dalam proses menyusukan anak kecil mereka.

Tapi kalau ibu menyusu tak larat dan risau boleh menjejaskan kesihatan, Islam membenarkan anda untuk tidak meneruskan puasa.

Puasa ikut kemampuan dan jangan paksa diri okey?


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd