Now Reading
Sheikh Muzaphar Kongsi 10 Tips Nak Yakinkan Isteri Miliki Anak Ramai

Sheikh Muzaphar Kongsi 10 Tips Nak Yakinkan Isteri Miliki Anak Ramai

Bukan semua pasangan mampu untuk ada anak yang ramai, lebih-lebih lagi yang ada komitmen kerja,

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Setiap pasangan mesti akan ada impian untuk menyerikan rumah dengan anak-anak, betul tak?

Bila cakap tentang anak, mesti ramai yang mempunyai pendapat berbeza kerana ada yang nak cahaya mata ramai dan sebaliknya.

Namun proses nak mendapatkan anak daripada mengandung dan melahirkan itu banyak cabarannya tetapi sangat bermakna kepada para ibu di luar sana.

Sumber: Barcroft India

Nak membesarkan anak pula, bukan hanya tugas seorang isteri. Malah suami juga perlu sama-sama bantu sebagai seorang ayah.

BACA JUGA: Muka Berubah Jadi Tua & Berkerut, Ibu Hamil Bersyukur Suami Tetap Puji Cantik

Tips anak ramai

Baru-baru ini, bekas angkawasan negara iaitu Datuk Sheikh Muzaphar memuat naik posting di laman Instagram miliknya tentang beberapa tips untuk meyakinkan isteri bagi mendapatkan anak yang ramai.

Antara tips yang dikongsikan adalah seperti berikut:

  • Suami akan menguruskan segalanya manakala isteri hanya perlu berehat.
  • Selalu puji isteri cantik walaupun sudah anak ramai.
  • Cuba tanya isteri sama ada dia nak tengok lebih ramai anak yang cantik tak?
  • Ramai anak yang akan jaga kita bila usia sudah menginjak tua.
  • Tak rasa kesunyian.
  • Suasana ‘chaos’ akan buat kita nampak muda.
  • Sunnah bila kita meramaikan umat Islam.
  • Selalu bawa isteri keluar membeli-belah.
  • Lagi ramai lagi meriah rumah.
  • Akan selamanya bersama isteri sehingga tua dan menyayangi satu sama lain sehingga Jannah.

Pelbagai pendapat dari netizen

Setiap orang ada cara masing-masing.

Tips yang dikongsikan oleh Sheikh Muzaphar itu mendapat pelbagai pendapat dari netizen kerana tidak semua orang mampu melakukan perkara yang sama sepertinya.


Proses untuk merancang keluarga bukanlah sesuatu yang boleh diambil mudah kerana melibatkan beberapa pihak termasuklah ibu bapa dan anak-anak.

Jadi, berbincanglah terlebih dahulu kalau anda merancang untuk membesarkan lagi keluarga. The more the merrier katanya.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd