Nak Travel Melalui VTL? Ini Tips Berguna Untuk Anda
Mungkin ramai yang masih keliru memandangkan program Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) ini masih baharu dalam kalangan masyarakat.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Selepas Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) Malaysia-Singapura melalui darat dan udara dibuka sepenuhnya, kerajaan telah memberi ‘lampu hijau’ pula untuk perjalanan ke Pulau Pinang melalui program ini.
VTL melalui laluan udara antara Singapura dan Pulau Pinang dijangka akan bermula pada pertengahan Mac ini.
BACA JUGA: VTL Pulau Pinang-Singapura Dijangka Bermula Pertengahan Mac Ini
Selain itu, kerajaan juga mengumumkan bakal memperluas program ini ke Bangkok, Phuket dan Phnom Penh di Thailand.

Tips perjalanan melalui VTL
Program ini adalah salah satu inisiatif baharu yang diperkenalkan oleh kerajaan. Jadi, mungkin ramai yang masih keliru dengan prosedur perjalanan ketika melalui laluan VTL.
Baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Hospital Thomson di Kota Damansara iaitu Wan Nadiah Wan Abdullah Yaakob telah berkongsi tips di laman Twitter miliknya (Nadiah Wan) kepada mereka yang ingin melancong menggunakan laluan VTL.
Antara tips yang dikongsikan adalah seperti berikut:
1. Jangan isi borang dalam aplikasi MySejahtera
Seperti yang dimaklumkan oleh kerajaan, pengembara melalui laluan VTL tidak perlu menjalani kuarantin.
Jadi, pengembara melalui laluan VTL tidak perlu mengisi borang pra-berlepas di dalam aplikasi MySejantera atau anda akan diwajibkan menjalani kuarantin seperti biasa. Untuk pengembara VTL, anda hanya perlu mendaftar di MySafeTravel.
FYI, if travelling on VTL, DON’T fill up the traveller pre-departure form in MySejahtera or you’ll be served a digital HSO. Just register on MySafeTravel, book your arrival PCR & follow instructions when you land.
— Nadiah Wan (@lapetitemaligne) March 5, 2022
2. Jangan tersilap beli tiket penerbangan
Walaupun lokasi yang sama, tetapi anda perlu lihat dengan teliti sama ada tiket penerbangan yang ditempah itu adalah untuk laluan VTL atau tidak.
Kalau tersalah beli tiket penerbangan untuk pengembara bukan VTL, anda diwajibkan menjalani kuarantin.
You can buy VTL flights directly from MAS website but do take note of which ones are VTL. Not all of them are even if from the same destination. Board the wrong flight & you’ll be treated as a non VTL traveller with home quarantine imposed.
— Nadiah Wan (@lapetitemaligne) March 5, 2022
3. Pastikan dokumen telah diiktiraf
Dokumen seperti sijil vaksinasi dan ujian saringan PCR sebelum berlepas perlu diiktiraf terlebih dahulu di laman web MySafeTravel untuk melepasi imigrasi di Malaysia.
Register at https://t.co/bEqgVxj769 before departing. You need to make sure your vaccination cert & pre departure PCR is verified on this site before you can get your boarding pass back to 🇲🇾 & also to pass 🇲🇾 immigration.
— Nadiah Wan (@lapetitemaligne) March 6, 2022
Register at https://t.co/bEqgVxj769 before departing. You need to make sure your vaccination cert & pre departure PCR is verified on this site before you can get your boarding pass back to 🇲🇾 & also to pass 🇲🇾 immigration.
— Nadiah Wan (@lapetitemaligne) March 6, 2022
4. Tempah ujian saringan PCR
Untuk menempah ujian saringan PCR secara online, anda boleh layari laman web https://airport.doctor2u.my/instruct/2 dan buat pembelian bagi memudahkan urusan ketika tiba di destinasi.
Kalau nak walk-in pun boleh juga.
You need to purchase an on arrival PCR test. You can walk in or purchase ahead online here https://t.co/zqazVry7rN. Costs👇🏻(raking it in!) If you’ve recovered from Covid (past 60 days), you only need the RTK Antigen test. I think everyone on my flight paid extra for rapid PCR. pic.twitter.com/61zn2X9KuR
— Nadiah Wan (@lapetitemaligne) March 6, 2022
Jadi untuk anda yang masih baharu dengan program laluan VTL ini, harapnya perkongsian ini dapat memberi manfaat dengan semua.
Buat mereka yang bakal mengembara melalui laluan VTL, jangan lupa amalkan SOP dan penjarakan sosial seperti yang ditetapkan.
Selamat melancong dengan selamat!
BACA JUGA: Laluan VTL Darat & Udara Malaysia-Singapura Telah Dibuka Sepenuhnya
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.