Now Reading
Ini Apa Yang Anda Perlu Lakukan Ketika Berdepan Gempa Bumi

Ini Apa Yang Anda Perlu Lakukan Ketika Berdepan Gempa Bumi

Penting untuk kita melindungi diri di kawasan selamat ketika gegaran berlaku akibat gempa bumi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Baru-baru ini, rakyat Malaysia dikejutkan dengan gegaran yang dirasai akibat kejadian gempa bumi berukuran 6.2 skala Richter di Payakumbuh, Indonesia. Namun, tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Gegaran turut dirasai di beberapa buah negeri di Semenanjung Malaysia sehingga menyebabkan ramai yang panik.

BACA JUGA: Ada Rasa Gegaran? Ya, Betul. Itu Gempa Bumi

Kejadian gempa bumi jarang berlaku di Malaysia kerana negara kita terlindung daripada garisan bencana alam.

Sumber: BKMG

Disebabkan bencana alam jarang berlaku di negara kita, mungkin segelintir rakyat Malaysia kurang peka dengan langkah keselamatan ketika berhadapan bencana alam seperti gempa bumi.

Jom kami kongsikan tips apa yang perlu dilakukan ketika berlakunya kejadian gempa bumi.

Tunduk, Tutup, Pegang!

Sumber: USGS.gov

Langkah utama adalah dengan berlindung di bawah objek yang kukuh. Namun, beberapa langkah perlu diambil kira berdasarkan lokasi anda.

1. Jika berada di dalam bangunan seperti rumah dan sekolah

Sumber: North Shore News
  • Berlindung di bawah meja yang kukuh.
  • Jauhkan diri daripada tingkap, kabinet, cermin atau apa-apa objek yang berat dan mudah terjatuh.
  • Padamkan kesemua sumber api seperti mancis, lilin dan sebagainya untuk mengelakkan berlakunya kebocoran gas.

2. Jika berada dalam bangunan tinggi seperti pejabat dan pusat beli-belah

Sumber: Uni-Span
  • Lebih baik menggunakan tangga dan elakkan lif kerana berkemungkinan bekalan elektrik akan terputus.
  • Jangan keluar secara tergesa-gesa.

3. Jika berada di luar bangunan

Sumber: Wikimedia Commons
  • Pergi ke kawasan terbuka dan elakkan dari berhampiran dengan bangunan tinggi, tiang lampu dan elektrik,serta pokok.
  • Lindungi kepala dan muka dengan apa-apa objek keras yang selamat.

4. Jika berada di dalam kereta

Sumber: Los Angeles Magazine
  • Berhentikan kereta di kawasan yang selamat. Elakkan berada di bawah jambatan atau tiang kabel elektrik.
  • Kekal berada di dalam kereta sehingga gegaran berhenti.

Selepas gegaran berhenti, anda perlu segera mencari maklumat tentang kejadian sama ada akan berlaku gegaran susulan atau terdapat amaran bencana lain seperti tsunami dikeluarkan.

Walaupun Malaysia jarang ditimpa bencana alam, tetapi kita perlu bersiap sedia dengan ilmu untuk memastikan keselamatan diri terjamin.

Mungkin sudah tiba masanya Malaysia menjalankan latihan untuk berdepan bencana gempa bumi sebagai persediaan, seperti mana kita selalu buat latihan kebakaran.

Tak salah kalau kita bersiap sedia kan? Bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd