Now Reading
Doktor Dedah Tabiat Suka Merungut & ‘Membawang’ Boleh Merosakkan Otak

Doktor Dedah Tabiat Suka Merungut & ‘Membawang’ Boleh Merosakkan Otak

Tabiat merungut dan ‘membawang’ boleh menyebabkan bahagian pusat memori otak semakin kecil seperti penghidap Alzheimer.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Bila ada benda yang tidak puas hati, mesti kebanyakan daripada kita akan merungut dan bercerita tentang perihal tersebut kepada orang lain.

Kebetulan pula topik yang diborakkan itu agak ‘panas’, dari sesi merungut bertukar sesi ‘membawang’ pula.

Nak bergosip itu tak semestinya kena berjumpa, sekarang ini boleh ajak berborak di dalam group WhatsApp.

Tapi korang tahu tak? Sebenarnya tabiat merungut dan bergosip tidak bagus untuk kesihatan otak.

Sumber: Gossip Girl

Boleh mengecilkan pusat memori

Menerusi perkongsian oleh seorang doktor di laman Facebook miliknya iaitu Dr Rizal Abu Bakar, dia memberitahu bahawa tabiat suka merungut boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan otak manusia.

Perkara ini dikenal pasti selepas satu kajian dilakukan oleh seorang pengkaji dari Stanford University.

Hasil kajian mendapati individu yang suka merungut akan menyebabkan otak di bahagian tengah yang dipanggil hippocampus atau pusat memori menjadi semakin kecil.

Kiri: Hippocampus bersaiz normal. Kanan: Hippocampus semakin mengecil. (Sumber: Facebook Dr Rizal Abu Bakar)

Keadaan tersebut dikatakan sama seperti penghidap penyakit Alzheimer. Ini juga akan memberi kesan kepada kaki gossip dan juga ‘keyboard warrior’. Tukang mendengar pun tidak terkecuali sekali ya.

Bahagian hippocampus penting untuk dijaga dengan baik kerana di situlah lokasi segala maklumat akan disimpan untuk jangka masa panjang.

Sumber: Chicago Tribune

Bukan itu sahaja, golongan ini juga akan mudah terkena penyakit mental seperti anxiety dan depression.

Tips untuk elak merungut

Dari segi psikologinya, merungut ini memang tidak bagus untuk diri kerana kita lebih berfikir perkara negatif berbanding positif.

Tabiat merungut ini bermula apabila kita tidak berpuas hati dengan seseorang.

Sumber: Amen Clinics

Cara mudah untuk elakkan dari kita terus merungut adalah dengan menegur individu berkenaan dan berterus terang secara bersemuka. Dengan cara itu, masalah akan dapat diselesaikan dengan lebih cepat.

Tapi kalau tidak mampu untuk menegur, lebih baik diamkan diri. Selain itu, perbanyakkan rasa syukur dan fokus pada perkara positif.


Tak salah kalau nak merungut sekali sekala sebab tak semua benda dalam hidup ini yang indah-indah belaka, betul tak?

Tapi janganlah perbuatan merungut itu dijadikan tabiat setiap masa. Elakkan diri dari jadi kuat merungut dan masuk dalam mana-mana group online untuk tujuan membawang.

Spread love, not hate. ❤️


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd