Pengguna Twitter Ini Kongsi Cara Untuk Beli Motor Terpakai Di Malaysia
Ada banyak tempat anda boleh membeli motor terpakai seperti di Mudah, Carousell dan Facebook Listings.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Tidak dinafikan, kenderaan memang sangat diperlukan untuk membolehkan kita bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain dengan mudah.
Nak tak nak, sekurang-kurangnya kena ada satu kenderaan untuk kegunaan seharian.
Tetapi, nak dapat harga kereta atau motor yang murah pada zaman ini memang susah. Lebih-lebih kalau kenderaan dengan design terkini.
Dapat beli yang kenderaan terpakai pun dah okay sebenarnya. Selagi keadaannya masih elok untuk diguna pakai, apa salahnya?

Cara-cara untuk membeli motor terpakai
Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter (HelmiHasanBH) berkongsi beberapa langkah untuk membolehkan anda membeli motosikal terpakai di Malaysia. Antaranya adalah seperti berikut:
1. Kenal pasti kriteria yang dicari
Setiap orang ada taste tersendiri, betul tak? Lain orang lain citarasa.
Jadi sebelum anda membuat sebarang pembelian, kenal pasti dahulu ciri-ciri motosikal yang ingin dimiliki.
These were the criteria I was looking for in my first motorcycle:
— Money & Malaysian Living (@HelmiHasanBH) February 16, 2022
– A nimble scooter with automatic gears
– Storage space under the seat for my helmet
– Less than 250cc, enough power, yet tameable.
– Preferably a used bike less than RM7k.
2. Buat pencarian di beberapa tempat
Zaman sekarang ini semua benda ada di hujung jari. Tinggal rajin atau tidak je untuk mencari.
Antara aplikasi yang anda boleh gunakan untuk mencari motor terpakai adalah di Mudah.my, Carousell dan Facebook Listings.
Where to Look for Great Used Motorcycle Deals
— Money & Malaysian Living (@HelmiHasanBH) February 16, 2022
– Mudah
– Carousell
– Facebook listings
However, the best option is to let your network know that you’re looking for a used motorcycle. There’s bound to be someone who wants to get rid of theirs. pic.twitter.com/0iKfnTuUiw
3. Lihat keadaan motosikal
Bila ada yang sudah berkenan di mata, boleh lah anda berjumpa dengan penjual motor tersebut untuk melihat terlebih dahulu keadaan kenderaan itu.
Sebelum anda bercadang untuk membeli, penting untuk anda membuat semakan keadaan terhadap keadaan motor tersebut.
INSPECTION: What to Look Out For in a Used Motorcycle
— Money & Malaysian Living (@HelmiHasanBH) February 16, 2022
Observe these 3 things that usually indicates the owner takes good care of the bike:
– Relatively new tires with treads
– No or minor scratch or dent marks
– Service records pic.twitter.com/oP9MkMl2cx
4. Tukar nama pemilik
Fikir punya fikir, okay anda sudah ambil keputusan untuk membeli motor berkenaan. Jadi, bila kenderaan tersebut sudah bertukar pemilik, anda perlu menukar pemilikan motor tersebut.
Macam mana cara nak tukar pemilikan motor? Ikuti langkah-langkah di bawah:
How to Transfer Motorcycle Ownership
— Money & Malaysian Living (@HelmiHasanBH) February 16, 2022
1. Both the buyer & seller go to JPJ (around RM3).
2. Apply for the transfer at a motorcycle shop (around RM100 charge), and you still need to head over to JPJ to print out the new grant – I did this
3. Hire a runner to handle everything pic.twitter.com/ZGoHpuLvFC
Jangan lupa juga bawa dokumen-dokmen penting berikut sebelum ke pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk proses menukar nama pemilik.
What to Bring to JPJ for Ownership Transfer
— Money & Malaysian Living (@HelmiHasanBH) February 16, 2022
– The original grant from the previous owner
– The piece of paper stating that the application of ownership transfer was already done online (from the bike shop)
– Buy insurance BEFORE coming to JPJ.
– I paid RM2 for 125cc road tax pic.twitter.com/Snzu6mvs3C
Bila proses penukaran pemilik sudah selesai, tahniah! Anda kini secara sah memiliki motosikal milik sendiri. 🤩
5. Dapatkan insurans
Menunggang motorsikal sebenarnya lebih berbahaya berbanding memandu kereta kerana tubuh kita lebih terdedah di atas jalan raya.
Jadi untuk memastikan keselamatan anda terjamin, mungkin boleh ambil insurans untuk lindungi diri kita. Kalau ada apa-apa terjadi, tak susah hati nak bayar.
Berapa kos selain membeli motosikal?
Untuk memudahkan anda, lelaki ini juga telah menyenaraikan kos tambahan yang diperlukan.
Harga peralatan seperti helmet, sarung tangan dan pemegang telefon yang disenaraikan itu tak semestinya sama. Mungkin harga agak berbeza jika beli di kedai berlainan.
Tetapi jika hanya mengira kos untuk menukar pemilikan motosikal berkenaan, ianya memerlukan kos sebanyak RM429.
Additional Cost
— Money & Malaysian Living (@HelmiHasanBH) February 16, 2022
All the other stuff I need to pay on top of buying the motorcycle from the owner: RM 629 pic.twitter.com/oOTNUStRv9
Sekarang anda dah tahu! Senang je kan?
Walaupun kenderaan terpakai, tapi ianya masih bernilai dan boleh digunakan sekiranya dijaga dengan baik. Yang penting kena jaga bagai menatang minyak yang penuh. Wah, gitu!
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.