Now Reading
Kenapa Kucing Tak Boleh Dekat Dengan Bunga Lili? Ini Sebabnya

Kenapa Kucing Tak Boleh Dekat Dengan Bunga Lili? Ini Sebabnya

Kucing boleh terkena keracunan bunga dan menyebabkan gangguan pada buah pinggang mereka.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Seronok bela kucing dekat rumah sebenarnya, sebab bila kita keseorangan pasti haiwan ini ada sebagai peneman.

Kucing ni kerja dia kalau tak tidur, mesti makan. Paling-paling pun suka memanjat sana sini dan buat sepah.

Itu pun kalau kucing tu jenis yang agak ‘hyper’. Dapat kucing macam Garfield, memang makan tidur je.

BACA JUGA: Kucing Pun Boleh Stres & Sakit Bila Ramai Orang Di Rumah. Baru Tahu!

Jauhkan kucing anda dengan bunga lili

Baru-baru ini, seorang pengguna Instagram (Aiman Ariff) berkongsi satu perkara penting kepada mereka di luar sana yang membeli kucing di rumah.

Kisahnya bermula apabila kucing kesayangannya bernama Benjy terpaksa dikejarkan ke hospital gara-gara terhidu bau bunga lili di rumah.

Jenis-jenis bunga lili. (Sumber: Instagram Aiman Ariff)

Kejadian tersebut yang berlaku setahun lalu dikongsikan kepada orang ramai untuk memberi peringatan buat mereka yang tidak mengetahui tentang perkara tersebut.

Ketika kejadian, Benjy terpaksa ditahan di wad selama satu malam untuk menerima rawatan daripada doktor haiwan sebelum kembali sihat pada keesokan harinya.

Sumber: Instagram Aiman Ariff

Aiman turut menekankan bahawa keseluruhan bunga lili itu amatlah beracun kepada kucing. Daripada bunga, daun, dahan dan debunga, semuanya berbahaya.

Menurut kajian juga, racun di dalam bunga tersebut boleh menyebabkan kucing mengalami kerosakan pada buah pinggang dan yang paling menakutkan sehingga boleh membawa maut!

Jadi kepada anda di luar sana yang membela kucing, jauhkan mereka daripada bunga lili okay? Jika mereka terbau atau terjilat daun walaupun sekejap, cepat-cepat bawa mereka ke klinik haiwan.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd