Ini 7 Perkara Untuk ‘Warm-Up’ Ibadah Bermula Bulan Rejab
Sebelum menjelang Ramadan, jom memperbaiki amal ibadah kita bermula bulan Rejab ini.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Pejam celik tinggal 58 hari sebelum menjelang bulan Ramadan tahun ini pada 3 April. Sekarang pun sudah masuk bulan Rejab.
Kejap je dah nak bulan puasa balik kan? Dah kena bersedia untuk bulan yang paling berharga untuk beribadah iaitu pada bulan Ramadan.
Kalau nak bersukan, mesti kita akan panaskan badan dulu, betul tak? Sama juga dalam beribadah.
Tapi, macam mana agaknya nak ‘warm-up’ dalam beribadah? Jom kami bantu anda dengan perkongsian yang dimuat naik oleh pengguna Twitter ini (Aisyah Shahid).
Antaranya adalah seperti berikut:
1. Cukupkan solat lima waktu
Sebagai umat Islam, kita memang diwajibkan untuk menunaikan solat lima waktu. Tapi, mungkin ada yang agak ‘struggle’ nak lengkapkan solat dalam sehari.
Apa kata anda praktis perlahan-lahan bermula bulan Rejab ini.
2. Solat di awal waktu
Bila dah berjaya lengkapkan solat lima waktu, apa kata ‘upgrade’ ibadah solat dengan solat di awal waktu pula?
Berkat solat di awal waktu, hati anda juga akan menjadi lebih tenang. Cubalah!
3. Amalkan istighfar
Amalan istighfar boleh dibuat di mana-mana sahaja. Sambil memasak, tengok televisyen dan memandu pun boleh. Yang penting, bukan dalam tandas lah.
Cuba amalkan istighfar 33 kali dalam sehari dan istiqomah setiap hari.
4. Belajar berjimat
Setiap kali nampak perkataan “SALE”, nafsu nak membeli tu membuak-buak. Lebih-lebih lagi bila gaji dah baru masuk. Fuh!
Tapi, apa kata kita buat sedikit kelainan dengan cara kawal nafsu membeli dan hanya membeli apa yang perlu sahaja.
5. Khaskan waktu untuk beribadah
Selain menunggu waktu solat, apa kata anda tetapkan masa khas untuk melakukan ibadah sunat.
Contohnya, anda tetapkan jam 10 pagi sebagai waktu untuk melakukan solat sunat dhuha setiap hari.
6. Buat doa sendiri
Bila berdoa, mungkin ramai yang membacanya dalam bahasa Arab. Tapi, tak semua faham bahasa itu.
Apa kata anda berdoa sahaja di dalam bahasa yang mudah difahami mengikut bahasa harian kita. Dengan cara itu, anda akan lebih menghayati bila berdoa.
7. Jaga kesihatan
Bulan Ramadan akan menjelang tidak lama lagi. Jadi, kena pastikan tubuh badan bersedia untuk berpuasa selama satu bulan.
Nak cuba mula berpuasa sunat dari sekarang pun boleh juga. Praktis dari awal orang kata!
BACA JUGA: Ini Antara Hari-hari Sunnah Untuk Puasa Sepanjang Tahun
Tak sabarnya nak sambut bulan Ramadan tahun ni. Semoga kita semua diberi peluang untuk bertemu dengan bulan penuh barakah. Amin!
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.