Now Reading
Nak Melabur Tapi Tak Tahu Di Mana? Jom Cuba Aplikasi-aplikasi Ini

Nak Melabur Tapi Tak Tahu Di Mana? Jom Cuba Aplikasi-aplikasi Ini

Ada banyak platform yang sesuai untuk anda melabur mengikut kemampuan diri dari segi kewangan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Orang kata, duit yang banyak tak menjamin kebahagiaan. Tapi, sekarang ini semua benda perlukan duit.

Kita tak tahu mungkin tiba-tiba akan berdepan dengan situasi kecemasan yang memerlukan sokongan dari segi kewangan. Mana nak cekau duit beribu-riban dalam tempoh yang singkat?

BACA JUGA: Lelaki Kongsi Tips Jana Duit Secara Pasif. Senang Je!

Jadi, sebab itulah pentingnya untuk kita mula menyimpan wang dari sekarang demi masa hadapan.

Dari anda simpan duit tunai dalam tabung, kami cadangkan untuk menyimpan dalam akaun pelaburan. Jangan terkejut bila tengok duit anda ‘beranak-pinak’ nanti.

Kredit: Astro Awani

Aplikasi pelaburan yang sah di Malaysia

Menerusi perkongsian seorang pengguna Twitter Rusydi Hassim, terdapat beberapa aplikasi pelaburan sah di Malaysia untuk anda yang ingin berjinak-jinak dalam bidang ini. Antaranya seperti berikut:

NOTA: Risiko pelaburan disusun bermula dari yang paling rendah sehingga yang paling tinggi.

1. Tabung Haji

Kredit: Astro Awani

Simpanan Tabung Haji adalah yang paling selamat dan dijamin oleh kerajaan. Sambil menyimpan, boleh juga melabur dan beribadah. Bagus kan?

2. Amanah Saham Bumiputera

Kredit: Harian Metro

Dahulunya, akaun simpanan ini hanya dibuka untuk bumiputera sahaja. Sekarang bukan bumiputera pun dah boleh menyimpan di sini.

Setiap tahun, individu yang meyimpan di dalam akaun ini akan mendapat peratusan dividen yang berbeza.

BACA JUGA: PNB Umum Dividen ASB 5.00 Sen Seunit Bagi Tahun 2021

3. Raiz

Kredit: Fuhla

Raiz merupakan syarikat pelaburan Australia yang bekerjasama dengan Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Apa yang uniknya tentang platform ini adalah ia akan melabur dengan cara mengenapkan jumlah perbelanjaan anda dan bakinya itu akan dilaburkan.

4. FSM One

Kredit: FSM One

Kalau anda nak cuba-cuba berjinak melabur di dana swasta, inilah tempatnya! Walaupun risiko agak tinggi, tetapi pulangannya juga lumayan.

Sebelum melabur di sini, pastikan anda jenis yang peka tentang kewangan dan juga pandai menganalisa dana yang sesuai untuk digunakan.

5. Wahed Invest

Kredit: MyPF.my

Untuk pengetahuan anda, Wahed Invest adalah pelaburan patuh syariah yang pertama di dunia tersenarai dalam Nasdaq Stock Market.

Wahed Invest menawarkan pelaburan Exchange Traded Fund (EFT) yang berkerjasama dengan Unit Amanah Saham.

EFT atau dalam bahasa Melayu bermaksud Dana Dagangan Saham merupakan dana pelaburan terbuka yang disenaraikan dan didagangkan dalam bursa saham.

6. MIDF

Kredit: The Edge Market

MIDF ini pula platform pelaburan yang berisiko tinggi di mana anda akan melabur ke dalam syarikat luar negara.

Tapi jangan risau kerana MIDF Invest ini disokong oleh MIDF Amanah Investment Bank Berhad yang merupakan sebuah institusi kewangan Malaysia.

7. LUNO

Kredit: The Edge Market

Untuk anda yang ingin menceburkan diri dalam pelaburan cryptocurrency, boleh buka akaun di platform ini.

LUNO adalah platform pelaburan yang lebih tinggi risikonya dan mendapat kebenaran daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.


Ada banyak platform yang sesuai untuk anda melabur mengikut kemampuan diri dari segi kewangan. Mungkin boleh cuba sedikit demi sedikit.

Tetapi sebelum mula melabur, pastikan ada cukup ilmu dulu. Kalau tidak, takut ‘melebur’ duit nanti.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd