Now Reading
5 Produk Mengandungi Urea Ini Boleh Bantu Masalah Siku & Lutut Gelap

5 Produk Mengandungi Urea Ini Boleh Bantu Masalah Siku & Lutut Gelap

Urea adalah bersifat keratolitik yang boleh menghilangkan sel kulit mati serta membantu kulit menyimpan air dengan lebih banyak.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Masalah kulit gelap di beberapa bahagian badan seperti siku dan lutut adalah perkara yang biasa. Selain itu, masalah rekahan pada tumit kaki juga sering terjadi.

Mesti ramai yang tertanya-tanya apa punca yang menyebabkan masalah ini berlaku?

Antara puncanya adalah seperti berikut:

  • Banyak sel kulit mati.
  • Hormon tidak seimbang.
  • Terdedah kepada cahaya matahari terlalu lama.
  • Hiperpigmentasi.
  • Geseran pada pakaian.

Bila ada masalah macam ini, itu tidak bermaksud seseorang mengalami masalah serius. Tetapi kita pula yang berasa kurang keyakinan diri dengan penampilan diri.

Kredit: Medical News Health

Macam mana nak atasi masalah ini?

Jangan risau, seorang pengguna Twitter @meccaelbenardi telah berkongsi jawapan kepada masalah yang anda sedang alami.

Penyelesaian kepada masalah anda adalah UREA!

Urea adalah bersifat keratolitik yang berfungsi untuk meningkatkan kelembapan pada kulit dengan memecahkan zat keratin pada lapisan kulit yang paling atas.

Bukan itu sahaja, urea juga boleh menghilangkan sel kulit mati serta membantu kulit menyimpan air dengan lebih banyak.

Kredit: Eucerin

Apabila kulit menjadi semakin lembap kerana tinggi kandungan air, maka kulit tidak mudah menjadi kering.

Kulit yang terlampau kering juga boleh menjadi faktor masalah siku dan lutut gelap.

Produk yang boleh membantu anda

Antara produk yang mengandungi urea dan boleh membantu masalah kulit gelap di bahagian siku dan lutut serta rekahan tumit adalah seperti berikut:

1. Sebamed Repair Foot Cream

Kredit: Sebamed

Produk ini mengandungi 10% urea yang juga boleh memberi kelegaan kepada kegatalan dan kulit menggelupas akibat terlalu kering.

2. Eubos Urea Hydro Repair Lotion

Kredit: Eubos Online

Selain mengandungi urea sebanyak 10%, produk ini juga mempunyai 10% minyak buah zaitun serta minyak badam untuk meningkatkan kandungan air serta lemak semula jadi pada kulit.

Bioecolia pada produk ini turut bertindak sebagai prebiotik bagi membantu menguatkan sistem pertahanan semula jadi kulit.

3. Eucerin Urea Repair Plus 10% Urea Lotion

Kredit: Eucerin

Bukan setakat mengandungi urea sebanyak 10%, malah produk ini mempunyai Ceramide dan Faktor Pelembap Semula Jadi (NMF) yang berfungsi untuk menarik lebih banyak air ke kawasan paling atas kulit.

4. Euderm Cream

Kredit: Shopee Malaysia

Dibuat khas untuk anda yang mempunyai masalah kulit kering serta ekzema, produk ini juga mengandungi kandungan aktif urea sebanyak 10%.

Produk ini boleh membantu anda yang mengalami masalah kulit kering di bahagian siku serta rekahan tumit kaki.

5. Axcel Urea 10% Cream

Kredit: Health Viet Nam

Dengan adanya kandungan urea sebanyak 10%, krim ini boleh merawat masalah seperti ichthyosis dan hiperkeratosis dengan cara memberi kelembapan serta kelegaan cepat kepada kulit yang tegang.

Nota: Sebelum menggunakan apa-apa produk, baca dahulu label dan arahan pada kotak.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd