Now Reading
Kucing Pun Boleh Stres & Sakit Bila Ramai Orang Di Rumah. Baru Tahu!

Kucing Pun Boleh Stres & Sakit Bila Ramai Orang Di Rumah. Baru Tahu!

Apabila lebih kerap berada di rumah, kita mungkin telah mewujudkan persekitaran yang lebih sibuk dan huru-hara berbanding kebiasaan mereka.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Kucing merupakan haiwan peliharaan yang digemari ramai kerana wajahnya comel dan kita pun mudah terhibur dengan kerenah mereka.

Seronok bela kucing dekat rumah sebenarnya, sebab bila kita keseorangan pasti haiwan ini ada sebagai peneman.

Kucing ni kerja dia kalau tak tidur, mesti makan. Paling-paling pun suka memanjat sana sini dan buat sepah.

Itu pun kalau kucing tu jenis yang agak ‘hyper’. Dapat kucing macam Garfield, memang makan tidur je.

BACA JUGA: [Video] Netizen Terhibur Tengok Kucing Tolong Budak Kecil Buka Pintu

Kucing sakit sebab stres duduk rumah

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter @trimiese berkongsi kisah apabila kucing peliharaan kerap jatuh sakit sejak negara berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bila dibawa berjumpa doktor haiwan, mereka memaklumkan bahawa banyak juga kucing lain yang mengalami masalah sama.

Dan puncanya adalah kerana stres ramai orang di rumah. Biar betul? Kucing pun boleh stres ke?

Ramai hadapi masalah sama

Boleh dikatakan, segelintir pemilik kucing juga menghadapi masalah yang sama.

Sehinggakan ada kucing mereka yang keguguran bulu dalam kuantiti banyak kerana stres duduk rumah.

Disebabkan stres ramai orang di rumah jugalah menjadi punca kepada salah seorang pemilik ini kehilangan kucingnya yang sudah mati awal tahun ini.

Dalam pada masa yang sama, ada juga yang sempat bergurau kononnya kucing stres apabila ramai orang di rumah kerana inginkan ‘me time’.


Kenapa kucing boleh stres bila ramai orang di rumah?

Kredit: Beverly Hills Veterinary Associates

Menurut kajian, peningkatan tahap tekanan sesetengah kucing semasa pandemik mungkin disebabkan oleh gangguan kepada ketenteraman harian mereka yang secara tidak disedari berpunca daripada tuan rumah sendiri.

Apabila lebih kerap berada di rumah, kita mungkin telah mewujudkan persekitaran yang lebih sibuk dan huru-hara berbanding kebiasaan mereka.

Disebabkan itu, perkara ini boleh menyebabkan kucing lebih tertekan apabila kita ingin memberi mereka lebih banyak perhatian.

Cara untuk elak kucing stres

Jangan risau, ada beberapa cara yang anda boleh lakukan bagi mengelakkan kucing anda stres apabila berada di rumah.

Antaranya:

  • Sediakan jadual yang teratur untuk mereka. Ini bermakna waktu makan serta bermain dengan mereka juga perlu mengikut jadual ditetapkan.
  • Berikan ruang atau bilik yang senyap. Apabila kucing memasuki ruang ini, pastikan mereka tidak diganggu.
  • Wujudkan persekitaran luaran dan dalaman yang sesuai. Sebagai contoh, sediakan lebih banyak pilihan untuk kucing menyorok dan ruang makan yang senyap serta jauh dengan ‘cat litter tray’. Selain itu, letakkan juga permainan dan tumbuhan mesra kucing seperti ‘cat nip’. Ini bagi memastikan kucing anda dirangsang secara fizikal dan mental.
  • Beri kucing anda lebih banyak ruang dan masa bersendiri. Jika kucing anda sedang tidur dan buat perkara yang disukai, biarkan dan jangan ganggu mereka.

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd