Laptop Dimasuki Air Akibat Banjir? Lelaki Ini Kongsi Tips Berguna Untuk Anda
Walaupun komputer riba anda sudah dimasuki air akibat banjir, jangan risau masih ada peluang untuk diselamatkan.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Banjir yang berlaku di Selangor pada musim tengkujuh ini memang mengejutkan ramai pihak ekoran dari hujan lebat yang berterusan sejak Jumaat (17 Disember).
Bencana ini sememangnya memberi kesan kepada mangsa kerana segala harta benda tidak sempat diselamatkan. Ketika itu, nyawa lebih penting.
Oleh disebabkan itu, pastinya banyak kerosakan yang berlaku pada alatan elektronik seperti peti ais, televisyen, komputer riba dan sebagainya.
BACA JUGA: TNB Kongsi Panduan Keselamatan Elektrik Di Kawasan Banjir
Kongsi tips baiki laptop dimasuki air
Prihatin dengan nasib mangsa banjir yang pastinya tidak sempat menyelamatkan harta benda mereka, seorang pengguna TikTok @amanjamadi berkongsi tips apabila komputer riba dimasuki air akibat banjir.
Berikut adalah tips yang anda boleh ikuti:
- Lap semua permukaan komputer riba sehingga kering.
- Elak daripada menggunakan pengering rambut untuk mengeringkan komponen dalaman komputer riba.
- Cabut bateri jika boleh dicabut. Sekiranya tak boleh, biarkan sahaja.
- Jangan terus pasang menggunakan kabel komputer riba.
- Jangan terus hidupkan komputer riba tersebut.
- Hantar ke kedai untuk pemeriksaan selanjutnya dan lakukan pembersihan mendalam (deep cleaning).
@amanjamadi Saya harap video ni dapat membantu semua mangsa banjir. Share ramai-ramai dekat kawan yang kena macam ni. #TahukahAnda #TikTokGuru #geekits
♬ Biarlah Semua Berlalu – Willy Anggawinata
Banyak kedai tawar servis percuma
Rakyat Malaysia yang tidak terkesan banyak menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir.
Bukan sahaja bantuan dari segi barangan asas, servis kereta dan juga komputer riba juga diberikan secara percuma.
BACA JUGA: Perodua Tawar Pemeriksaan Percuma, Diskaun & Rebat Bagi Pemilik Kereta Terjejas Banjir
Berikut adalah tawaran servis komputer riba secara percuma daripada beberapa kedai:
1. AmiTech

2. Topone Technology

3. adamfix4u

4. Blackoders Technology

Bangga ada rakyat yang saling bantu-membantu. Good job Malaysians!
Kami doakan semoga kesemua mangsa banjir untuk kuatkan semangat bagi meneruskan kehidupan selepas ini.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.