Now Reading
Longgokan Daun Pada Bumbung Punca Masalah Siling Rumah Bocor

Longgokan Daun Pada Bumbung Punca Masalah Siling Rumah Bocor

Longgokan daun pada atap rumah boleh menyebabkan laluan air tersekat serta air melimpah masuk ke dalam bumbung.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Hampir semua rumah teres pasti mempunyai laluan air pada bumbung untuk menyalurkan air hujan turun ke bawah.

Tapi perasan tak? Sesetengah bumbung dipenuhi dengan daun-daun kering di atasnya. Tak elok sebenarnya ada longgokan daun kerana boleh memberi kesan terhadap sistem saluran air.

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook Lee Wai Wan berkongsi pengalaman sama menerusi Group Tukang Apa Hari Ini ketika sedang memperbaiki bumbung pelanggannya.

Dia memberitahu bahawa bumbung sesebuah rumah sebenarnya perlu direka seringkas yang mungkin bagi mengelakkan masalah bocor pada siling.

Selain faktor pemasangan longkang laluan air yang tidak betul, longgokan daun kering yang jatuh ke atas bumbung juga boleh menjadi penyebab kepada masalah siling bocor.

Longkang laluan air yang disusun terlalu rapat pada bumbung telah menyebabkan daun-daun kering mudah berlonggok.

Apabila hujan lebat berlaku, air tidak dapat bergerak turun dengan cepat dan menyebabkan limpahan air yang banyak masuk ke dalam bumbung.

Maka, terjadilah masalah siling rumah bocor.

Kredit: Facebook Lee Wai Wan

Rupanya ramai yang mengalamai masalah sama

Di ruangan komen posting itu, rata-rata netizen berkongsi pengalaman sama apabila siling rumah bocor akibat longgokan daun-daun kering.

Ramai juga berterima kasih atas nasihat daripada pengguna Facebook itu.

Kredit: Facebook Lee Wai Wan
Kredit: Facebook Lee Wai Wan
Kredit: Facebook Lee Wai Wan

Kami pun baru tahu sebenarnya tentang ini.

Jadi, bolehlah hujung minggu ini ajak anak-anak atau house mate untuk tolong bersihkan bumbung rumah sekali.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd