Now Reading
Nak Buah Pinggang Yang Sihat? Praktik 6 Amalan Sihat Ini

Nak Buah Pinggang Yang Sihat? Praktik 6 Amalan Sihat Ini

Jika buah pinggang gagal berfungsi dengan baik, semua toksin akan terkumpul dalam badan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Seperti yang diketahui, semua individu dilahirkan dengan dua buah pinggang.

Tetapi segelintir individu yang mempunyai masalah kesihatan terpaksa hidup dengan menggunakan satu buah pinggang sahaja.

Buah pinggang penting untuk menapis sisa toksin daripada darah dan akan dikeluarkan melalui air kencing. Jika buah pinggang gagal berfungsi dengan baik, semua toksin akan terkumpul dalam badan.

Oleh disebabkan itu, anda akan mudah terkena penyakit seperti tekanan darah tinggi, sakit kepala dan sebagainya.

Sebab itulah penting untuk menjaga buah pinggang anda dengan baik.

Ada beberapa cara yang anda boleh amalkan untuk memastikan kesihatan buah pinggang. Antara amalan yang boleh diamalkan adalah seperti berikut.

1. Kekalkan hidrasi tubuh badan

Kredit: Astro Gempak

Anda perlu memastikan tubuh badan mendapat bekalan air yang mencukupi.

Kalau rasa dahaga, terus minum air dan jangan biarkan tubuh anda kekurangan air.

Tapi, jangan pula terlebih minum air. Bahaya juga tu.

Minum air secara berlebihan bukan sahaja tidak terbukti membantu fungsi buah pinggang, malah boleh dapat kesan negatif yang lain.

2. Kerap bersenam

Kredit: Berita Harian

Aktiviti bersenam memang tidak dinafikan boleh menyihatkan tubuh badan termasuklah buah pinggang.

Senaman dapat membantu mengurangkan berat badan serta mengawal tekanan darah tinggi.

Dengan itu, bebanan kerja pada buah pinggang dapat dikurangkan.

3. Berhenti merokok

Kredit: Berita Harian

Bukan setakat rokok, segala bahan yang mengandungi nikotin seperti vape ataupun shisha perlu dihentikan.

Merokok boleh menyebabkan saluran darah tersumbat dan kurang aliran darah ke bahagian buah pinggang.

Sekiranya kurang bekalan darah, buah pinggang tidak dapat tidak dapat berfungsi dengan baik.

4. Amalkan pemakanan yang sihat

Kredit: Kosmo

Boleh dikatakan masalah buah pinggang berpunca daripada penyakit lain seperti tekanan darah tinggi dan juga kencing manis.

Penyakit-penyakit ini pula berpunca daripada tabiat pemakanan yang tidak sihat seperti banyak makanan manis dan berlemak.

Jika ingin menjaga kesihatan buah pinggang dengan baik, elakkan makan makanan yang tinggi kandungan lemak, gula dan garam.

5. Kawal pengambilan vitamin dan suplemen

Kredit: CNN Indonesia

Pengambilan vitamin dan juga suplemen secara berlebihan juga boleh mengganggu dan membahayakan buah pinggang.

Bukan tak boleh ambil sepenuhnya, tetapi dinasihatkan untuk kurangkan kekerapan pengambilannya bagi mengelakkan kerosakan buah pinggang.

6. Lakukan pemeriksaan doktor sekiranya berisiko

Kredit: Maskulin

Jika anda menghidap penyakit-penyakit lain seperti tekanan darah tinggi, kencing manis atau penyakit jantung, dinasihatkan juga untuk membuat pemeriksaan kesihatan terhadap buah pinggang.

Risiko untuk mendapat penyakit buah pinggang itu ada sekiranya anda menghidap penyakit lain.

Orang tua-tua kata lebih baik mencegah daripada mengubati.

Jagalah buah pinggang anda dengan baik kerana tanpa buah pinggang, badan kita akan penuh dengan toksin.

Bahaya tau.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd