Now Reading
Doktor Ini Beri Senarai Ubat-ubatan Yang Perlu Disimpan Dalam ‘First Aid Kit’. Penting!

Doktor Ini Beri Senarai Ubat-ubatan Yang Perlu Disimpan Dalam ‘First Aid Kit’. Penting!

Walau bagaimanapun, sila dapatkan nasihat doktor jika gejala (symptom) anda berterusan dan dapatkan rawatan dengan kadar segera apabila anda mengalami reaksi alahan terhadap ubat yang diambil.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


“Sediakan payung sebelum hujan.”

Ungkapan yang sering diperkatakan dan membawa maksud berwaspada sebelum ditimpa kesusahan.

Ini kerana, apa jua yang kita lakukan di dunia ini, kita seharusnya memikirkan masa hadapan dan bersiap sedia dalam sesuatu perkara sebelum ia ditimpa akan sesuatu musibah atau masalah.

Sama juga dengan kesihatan seseorang.

Mungkin hari ini kita sihat walafiat, namun esok kita belum tahu sama ada kita masih kekal sihat atau ditimpa sakit.

Gambar sekadar hiasan.
(Kredit: Freepik)

Jadi sebelum sakit, kita perlulah menyediakan beberapa ubat-ubatan yang ‘common’ dan boleh dikatakan perlu sentiasa ada di rumah, di dalam kereta, atau di mana-mana sahaja.

Supaya jika anda memerlukannya, tidak perlulah anda tergesa-gesa ke farmasi, klinik, atau hospital.

Ubat-ubatan yang WAJIB disimpan

Satu perkongsian oleh seorang pengguna Facebook yang juga seorang Pegawai Perubatan Kecemasan iaitu Dr. Asmi Syabil menerangkan beberapa jenis ubat-ubatan yang perlu sentiasa ada di rumah, di dalam kereta, dan juga di dalam kotak ‘First Aid Kit’ anda.

Menurutnya, ubat-ubatan ini boleh didapati di farmasi berdekatan dan sering diberikan oleh para doktor untuk gejala-gejala seperti:

  • Demam
  • Batuk
  • Selesema
  • Cirit-birit
  • Gatal-gatal badan
  • Muntah
  • Sakit perut
  • Pening
  • Sakit kepala dan pelbagai lagi

1. Paracetamol 500mg (Panadol)

Yang ini rasanya semua kenal. Boleh diambil jika anda mengalami demam ataupun sebagai ubat tahan sakit yang ringan seperti sakit kepala dan sebagainya.

Dos disyorkan : 2 biji(sekali makan) tiga kali sehari.
Jangan melebihi 8 biji sehari.

2. Loratadine 10mg

Ubat dalam kategori antihistamin.

Dos disyorkan : 1 biji sekali sehari

Sering digunakan untuk mengurangkan gejala alahan, gatal-gatal, mata berair atau resdung.

3. Chlorpeniramine 4mg (Piriton)

Bagi yang kerap berjumpa doktor untuk gejala seperti selesema dan alahan mesti dah kenal dengan ubat ini. Ubat ini juga seperti Loratadine dalam kumpulan antihistamin dan digunakan untuk mengurangkan gejala yang sama.

Dos disyorkan : 1 biji, 3 kali sehari.

Ubat ini boleh menyebabkan rasa mengantuk, oleh itu jika anda rasa seperi mengalami kesan ini, elakkan memandu atau mengendalikan mesin bagi mereka yang bekerja.

4. Diclofenac sodium 50 mg (Voltaren)

Ubat tahan sakit atau radang. Ubat ini tergolong dalam kategori NSAIDs.

Dos disyorkan : 1 biji 3 kali sehari (bagi kesakitan berterusan) atau sebiji sekali apabila perlu.

Sering digunakan untuk mengurangkan keradangan atau kesakitan yang tidak surut dengan menggunakan paracetamol. Untuk yang ada gout mesti dah kenal sebab antara ubat yang wajib makan apabila kena serangan gout.

Elakkan pengambilan ubat ini ketika perut kosong atau bagi mereka yang ada gastritis

5. Metoclopramide HCl 10 mg (Maxolon)

Ubat untuk gejala seperti loya dan muntah, juga digunakan untuk migraine.

Untuk ibu-ibu mengandung yang mengalami gejala loya dan muntah di awal kehamilan juga selalu diberikan sebagai rawatan. Muntah disebabkan keracunan makanan juga boleh dikurangkan.

Dos disyorkan : 1 biji 3 kali sehari atau sebiji sekali apabila perlu.

6. Buscopan 10mg

Ubat untuk mengurangkan sakit perut terutama yang memulas-mulas atau kekejangan perut dan juga sakit batu karang.

Dos disyorkan : 1 biji 3 kali sehari atau sebiji sekali apabila perlu.

7. Diphenoxylate + atropine sulphate (Lomotil)

Dos disyorkan : 1 biji 3 kali sehari atau sebiji sekali apabila perlu.

Ubat untuk mengurangkan gejala cirit-birit yang disebabkan keracunan makanan.

8. Activated charcoal 250mg

Dos disyorkan : 1 biji 3 kali sehari

Sama seperti Lomotil diatas, ubat ini juga digunakan untuk mengurangkan cirit-birit.

9. Oral Rehydration Salt (ORS)

Dos disyorkan : 1 paket apabila perlu.

Sepertimana yang kita ketahui, badan kita memerlukan garam galian seperti sodium dan potasium untuk berfungsi dengan baik. Dan garam galian ini boleh berkurangan akibat dehidrasi apabila kita mengalami cirit-birit yang berterusan.

Oleh itu ORS ini sering dipreskripsi okeh para doktor untuk mereka yang mengalami cirit-birit bagi menggantikan kembali garam galian yang telah hilang daripada badan agar fungsi tubuh badan tidak terjejas.

10. Mist magnesium trisilicate (MMT)

Ubat ini sama fungsinya seperi Gaviscon. Bertindak untuk mengurangkan pedih ulu hati (heartburn) akibat daripada ketidakhadaman.

Dos disyorkan : 15 ml 3 kali sehari.

Sila ambil sebelum makan dan pastikan anda tidak menjamah apa-apa makanan atau minuman selama 15 minit selepas ubat ini diambil.

11. Breacol – Cough syrup

Yang ini memang semua orang kenal.

Boleh beli di mana-mana farmasi hatta di 7-eleven daripada penat korang menunggu berjam-jam di jabatan kecemasan hanya disebabkan batuk.

12. Ammeltz yoko yoko

Atau kandungan utamanya methyl salicylate seperti krim LMS yang sering diberikan para doktor untuk mengurangkan ketegangan otot.

Yang ini pun banyak dijual di luar dan sangat-sangat berguna untuk mengurangkan sakit-sakit otot atau lenguh-lenguh badan.

13. Chloramphenicol eye drop

Boleh digunakan untuk jangkitan mata seperti conjunctivitis. Ala, yang selalu bangun-bangun tidur tu tetiba penuh tahi mata lepas tu mata pula rasa pedih dan berair.

14. Termometer

Yang ini eloklah beli dan simpan satu di rumah untuk cek sendiri suhu badan kalian atau anak-anak samada demam atau tidak. Boleh didapati dengan pelbagai jenis dan bentuk dan kebanyakkannya mudah digunakan.

Julat untuk suhu normal ada pelbagai mazhab. Tapi kebiasaan yang digunakan adalah: Suhu 38°C dan ke atas = demam.

Rujuk gambar dan posting penuh di bawah:


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd