Now Reading
Wanita Ini Kongsi Kenapa Karakter Anak Terbentuk Dari Seorang Ayah. Daddies, Take Note!

Wanita Ini Kongsi Kenapa Karakter Anak Terbentuk Dari Seorang Ayah. Daddies, Take Note!

Waktu mandikan anak yang masih bayi pun boleh berborak kosong dengan mereka walaupun mereka tak faham. 🙂

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Waktu bonding anak-anak dengan seorang ayah juga adalah penting.

Dalam kajian serta penyelidikan yang dilakukan oleh pakar-pakar dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak dan perkembangan anak mengakui betapa pentingnya pengaruh bonding ayah dan anak terhadap tumbesaran positif anak tersebut.

Menurut perkongsian seorang pengguna Facebook iaitu Shahrizal Redwan, bonding bersama seorang ayah ini akan membuatkan anak-anak lebih cenderung untuk:

  • Lebih tahu cara menjaga diri sendiri.
  • Lebih mudah bersosial.
  • Ada self-confidence, jika tidak pandai (atau gagal berbuat sesuatu) akan anggap ianya bukan satu kesalahan.
  • Kurang agresif, tidak terlalu sensitif dan tahu apa goal, dan fokus kepada mencapai goal dengan cara yang baik.

Malah, membincangkan tentang perkara yang sama, seorang pengguna Twitter yang juga seorang ibu dan pendidik awal kanak-kanak iaitu Aishah telah berkongsikan lebih lagi tentang topik ini.

Karakter anak akan terbentuk disebabkan ayah. Ini ulasannya;

Menurutnya, ketika anak masih bayi, si isteri sudah mengambil tugas menyusukan anak dan apa salahnya untuk seorang suami mengambil pula tugas mandikan bayi.

Malah, ketika waktu mandi boleh ajak bayi berborak, walaupun mereka masih belum faham, tidak salah untuk ‘borak kosong’ dengan anak.

Selain itu, ayah juga perlu perbanyakkan body contact supaya anak lebih kenal bau badan dengan cara peluk dan cium mereka.

Antara tips lain, perbanyakkan story telling dengan anak dengan cara ambil bahagian dalam semua aktiviti mereka. Walaupun anak tak pandai bercakap, tapi mereka akan pandai mengajak ibu bapa mereka bermain sekali dengan cara menarik tangan.

Always make two ways conversations, ni penting utk perkembangan anak anak.

Aishah melalui Twitter.

Semoga tips di atas berguna untuk ayah-ayah di luar sana, especially yang baru bergelar seorang ayah. 🙂


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd