Now Reading
Ini Antara Tanda-tanda Anda Alami Masalah Kewangan & Cara Untuk Atasinya

Ini Antara Tanda-tanda Anda Alami Masalah Kewangan & Cara Untuk Atasinya

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada kita semua untuk menguruskan kewangan dengan baik.

Siti Murni

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Memang benar, cara untuk mengurus kewangan sebenarnya tidak semudah yang disangka. Lebih-lebih lagi jika anda jenis mempunyai komitmen bulanan yang tinggi.

Kredit: Giphy

Malahan, ditambah pula dengan penularan pandemik Covid-19 yang telah melanda dunia – tidak dinafikan, ianya turut menjadikan ekonomi negara kian merosot.

Bahkan, nak menyimpan duit pun susah gara-gara segelintir rakyat telah hilang pekerjaan dan sebagainya.

Jadi buat mereka yang masih bekerja dan boleh menyimpan duit, inilah masanya. Jangan ‘spending spree’ sangat, ingat waktu hadapan.

Tanda-tanda anda hadapi masalah kewangan

Walau bagaimanapun, masalah kewangan memang tidak boleh dihindari oleh segelintir individu.

Oleh itu, seorang pengguna di Facebook – Ir. Abdul Rahman Bahasa telah berkongsikan satu posting membahaskan soal tanda-tanda anda menghadapi masalah kewangan serta cara untuk mengatasinya.

Kredit: Afyan.com

Antara tanda-tandanya adalah:

  • Bila sentiasa berbelanja melebihi pendapatan
  • Limit credit card dah sampai tahap maksimum
  • Asyik bayar minimum cas sebelum sampai due date untuk credit card
  • Selalu pinjam duit daripada orang lain untuk tampung perbelanjaan harian
  • Bila asyik bergaduh laki bini sebab duit

Cara-cara urus kewangan yang dipraktik olehnya:

  • Buat bajet. Setiap benda kita mesti kena plan. Dari bajet lah kita tau kemampuan kita. Bila kita tau kemampuan belanja kita, InsyaAllah, boleh elak belanja lebih dari kemampuan.
  • Kalau yang pakai credit card, benda paling penting adalah DISPLIN. Saya dah pakai credit card lebih 10 tahun dan Alhamdulillah, saya tak pernah sampai tahap kena bayar caj lewat bayaran. Tricknya mudah:
    • Jangan buat limit credit card tinggi2 sangat. Saya suggest mantain minimum limit RM6,000 je. Walaupun gaji dah puluh ribu pun, mantain je limit RM6,000. Untuk pengetahuan korang, gaji minimum nak apply credit card adalah RM3,000 sebulan. Limit yg Bank Negara luluskan untuk gaji RM3,000 ni adalah 2x dari gaji bulanan RM3,000. Tu lah sebabnya credit card minimum limit RM6,000.
    • Maximum ada 2 je credit card. Dan pastikan bank yang berlainan untuk credit card tu. Bukan nye untuk bermewah pun ada 2 credit card ni. Its just backup kalau tetiba satu bank tu line dia offline ke, chip rosak ke. Boleh guna card yg lagi satu.
    • Siang pakai,malam tu bayar balik.
    • Guna credit card untuk shopping barang keperluan asas and kesihatan je, contoh bayar bil hospital. Biasanya bila guna credit card ni dapat kumpul point or cash back.
    • Cukup haul, claim point into voucher yang ada beri tambah nilai. Macam voucher beli barang kemas.
  • Buat simpanan. Dalam bajet buat portion simpan tu sebagai “hutang”. Pejam mata je letak value RM100 sebagai “hutang” simpanan.
  • “Hutang” simpanan tu pulak simpan di bank yang paling susah nak withdraw dan yang tak banyak cawangan. Contoh Alliance Bank ke, Ar Rahji ke, tak pun Kuwait Finance House.
  • “Hutang” simpanan kat bank yg susah nak bawak keluar tu, jgn apply online banking. Just pergi bank tu setahun sekali je update statement.

NOTA: Tapi kalau rasa tak boleh berdisplin siang pakai, malam bayar balik – disarankan jangan pakai credit card. Guna debit card pun okay kalau nak feeling-feeling guna cashless facilities. 🙂


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

three × 3 =

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd