Now Reading
“Jangan Tambah Hutang, Dunia Sedang Berubah Drastik” – Lelaki Ini Beri 10 Tips Urus Kewangan

“Jangan Tambah Hutang, Dunia Sedang Berubah Drastik” – Lelaki Ini Beri 10 Tips Urus Kewangan

“Jangan hanya ‘bertahan’ waktu begini. Belajar juga untuk ‘menyerang’. Jika tidak kita akan kalah.” – Azizul Azli Ahmad.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Memang tidak dapat dinafikan, segelintir masyarakat di Malaysia – tak kiralah dari golongan B40, M40, atau T20, pasti akan mengalami masalah untuk menyimpan wang.

BACA JUGA: “B40, M40 & T20” – Ini Maksud Sebenar & Kiraan Baru Tahun 2020

Ini sudah menjadi lumrah dan kebiasaan bagi orang ramai di mana duit yang dibelanjakan terasa seperti air yang mengalir; laju, deras, dan tiada halangan. Tahu-tahu je dah ‘lesap’ duit dalam sekelip mata.

Pendek kata, nak menyimpan duit ni sebenarnya susah sangat.

Dan, boros.

Dunia sedang berubah drastik

Benar, itu adalah perkara yang sedang terjadi buat masa kini. Dunia memang sedang berubah secara drastik dan ada beberapa perkara yang perlu dititikberatkan oleh masyarakat.

Jangan tahu berbelanja tak ingat dunia je, duit perlu disimpan juga.

Oleh itu, seorang pengguna Facebook iaitu Azizul Azli Ahmad telah berkongsikan satu posting bertajuk #TabungPendapatan di mana orang ramai boleh mengambil 10 tips ini untuk dijadikan rujukan yang sangat berguna.

1. Jika masih ada kerja, jangan tukar kerja waktu ini.

2. Bukan masa terbaik untuk tukar kereta baru.

3. Belajar urus hutang dengan baik, jangan ada hutang baru dulu.

4. Sekarang bukan masanya buat hutang sebab kadar rendah. Kadar akan naik balik bila ekonomi pulih

5. Banyakkan simpanan tunai, jangan ada dalam aset susah cair.

6. Berbelanja ikut keperluan dan kemampuan.

7. Cari ilmu dan belajar ilmu baru. Setiap masalah akan hadir peluang.

8. Jangan cepat percaya atau teruja dengan apa pelaburan baru. Semak dengan orang yang dah ada pengalaman. 2nd opinion

9. Melabur ditempat yang kita faham dan boleh kawal.

10. Jangan mengalah dan banyakkan berdoa. Jangan mudah percaya pelaburan baru.

Namun begitu, masih ada masyarakat yang tak peduli dan jadikan kereta sebagai keutamaan.

Kesimpulannya…

Anak muda serta masyarakat di setiap golongan perlu sentiasa rajin berusaha dalam kerjaya masing-masing dan berusaha untuk mendapatkan pekerjaan di level bawah terlebih dahulu. Dengan pengalaman yang ada, anda boleh meluaskan lagi idea dan juga pemikiran.

Malah, anda juga akan tersedar bahawa gaji besar sebenarnya lebih mudah diurus jika BERDISIPLIN. Yakin dan percayalah, sedikit demi sedikit menyimpan, lama-lama akan jadi banyak di masa hadapan.

Yang penting, belajar kawal diri dan perlu banyak belajar dan praktis untuk tangguhkan kemahuan bagi mendapatkan sesuatu yang lebih baik daripada yang dihajatkan.

Akhir sekali, buat masa kini jangan tambah hutang lagi, okay?


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd