Now Reading
Ini Antara Petua Membersih Rumah Dengan Cara DIY. Mudah, Jimat & Cepat!

Ini Antara Petua Membersih Rumah Dengan Cara DIY. Mudah, Jimat & Cepat!

Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!


Masyarakat zaman sekarang perlu melahirkan kesedaran yang lebih tinggi terhadap kepentingan bahan pembasmi kuman.

Ianya juga merupakan salah satu langkah berjaga-jaga supaya kuman tidak merebak pada sesiapa sahaja melalui sentuhan – baik di rumah, pejabat, tempat awam, ataupun dalam kenderaan.

Kredit: Mother and Baby

Pendek kata, zaman sekarang ini – rumah masing-masing kena sentiasa bersih untuk mengelakkan virus.

Ini antara cara untuk anda bersihkan rumah

1. Mengupah syarikat yang menyediakan khidmat disinfektan

Kredit: Berita Harian

Susulan kes positif harian Covid-19 di Malaysia yang kian meningkat setiap hari, banyak syarikat-syarikat yang menawarkan servis pembasmian kuman di rumah, pejabat, mahupun kenderaan.

Servis pembasmian ini adalah sangat penting untuk membantu rumah agar kekal bersih. Jangan risau – ianya selamat, bebas alkohol, tidak mudah terbakar, tidak menyebabkan kerengsaan kulit, dan juga mematuhi European Union’s Restriction of Hazardous Substances Directive (ROHS).

2. Guna penapis udara (Air-Purifier)

Kredit: House Junkie

Penapis udara memiliki pelbagai fungsi dengan penjagaan kualiti udara di ruang yang memerlukan keselesaan, contohnya – dalam rumah, pejabat, dan lain-lain tempat.

Fungsi penapis udara adalah untuk menapis kuman, bakteria dan virus dalam udara, bagi mengelakkan penyakit yang berpunca daripada menghidu udara yang tercemar.

3. Mengupah tukang bersih rumah (Bibik/Maid)

Kredit: Cosmo.ph

Biasanya, bagi mereka yang bekerja sepenuh masa dan mempunyai masalah kekangan masa untuk melakukan kerja-kerja pembersihan rumah, anda boleh juga ambil cara paling mudah iaitu mengupah tukang bersih rumah dari mana-mana ejen.

Selalunya, kos yang perlu ditanggung adalah dalam RM100/sejam (dalam lingkungan/lebih kurang) – Tertakluk kepada kerja-kerja yang perlu dilakukan.

Tapi.. ada pros & cons juga

Perlu diingatkan juga ada baik dan buruk di mana anda mungkin akan dikenakan harga agak mahal berikutan permintaan yang tinggi, belum lagi dikira masa yang diperlukan.

Malah, ketika servis pembersihan dan pembasmian dibuat, anda semua lebih disarankan untuk tidak berada di rumah kerana ianya boleh membantu pihak mereka untuk melakukan kerja-kerja pembersihan dengan lebih pantas dan mudah.

Mana tidaknya, kalau ada anak-anak kecil yang berlari ke sana ke sini – susah pula orang nak buat kerja.

DIY lagi mudah dan jimat!

Kredit: Keluarga

Tahukah anda, ada beberapa bahan yang boleh anda gunakan untuk kerja-kerja pembersihan rumah dengan cara DIY?

Contohnya seperti tisu basah (wet wipes), sanitizer, kain jenis microfiber, dan Dr Clo stick. Setiap bahan ini ada fungsi tersendiri yang boleh membuatkan rumah anda berkilau dan bersih walaupun DIY sahaja.

  1. Wet wipes boleh membantu menghapuskan minyak atau habuk yang melekat di celah-celah atau permukaan barang. Tak perlu nak basahkan kain dan lap, guna sahaja wet wipes dan barang-barang berhabuk di rumah boleh berkilat. Lepas tu boleh pakai buang sahaja. Mudah kan?
Kredit: Reader’s Digest

2. Sanitizer pula bagus digunakan untuk tujuan membersih kerana cecair tersebut boleh bertindak membunuh bakteria. Tapi, diingatkan juga bukan untuk membunuh virus ye, bakteria sahaja. So, kalau anda nak barangan di rumah atau dalam kereta bersih dari bakteria, boleh guna sanitizer.

Kredit: The Jakarta Post

3. Kalau anda jenis suka mengelap, boleh cuba tukarkan kain biasa kepada kain jenis microfiber. Untuk pengetahuan anda, microfiber terdiri daripada gentian sintetik (poliester) yang sangat nipis sebab itulah ianya sesuai digunakan untuk tujuan pembersihan rumah. Kelebihan kain ini adalah ianya tidak pudar, tidak berubah, kering dengan cepat dan menyerap kelembapan dengan baik.

Kredit: Bukalapak

4. Akhir sekali, lepas kerja-kerja pembersihan dah selesai – mestilah anda inginkan rumah anda lebih segar bukan? Anda boleh cuba produk dari Dr Clo di mana ianya berbentuk stick yang compact dan mudah alih untuk tujuan disinfeksi rumah. Tak perlu upah orang, boleh dapatkan produk ini dan buat sendiri sahaja kerja-kerja membasmi kuman di rumah.

Menariknya, lepas sahaja Sterilization Stick Dr Clo ini aktif – ianya akan mengeluarkan kepekatan rendah CIO2 yang meliputi ruang bilik serta akan membunuh kuman dan menghilangkan bau.

Produk ini juga boleh bertahan selama 50 hari dan aktif selama 24 jam sehari. Yang penting, ianya mesra haiwan dan selamat untuk semua.

Dr Clo stick
Kredit: Elicia/TRP

Kalau nak bersihkan rumah, pastikan anda mendapatkan produk yang betul dan senang untuk didapati di pasaran. Yang penting, pastikan produk tersebut akan menyenangkan hidup, macam Dr Clo stick ini. Ringan, kecil, dan mudah untuk di bawa ke mana-mana.

Waktu-waktu seperti ini memang kita perlu mencari cara yang mudah dan menjimatkan untuk melindungi orang tersayang dan diri sendiri. Malah, anda juga dapat memastikan isi rumah, kereta, pakaian dan sebagainya bebas dari patogen. 🙂


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd