KL Matcha Fest 2026 Di Ombak KLCC: Ini Antara Vendor Terlibat & Menu Menarik Ditawarkan
Matcha Walk KL Matcha Festival 2026 akan berlangsung dari 16 hingga 20 September di Concourse, Ombak KLCC, Kuala Lumpur.
- KL Matcha Fest 2026 will be held from 16 to 20 September at Concourse, Ombak KLCC, featuring over 25 matcha vendors.
- Vendors include popular names like Matcha Eight, Keyes Bakehouse, and Warabimochi Kamakura, offering exclusive matcha menus and products.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Budaya matcha di Malaysia kini semakin meluas, dengan pelbagai kafe mula menawarkan minuman itu dalam menu mereka.
Malah terdapat juga jenama yang menghidangkan matcha sebagai minuman specialty mereka.
Bukan sahaja dalam bentuk minuman, matcha turut diolah secara kreatif dalam menghasilkan pencuci mulut seperti cheesecake, mochi dan aiskrim yang berasaskan teh itu.
Matcha Walk KL Matcha Festival 2026 Di Ombak KLCC
Dari 16 hingga 20 September ini, akan berlangsungnya Matcha Walk KL Matcha Festival 2026 bertempat di Concourse, Ombak KLCC, Kuala Lumpur.
Dikatakan sebagai festival matcha pertama di ibu negara, ia dianjurkan oleh Matcha Walk dengan kerjasama Ombak KLCC.
Peminat matcha pastinya tidak mahu melepaskan peluang untuk hadir ke festival selama lima hari ini yang dibuka dari 12 tengahari hingga 10 malam secara percuma buat orang ramai.
Bukan sahaja memberi fokus terhadap minuman matcha, pengunjung boleh mendapatkan pencuci mulut, produk matcha dan menu yang diinspirasikan dari matcha.
Senarai Vendor Di KL Matcha Festival 2026
Matcha Walk KL Matcha Festival 2026 bakal menampilkan lebih 25 vendor sepanjang acara berlangsung.
Berikut kami kongsikan beberapa jenama dan kafe matcha yang terlibat serta menu khas yang akan disajikan di festival tersebut.
#1. Matcha Eight
Jenama matcha ini pastinya tidak perlu diperkenalkan lagi dan menjadi kegemaran dalam kalangan pencinta matcha.
Matcha Eight akan membuatkan penampilan sepanjang KL Matcha Fest 2026, membawa menu minuman dan aiskrim premium dengan pelbagai perisa.

#2. Keyes Bakehouse
Terkenal dengan menu tiramisu, Keyes Bakehouse bakal membawa dua pencuci mulut khas sempena KL Matcha Fest 2026, iaitu:
- Strawberry Matcha Tiramisu
- Matcha Burnt Cheesecake
Berdasarkan hantaran di Instagram, kedua-dua menu ‘Special Release’ ini dihasilkan eksklusif hanya bagi festival tersebut.

#3. Hausuki Matcha
Hausuki Matcha merupakan salah satu jenama pop-up matcha yang terkenal di Malaysia dan menyediakan servis katering.
Di KL Matcha Fest 2026, Hausuki Matcha bakal menghidangkan tujuh menu minuman:
- Matcha Latte
- Strawberry Matcha Latte
- Pistachio Matcha Latte
- Creme’ Brulee Matcha Latte
- Vanilla Blue Cloud
- Tokyo Fog
- Special Menu yang belum diumumkan

#4. Wabbit Matcha
Pembekal matcha, Wabbit Matcha, juga bakal tampil di KL Matcha Festival pada September ini.
Jenama itu akan memperkenalkan beberapa perisa baharu sempena festival tersebut dengan gabungan yang menarik:
- Tiramisu Matcha
- Tiramisu Hojicha
- Cendol Matcha
- Strawberry Matcha
- Peanut Butter Hojicha
- Guava Matcha
- Oreo Matcha
- Yuzu Tonic Matcha
- Matcha Latte
- Hojicha Latte
Pengunjung juga boleh mendapatkan toolkit matcha oleh Wabbit Matcha, yang merangkumi bekas tin, penyaring, chasen dan matcha bead, ketika acara berlangsung selagi stok masih ada.

#5. Sip.Kul
Merupakan sebuah kafe dari Shah Alam, Selangor, Sip.Kul turut membawa menu matcha baharu yang penuh kreativiti.
Orang ramai boleh mendapatkan menu berikut di KL Matcha Fest 2026:
- Matcha Creme Cornflakes
- Matcha Cookies
Bukan itu sahaja, tiga pemenang bertuah boleh mendapatkan satu minuman ini secara percuma dengan menyertai giveaway yang dijalankan oleh Sip.Kul.

#6. 1800-MATCHA-N-CHOCOLATE
Kafe yang terletak di Taman Paramount, Petaling Jaya ini terkenal dengan minuman matcha yang whimsy.
Sempena KL Matcha Fest 2026, 1800-MATCHA-N-CHOCOLATE berkolaborasi dengan pembekal matcha Secai Marche.
Kesemua menu minuman yang dibawakan di festival ini akan dihasilkan menggunakan serbuk matcha dari jenama tersebut, iaitu:
- Matcha Latte
- Smores Matcha
- Triple Strawberry Matcha
- Laufey’s Special

#7. Odoo Matcha
Membawa kelainan berbanding rata-rata jenama lain, Odoo Matcha akan menampilkan menu matcha mocktail di KL Matcha Fest 2026.
Terdapat tiga jenis menu mocktail unik yang ditawarkan iaitu:
- 50 Jade of Grey
- Kantan Believe It
- Asam-Thing Special
Pengunjung juga boleh memilih daripada tiga jenis serbuk matcha oleh Odoo Matcha.
#8. Warabimochi Kamakura
Jika anda merupakan peminat manisan tradisional Jepun, mochi, nama Warabimochi Kamakura pastinya tidak asing lagi.
Warabimochi Kamakura juga akan membuat penampilan di KL Matcha Fest 2026, membawa minuman matcha serta specialty warabimochi.

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.