Burger King Bawa Menu Dragon Ball Super Ke Malaysia, Ada 6 Figurine Koleksi!
Peminat cilik pun tak ketinggalan apabila Burger King memperkenalkan Dragon Ball Super-themed King Jr. Meal di restoran terpilih di Malaysia.
- Burger King Malaysia bekerjasama dengan Toei Animation membawa menu Dragon Ball Super bermula 7 September 2026, termasuk enam figurine koleksi eksklusif.
- Lima cawangan Burger King terpilih akan dihiasi tema Dragon Ball Super, manakala King Jr. Meal bermula dari RM13.50.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kalau anda peminat Dragon Ball Super, ada satu lagi sebab untuk singgah Burger King bulan ini.
Bermula 7 September 2026, Burger King Malaysia bekerjasama dengan studio anime terkenal Toei Animation untuk membawa dunia Dragon Ball Super ke restoran terpilih menerusi menu khas yang hadir untuk tempoh terhad.
Bukan sekadar menu bertemakan anime, peminat juga berpeluang mengumpul enam figurine watak Dragon Ball Super yang eksklusif sepanjang kempen ini, tertakluk kepada ketersediaan stok.
Ada Enam Figurine Untuk Dikumpul
Antara tarikan utama kolaborasi ini ialah koleksi enam figurine watak ikonik Dragon Ball Super. Figurine yang tersedia menampilkan:
- Goku
- Super Saiyan God Super Saiyan Goku
- Vegeta
- Super Saiyan God Super Saiyan Vegeta
- Piccolo
- Beerus
Jadi, kalau anda memang jenis yang suka kumpul merchandise anime, ini mungkin masa yang sesuai untuk lengkapkan koleksi anda.
King Jr. Meal Pun Bertemakan Dragon Ball Super

Pelanggan boleh memilih antara tiga set iaitu 4-piece Nuggets bersama Fries dan Minute Maid, Chick N Crisp bersama Fries dan Minute Maid, atau Cheeseburger bersama Fries dan Minute Maid.
Set tersebut turut disertakan dengan mahkota bertemakan Dragon Ball Super serta satu daripada enam figurine koleksi.
Harga untuk tiga pilihan King Jr. Meal ini bermula daripada RM13.50 di Semenanjung Malaysia dan RM15.50 di Malaysia Timur.
Lima Cawangan Burger King Bakal Bertukar Jadi Dunia Dragon Ball Super
Nak pengalaman yang lebih ‘power up’?
Lima restoran Burger King terpilih akan turut diberi nafas baharu dengan tema Dragon Ball Super untuk tempoh terhad.
Cawangan yang terlibat ialah:
- Wangsa Maju, Kuala Lumpur
- Sunway Pyramid, Selangor
- Botani Village, Perak
- Limbongan, Melaka
- Lukut, Negeri Sembilan
Restoran-restoran ini akan dihiasi dengan grafik luaran bertemakan Dragon Ball Super, karya seni watak, pencahayaan khas serta elemen visual berskala besar yang diinspirasikan daripada dunia anime tersebut.
Dengan suasana ini, pengalaman makan di Burger King bukan sekadar tentang menu, tetapi turut membawa peminat lebih dekat dengan dunia Dragon Ball Super.
Boleh Dapatkan Di Restoran, Drive-Thru Atau Secara Digital
Menu bertemakan Dragon Ball Super boleh dipesan di restoran Burger King yang mengambil bahagian, melalui drive-thru atau saluran digital Burger King Malaysia yang berkenaan.
Kempen ini bermula 7 September 2026 dan tersedia untuk tempoh terhad sahaja, selagi stok masih ada.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.