Ini 20 Promosi F&B & Menu Khas Sempena Merdeka 2026
Menu khas yang ditawarkan sepanjang sambutan bulan kemerdekaan ini adalah untuk masa terhad sahaja dan selagi stok masih ada.
- Pelbagai jenama F&B tempatan dan global menawarkan promosi dan menu khas sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-69.
- Menu-menu istimewa menggabungkan cita rasa tempatan seperti rendang, kaya, laksa, dan ayam percik dengan konsep moden dan global.
- Promosi merangkumi diskaun menarik, set combo, dan menu terhad di restoran popular seperti Starbucks, McDonald's, dan Secret Recipe.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Apabila tiba musim perayaan, salah satu perkara yang dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia mestilah promosi makanan dan minuman yang ditawarkan oleh pelbagai jenama F&B dalam negara.
Apatah lagi Malaysia dikenali sebagai syurga makanan, tak lengkap rasanya kalau tak ada promosi F&B atau menu khas kan?
Sempena Hari Kemerdekaan yang ke-69 tahun ini, beberapa jenama tempatan dan global tampil menawarkan promosi dan menu istimewa Merdeka.
#1. Secret Recipe Local Remix
Secret Recipe memperkenalkan siri Local Remix sempena bulan Merdeka ini yang menggabungkan cita rasa Malaysia dengan menu Western. Menu yang ditawarkan ialah:
- Spiced Tandoori Chop with Mint Sauce (RM26.90)
- Chicken Rendang Lasagne (RM25.90)
- Smoked Duck Rendang Mac & Cheese (RM26.90)
- Seafood Asam Pedas Pasta (RM26.90)
Menu ini boleh didapatkan bermula 1 Ogos di semua cawangan Secret Recipe seluruh Semenanjung Malaysia, kecuali AEON Mall Taiping dan Hospital Canselor Tuanku Muhriz.
#2. K Fry Rasa Kick Series
Memberi tumpuan kepada jagung, Rasa Kick Series oleh K Fry merupakan menu terhad sempena Merdeka.
Pelanggan boleh menikmati rasa pedas bersama manis jagung menerusi menu:
- K’rispy Gochu Mayo Chicken (Half Chicken/ Soonsal)
- Poppin’ Sweet Corn Bingsoo
- Velvet Sweet Corn Shake
Menu ini tersedia di semua cawangan K Fry bermula 10 Ogos hingga 30 September 2026.
#3. Madam Kwan’s Merdeka Platter
Merdeka Platter oleh Madam Kwan’s yang sesuai dikongsi bersama dua orang, menggabungkan makanan tempatan seperti rendang, sate, kari dan sambal di dalam satu pinggan.
Pada harga RM65.80++, Merdeka Platter ini turut didatangkan dengan dua Coca-Cola Rasa Asli percuma
Promosi ini bagaimanapun hanya tersedia di cawangan Madam Kwan’s terpilih dan boleh dipesan selagi stok masih ada.
#4. Oriental Kopi August Valuable Breakfast
Sempena bulan Merdeka ini, Oriental Kopi memperkenalkan promosi August Valuable Breakfast yang bermula pada harga RM12.90.
Antara menu yang ditawarkan di bawah promosi ini termasuk Nanyang Curry Chicken Nasi Lemak dan Penang Rojak.
Promosi ini boleh didapatkan di semua cawangan Oriental Kopi seluruh negara sepanjang bulan Ogos.
#5. The Chicken Rice Shop Combo Local Lah
The Chicken Rice Shop menggabungkan beberapa kegemaran tempatan dalam promosi Merdeka Combo Local Lah.
Pada harga RM16.90, pelanggam boleh mendapatkan Crispy Roast Chicken Rice, Penang Rojak atau Keropok Lekor, dan minuman ringan 12oz.
Tempoh promosi bermula dari 10 Ogos sehingga 20 September ini.
#6. Pizza Hut KesedaPan Rasa Malaysia
Membawa kelainan dari biasa, Pizza Hut Malaysia memperkenalkan menu Pizza Kari Laksa dan Pizza Durian Brulee.
Kedua-dua menu ini boleh didapatkan pada harga RM6.90 dengan pembelian Regular Pizza Ala Carte menerusi bahagian ‘Limited Time Offers’ ketika membuat pesanan.
#7. CU Mart Lokal Favourites
Sempena bulan Merdeka ini, CU Mart memperkenalkan siri ‘A Taste of Lokal Favourites’ dengan pelbagai pilihan menu seperti:
- Mexican Bun (RM3.99)
- Milky Bun (RM3.99)
- Toasties Curry Chicken (RM6.49)
- Cheezy Krispy Chickin Strips (RM4.99)
- CU Signature Tomyam (Xtra) (RM8.90)
- Watermelon Milk (Reg) (RM7.99)
Ahli aplikasi myNEWS juga akan menerima 50 mata tambahan dengan setiap produk baharu yang dibeli sepanjang Ogos ini.
#8. Dunkin’ Malaysia Rasa Malaysia
Siri ‘Rasa Malaysia’ oleh Dunkin’ yang menawarkan cita rasa tempatan kini kembali sempena hari kebangsaan bulan ini.
Pelanggan boleh mendapatkan pilihan donut dengan yang memaparkan cita rasa Malaysia iaitu Kopi Susu, Onde Onde dan Kaya Butter, di samping minuman 3 Layer Tea dan White Coffee.
Dalam masa sama, Rasa Malaysia kali ini turut membawa menu baharu yang berasaskan ayam percik, iaitu:
- Ayam Percik Sunny Egg
- Ayam Percik Croissant
- Ayam Percik Sandwich
#9. IKEA National Day Specials
Bagi menyambut bulan kebangsaan, IKEA turut memperkenalkan menu masa terhad dari 4 Ogos hingga 30 September 2026 di Swedish Restaurant.
Terdapat empat menu yang ditawarkan iaitu:
- Nasi lemak basmati with chicken chop (RM16.90)
- Nasi lemak basmati with crispy fish fillet (RM13.90)
- Pistachio chocolate cake (RM10.90)

#10. CBTL Flavors You Love
Sempena sambutan yang penuh patriotik ini, The Coffee Bean & Tea Leaf turut memperkenalkan lima menu baharu:
- Pistachio Kunafa Butter Croissant
- Roti John Sandwich
- Asam Pedas Penne Pasta
- Choco-Nana Cake
- Cendol Cake For Two
Manakala menu Chicken Floss Toast hanya tersedia buat sementara waktu bermula 5 Ogos sehingga stok habis.
#11. Inside Scoop Lokal Legends
Seperti tahun-tahun sebelum ini, Inside Scoop kini kembali dengan Lokal Legends 2026.
Promosi ini menawarkan sembilan perisa aiskrim baharu hasil kolaborasi bersama jenama tempatan, iaitu:
- Choc-A-Lot Twiggies by Gardenia
- Ube Latté by ZUS
- Peanut Butter Jelly by Thumbs
- Chocolate Indulgence® by Secret Recipe
- Kaya Butter Toast by Oriental Kopi
- Pistachio Yoghurt Crunch by Farm Fresh
- Tiramisu Almond Crunch by Beryl’s
- Choc Potato Chips N’ Cream by Mister Potato
- Teh Tarik by Boh
Baca Artikel Berkaitan: 9 Perisa Edisi Terhad Untuk Dicuba Di Inside Scoop Sempena Kempen Lokal Legend 2026
#12. Zus Coffee x Mamee Monster Lain Tapi Ngam
Zus Coffee berkolaborasi bersama snek zaman kanak-kanak, Mamee Monster, sempena Merdeka tahun ini.
Menerusi siri Lain Tapi Ngam, Zus menawarkan tiga minuman yang dibuat menggunakan spirulina biru dan buah-buahan beri:
- Blue Ocean Soda
- Berry Blue Chocolate
- Velvet Blue Smoothie
Boleh juga dapatkan siri terhad di mana dua minuman dihidangkan dalam satu iaitu:
- Iced Spanish Latte dan Blue Ocean Soda
- Blue Ocean Soda dan Pink Lemonade
#13. San Francisco Coffee Rasa Sayang Kaya Series
Sempena sambutan Merdeka tahun ini, San Francisco Coffee memperkenalkan siri Rasa Sayang Kaya yang menampilkan gabungan kaya dan mentega, seperti:
- Milky Pandan Kaya Frappe
- Pandan Kaya Butter Bagel Toast
- Spinach Mushroom Quiche
Menu ini boleh didapatkan mulai 20 Ogos hingga 20 September di cawangan terpilih.
#14. Marrybrown Kombo Merdeka
Dari 17 Ogos hingga 17 September, pelanggan boleh menikmati Kombo Merdeka di Marrybrown dengan promosi RM6.90 bagi kombo kedua lengkap dengan minuman.
Hanya pesan kombo Nasi Lemak MB® pada harga biasa untuk menikmati diskaun bagi kombo kedua yang boleh dipilih dari:
- Nasi Lemak MB®
- Nasi Kandar
- Nasi Ayam MB®
- Bubur Ayam MB®
- Bubur Pedas
#15. Beutea 69 Merdeka Special
Beutea menawarkan promosi 69 Merdeka Special dari 1 hingga 31 Ogos ini dengan harga RM6.90 bagi minuman terpilih.
Menerusi pembelian di dalam aplikasi sama ada untuk pickup atau penghantaran, promosi ini merangkumi minuman bersaiz Regular:
- White Peach Oolong Milk Tea
- Jasmine Green Milk Tea
#16. Ayam Gepuk Top Global Set Combo Merdeka
Cawangan ayam gepuk terkenal, Top Global menawarkan Set Combo Merdeka sempena bulan kemerdekaan ini.
Hanya pada harga RM19.57, set ini merangkumi menu bagi 2 pax iaitu dua set Ayam Crispy paha yang lengkap dengan nasi, sambal dan minuman.
Promosi ini ditawarkan di semua cawangan Ayam Gepuk Top Global dari 15 hingga 31 Ogos bagi pembelian antara jam 3pm hingga 6pm.
#17. Empire Sushi Tambah Jer
Empire Sushi menawarkan promosi Merdeka ‘Tambah Jer!’, iaitu pembelian satu kotak sushi pada harga RM6.90 (NP: RM8.90) yang merangkumi lima sushi:
- Tempura Ebi
- Kanikama
- Ebiko
- Tuna Mayo
- Inari
Tawaran ini boleh didapatkan dengan pembelian minimum RM21 dalam satu resit.
#18. Gigi Coffee Merdeka Promotion
Bermula dari 15 Ogos hingga 1 September, Gigi Coffee menawarkan diskaun 31% bagi semua minumannya sempena promosi Merdeka.
Promosi ini boleh didapatkan menerusi pembelian di cawangan atau aplikasi Gigi Coffee.
#19. Starbucks Meriahnya Merdeka
Sepanjang bulan Ogos ini, Starbucks menawarkan promosi Meriahnya Merdeka dengan harga RM9.90 sahaja bagi setiap minuman terpilih bersaiz grande:
- Asian Dolce Latte
- Kopi Kaw Latte
- Ais Kepal Frappucino
Promosi ini hanya boleh didapatkan pada hari Rabu di setiap cawangan Starbucks seluruh negara.
#20. McDonald’s Kon Gemilang
Merupakan antara menu ikonik sempena hari kebangsaan, McDonald’s Malaysia kini kembali dengan Kon Gemilang.
Merangkumi pilihan kon sundae perisa jagung biasa atau disalut dengan chocotop, aiskrim berwarna kuning dan Kon Gemilang merah mengingatkan kita kepada bendera Malaysia.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.