MODU Buka Cawangan Kedua Di KLGCC, Tawar 13 Variasi Samgyetang & Konsep Ayam Panggang Premium
Restoran premium samgyetang pertama di Malaysia, MODU, kini membuka cawangan kedua di KLGCC Mall dengan memperkenalkan 13 variasi samgyetang, konsep ayam panggang arang premium serta dua menu eksklusif yang hanya boleh didapati di lokasi ini.
- MODU membuka cawangan kedua di KLGCC Mall, menawarkan pengalaman makan lebih eksklusif dengan kapasiti 100 pelanggan dan bilik VIP.
- Cawangan baharu ini menampilkan 13 variasi samgyetang, termasuk dua menu eksklusif: Scorched Rice Samgyetang dan Curry Laksa Samgyetang.
- MODU KLGCC turut memperkenalkan konsep ayam panggang arang premium, dengan Signature Grill Set ditawarkan pada harga RM150.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Selepas mencipta fenomena menerusi cawangan pertamanya di The Exchange TRX, MODU kini mengorak langkah dengan membuka cawangan kedua di KLGCC Mall.
Ia sekaligus memperkenalkan konsep menjamu selera lebih eksklusif tanpa meninggalkan identiti asalnya sebagai restoran premium samgyetang pertama di Malaysia.
BACA JUGA: MODU Samgyetang: Restoran Samgyetang Pertama Di Malaysia Kini Di TRX


Tawar 13 Variasi Samgyetang
Cawangan baharu ini menampilkan 13 variasi samgyetang, iaitu koleksi terbesar pernah diperkenalkan oleh MODU.
Selain menu klasik seperti Hanbang Samgyetang, pelanggan juga boleh menikmati pilihan premium seperti Truffle Samgyetang, Black Garlic Samgyetang, Black Chicken Samgyetang, Abalone Samgyetang dan Black Chicken & Octopus Samgyetang.
Dua Menu Eksklusif Hanya Di KLGCC

Sebagai tarikan utama, MODU KLGCC memperkenalkan dua menu baharu yang hanya ditawarkan di cawangan ini.
Scorched Rice Samgyetang (Nurungji) menggabungkan nasi kerak rangup dengan sup samgyetang yang direbus selama 12 jam, menghasilkan gabungan tekstur rangup dan kuah yang kaya dengan rasa.

Sementara itu, Curry Laksa Samgyetang menawarkan kelainan menerusi gabungan samgyetang Korea dengan rasa kari laksa Melayu dan Nyonya.
Hidangan ini turut disajikan bersama taupok serta taugeh bagi memberikan sentuhan tempatan yang lebih dekat dengan selera rakyat Malaysia.

Konsep Ayam Panggang Arang Buat Pertama Kali
Bukan sekadar samgyetang, MODU KLGCC turut memperkenalkan konsep ayam panggang premium yang dimasak menggunakan arang.

Setiap bahagian ayam dipanggang secara individu oleh cef terlatih bagi memastikan tekstur, kelembutan dan rasa semula jadinya dikekalkan.
Antara menu utama ialah Signature Grill Set berharga RM150, yang merangkumi enam bahagian ayam premium seperti paha ayam, paha ayam perap, chicken tender, pedal ayam dan tulang rawan ayam, lengkap bersama sos istimewa MODU.
Turut ditawarkan ialah Smoked Chicken (RM78) serta pilihan bahagian ayam secara individu pada harga antara RM25 hingga RM48.
Kekal Dengan Falsafah Hidangan Kesihatan Korea

Walaupun tampil dengan konsep baharu, MODU mengekalkan falsafah asalnya yang berteraskan hidangan pemulihan tradisional Korea atau boyang-sik.
Setiap mangkuk samgyetang disediakan menggunakan ayam organik, sup tulang yang direbus perlahan selama 12 jam, herba perubatan Korea asli serta bahan premium.
Semua hidangan juga menggunakan bahan yang diperakui halal dan mengamalkan konsep No Pork, No Lard, No Alcohol, menjadikannya sesuai dinikmati oleh pelbagai lapisan masyarakat.
Set Perkongsian Untuk Dua Orang
Bagi mereka yang ingin mencuba pelbagai menu, MODU turut menawarkan 2-Gather Sharing Set pada harga RM175 untuk dua orang.
Set ini merangkumi dua pilihan samgyetang, satu hidangan sampingan untuk dikongsi, satu teko minuman untuk dua orang serta pencuci mulut tradisional Korea, Yagkwa, yang diperbuat daripada madu, halia dan kayu manis.
Terus Raih Perhatian Antarabangsa


Hidangan Ogol-gye Samgyetang turut mendapat perhatian selepas dipaparkan dalam drama Korea Bon Appétit, sekali gus mengukuhkan lagi imej samgyetang sebagai hidangan yang sinonim dengan pemulihan dan kesejahteraan tubuh.
Dengan pembukaan cawangan KLGCC, MODU bukan sekadar menambah lokasi baharu, malah memperkenalkan pengalaman gastronomi Korea yang lebih moden menerusi gabungan inovasi kulinari, seni bina tradisional dan falsafah makanan berteraskan kesihatan.
Fakta Menarik Tentang MODU
MODU meraikan tradisi boyang-sik 보양식 – makanan penyembuhan Korea – dengan mengangkat Samgyetang ke tahap yang lebih halus dan moden. Sup ayam ginseng popular ini digemari kerana kuasa pemulihannya.
Dan di MODU, ia disediakan dengan ketelitian tinggi dan sentuhan elegan.
Setiap mangkuk Samgyetang dimasak perlahan selama berjam-jam, menghasilkan sup pekat dan kaya kolagen yang menyegarkan tubuh, menguatkan imuniti dan mengembalikan tenaga.
Ia lebih daripada sekadar hidangan di mana akan memberikan anda pengalaman deria yang menggabungkan tradisi, kemodenan dan keselesaan.
Sejak pembukaannya, MODU menjadi sensasi media sosial dan destinasi wajib buat pencinta K-food.
Outletnya di Mandarin Gallery sering tular di platform seperti The Straits Times, Eatbook.sg, HungryGoWhere, dan banyak lagi, memuji MODU sebagai pelopor “luxury Korean wellness dining”.
MODU, KLGCC Mall
- Alamat: Level 3-11, KLGCC Mall, Bukit Kiara, Kuala Lumpur
- Instagram: @modu.klgcc
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.