Now Reading
Ini 10 Lokasi Di Klang Valley Yang Terkenal Dengan Hidangan Pancake

Ini 10 Lokasi Di Klang Valley Yang Terkenal Dengan Hidangan Pancake

Banyak kafe dan restoran di Lembah Klang sudah mula menawarkan pancake manis dan savori yang sesuai dimakan sebagai brunch.

In Brief
  • Pancake semakin popular di sekitar Lembah Klang dan boleh dinikmati secara manis mahupun savori di pelbagai kafe.
  • Terdapat 10 lokasi di KL dan Selangor yang menawarkan pancake, dari gerai tepi jalan hingga restoran fine dining.
  • Setiap lokasi mempunyai menu pancake tersendiri, termasuk souffle pancake, ricotta pancake dan pancake buttermilk dengan pelbagai topping.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pancake merupakan satu hidangan yang sesuai dimakan secara manis mahupun savori.

Sama ada digandingkan dengan buah-buahan segar, krim manis, sirap mapel mahupun telur dan ayam goreng, pancake boleh dimakan ketika sarapan ataupun sebagai pencuci mulut.

Sejak dua menjak ini, pancake mula mendapat perhatian daripada orang ramai lebih-lebih lagi di sekitar Lembah Klang

Ini 10 Kafe Di KL & Selangor Yang Jual Pancake

Berikut kami senaraikan beberapa kafe di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor yang menawarkan pelbagai jenis pancake.

#1. Koridor Pancakes

Terletak di Subang Jaya, gerai di tepi jalan ini menyediakan pancake dengan pelbagai jenis topping.

Dari cip coklat, pisang, oreo dan Famous Amos, Koridor Pancakes memberi fokus kepada pancake manis.

  • Alamat: Jalan USJ 11/j, Usj 11, 47620 Subang Jaya, Selangor
  • Waktu Operasi: Khamis-Selasa (5.30pm-12am)
#2. The Oriental Park KLCC

Souffle pancake Tokyo Fluffy Pancake merupakan salah satu menu manisan signature yang sering dipesan di The Oriental Park KLCC.

Selain itu, restoran fusion Jepun tersebut turut menawarkan menu pancake savori Duck Bacon & Egg.

  • Alamat: Lot G48 – 139, Ground Floor, Park Side , KLCC, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur
  • Waktu Operasi: Isnin-Jumaat (11am-11pm), Sabtu dan Ahad (8am-11pm)
#3. Mokky’s x The Usual

Mokky’s Pizza kini menawarkan pancake hasil kolaborasi bersama The Usual Cafe, restoran milik Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah.

Dinamakan The Unusual Pancake, terdapat dua menu pancake yang diperkenalkan iaitu The Classic (RM30) dan The Signature (RM35).

Menu istimewa ini ditawarkan di semua cawangan Mokky’s Pizza, namun hanya sehingga 31 Ogos 2026.

Baca Artikel Berkaitan: Restoran Milik Tengku Puteri Afzan & Mokky’s Pizza Lancar 2 Menu Pancake Edisi Kolaborasi

#4. Construct KL

Pancake di Construct KL dihasilkan secara premium dengan konsep private dining.

Walaupun bukanlah sebuah kafe atau restoran, namun lokasi ini menjadi antara tempat yang menyediakan pengalaman pancake lain daripada yang lain.

Fruit compote yang dihidangkan bersama pancake itu juga disediakan secara homemade oleh tuan rumah yang dikenali sebagai Haermana Sivamohan.

Tempahan untuk dine in di Construct KL boleh dilakukan [DI SINI].

#5. Feeka Coffee Roasters

Feeka Coffee Roasters pula menawarkan Ricotta Pancake, iaitu pancake bersama beri dan ricotta di cawangan-cawangannya.

Di samping itu, kafe itu turut menawarkan menu eksklusif hujung minggu Fried Chicken Tenders on Pancakes di cawangan Jalan Mesui.

  • Alamat: Feeka Jalan Mesui, 19, Jalan Mesui, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur
  • Waktu Operasi: Setiap hari (8am-10pm)
#6. Shikomi Coffee

Kafe yang terletak di Subang Jaya ini juga menawarkan pancake manis dan savori dengan pilihan seperti Classic, Strawberry dan Latte.

Shikomi Coffee turut memperkenalkan menu pancake khas sewaktu musim perayaan seperti Gold and Jade Pancake ketika Tahun Baharu Cina.

  • Alamat: 5, Jalan SS 18/6, Subang Jaya 47500
  • Waktu Operasi: Ahad-Khamis (9am-5pm), Jumaat dan Sabtu (9am-10pm)
#7. Huckleberry

Huckleberry menawarkan menu pancake di dua cawangannya yang terletak di Bukit Damansara dan Bangsar Shopping Centre.

Golden Maple Pancake yang gebu dihidangkan bersama maple butter, beri segar dan sos soy maple.

Huckleberry Damansara Heights

  • Alamat: Plaza Damansara, 2G & 4G, Jalan Medan Setia 2, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur
  • Waktu Operasi:

Huckleberry BSC

  • Alamat: G108 & GK2, Bangsar Shopping Centre, 285, Jalan Maarof, 59000 Kuala Lumpur
  • Waktu Operasi: Setiap hari (9am-10.30pm)
#8. Fler Cafe

Kafe yang terletak di Shah Alam ini terkenal dengan Classic Pancake gebu yang dihidang bersama butter dan maple syrup.

Selain itu, ia turut menawarkan Salted Honey Butter Pancake dengan limpahan madu.

  • Alamat: 11A, Jalan Panglima Hitam Q 35/Q, Seksyen 35, Alam Impian, 40470 Shah Alam, Selangor
  • Waktu Operasi: Sabtu-Khamis (1pm-11pm)
#9. Fowlboys Diner

Kafe yang terkenal dengan hidangan ayam goreng ini tidak ketinggalan apabila turut menyediakan menu pancake buat pelanggan.

Pancake simple yang dihidang bersama mentega dan taburan powdered sugar ini hanya boleh didapatkan di Fowlboys Diner cawangan The Campus Ampang.

  • Alamat: L1-33, Lot 7706, The Campus Ampang, Jalan Kolam Air Lama, Hulu Kelang, 68000 Ampang, Selangor
  • Waktu Operasi: 10am-10pm
#10. RAYs B.LAND

Menawarkan hidangan brunch, kafe RAYs yang terletak di Petaling Jaya juga terkenal dengan menu pancake buttermilk.

Pancake ini dihidang bersama buah-buahan segar termasuk beri, pisang dan kiwi, blueberry compote serta sirap maple.

  • Alamat: Lot 8. 2, B.LAND. Jalan 51A/225, Seksyen 51A, Petaling Jaya
  • Waktu Operasi: Setiap hari (830am-5pm)


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd