3 Cawangan Luckin Coffee Dibuka Di Johor, Tawar Keychain Eksklusif Untuk Pelanggan
Pembukaan tiga cawangan baharu di Johor itu merupakan sebahagian daripada langkah perluasan strategik Luckin Coffee ke wilayah selatan di Malaysia.
- Luckin Coffee has opened three new branches in Johor Bahru, with new customers able to enjoy their first cup from RM2.99.
- To celebrate this milestone, Luckin Coffee is offering an exclusive Johor-edition keychain when customers purchase two selected drinks for RM26.90.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kopi boleh dikatakan merupakan minuman pilihan pertama rakyat Malaysia sejak dahulu lagi.
Pada zaman kini, terdapat banyak jenama kopi yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan di dalam negara, sekali gus menawarkan orang ramai dengan pebagai pilihan.
Salah satu jenama runcit kopi global, Luckin Coffee, telah berjaya membuka 120 cawangan di seluruh negara sejak mula bertapak pada tahun 2025.
Luckin Coffee Umum Perluasan Ke Wilayah Selatan
Semalam (20 Julai), Luckin Coffee secara rasmi mengumumkan langkah perluasan strategiknya ke wilayah selatan dengan cawangan terbaharu dibuka di Johor.
Peluasan rangkaian ke Johor mempamerkan pelan tindakan yang dirancang teliti, melangkaui sasaran pertumbuhan fizikal biasa.
Luckin Coffee sebelum ini mula melangkaui pasaran Lembah Klang apabila membuka cawangan di Seremban, Negeri Sembilan pada Mei lalu, yang dilihat sebagai satu kejayaan.
Dalam satu kenyataan, Luckin Coffee berkata kehadiran di pasaran selatan ini berfungsi untuk membina rantaian bekalan tempatan yang lebih mampan, mewujudkan peluang pekerjaan, serta menawarkan pengalaman yang disesuaikan khas buat komuniti baharu.
“Sebagai sebuah jenama global yang dipacu oleh organisasi tempatan Malaysia, ekspansi strategik ini melambangkan komitmen jangka panjang kami, menjangkaui sekadar langkah perniagaan biasa.
“Ini adalah bukti trajektori pertumbuhan masa depan yang kami janjikan untuk dibina bersama para pengguna, di samping memperkukuh misi kami dalam membawakan pengalaman kopi berkualiti tinggi, mudah diakses, dan berpatutan ke wilayah selatan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif, Luckin Coffee Malaysia, Dr Jeff Lim Chee Lip.

3 Cawangan Luckin Coffee Dibuka Di Johor, Pelanggan Baharu Boleh Nikmati Tawaran RM2.99
Luckin Coffee menembusi pasaran Johor dengan membuka cawangan baharu di tiga lokasi utama di Johor Bahru iaitu:
- Sutera Mall (Cawangan flagship) – Lots G-337, G-338 & G-339, Ground Floor, Sutera Mall, 1, Jalan Sutera Tanjung 8/4, Taman Sutera Utama, 81300 Skudai.
- Austin Heights – No 9, Jalan Austin Heights 8/8, Taman Mount Austin, 81100 Johor Bahru.
- Taman Ungku Tun Aminah – No 5 (GF) Jalan Pendekar 16, Taman Ungku Tun Aminah, 81300 Skudai.
Katanya, pembukaan tiga cawangan secara serentak adalah demi memastikan pengalaman unik daripada jenama itu dapat diakses dengan serta-merta di beberapa kawasan kejiranan yang bertenaga di Johor Bahru.
Dalam masa sama, pengguna baharu layak menikmati cawan pertama Luckin Coffee pada harga bermula RM2.99 menerusi pesanan yang dibuat secara dalam talian.
Aplikasi LUCKIN COFFEE boleh dimuat turun di Apple App Store, Google Play dan Huawei App Gallery.
Baca Artikel Berkaitan: Luckin Coffee & FIZIWOO Kembali Berkolaborasi, Gabungkan Gaya & Rasa Sempena Raya 2026
Luckin Coffee Tawar Keychain Eksklusif Johor
Sempena pencapaian yang bersejarah itu, Luckin Coffee turut memperkenalkan barangan koleksi edisi terhad eksklusif Johor dalam bentuk rantai kunci.
Untuk mendapatkan barangan eksklusif itu, pelanggan hanya perlu membeli dua (2) minuman terpilih pada harga RM26.90 melalui aplikasi Luckin Coffee.
Rantai kunci ini boleh didapati di semua cawangan Johor selagi stok masih ada.
Luckin Coffee Buka 11 Cawangan Baharu Pada Julai
Pada Julai, Luckin Coffee telah membuka 11 cawangan baharu setakat ini, yang membuktikan kejayaan pengembangan jenama kopi itu.
Berikut merupakan lokasi-lokasi terbaharu Luckin Coffee:
Johor
- Sutera Mall
- Austin Heights
Selangor
- Menara U, Seksyen 13
- Putra Heights
- MSU Shah Alam
- Imago Jaya
- Warisan Sentral 1
- Bandar Baru Selayang
Negeri Sembilan
- KIP Mall Senawang
- Centrio, Seremban 2
- Bandar Enstek, Nilai
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.