Now Reading
Restoran Milik Tengku Puteri Afzan & Mokky’s Pizza Lancar 2 Menu Pancake Edisi Kolaborasi

Restoran Milik Tengku Puteri Afzan & Mokky’s Pizza Lancar 2 Menu Pancake Edisi Kolaborasi

Secara keseluruhannya, The Unusual Pancake bukanlah menu yang cuba menjadi terlalu mewah atau kompleks, sebaliknya menawarkan dua interpretasi pancake yang berbeza untuk pelanggan.

In Brief
  • Mokky's Pizza berkolaborasi dengan The Usual Cafe milik Tengku Puteri Afzan, memperkenalkan dua menu pancake baharu iaitu The Classic dan The Signature.
  • Menu istimewa The Unusual Pancake ini hanya tersedia sehingga 31 Ogos 2026 di semua cawangan Mokky's Pizza.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Selepas terkenal dengan pizza gaya New York mereka, Mokky’s Pizza kini tampil dengan kolaborasi bersama The Usual Cafe, restoran milik Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah.

Kolaborasi yang dinamakan The Unusual Pancake itu memperkenalkan dua menu pancake baharu iaitu The Classic (RM30) dan The Signature (RM35).

Menariknya, menu istimewa ini hanya ditawarkan untuk tempoh terhad sehingga 31 Ogos 2026 di semua cawangan Mokky’s Pizza.

The Taste Test: 2 Pancake Dengan Identiti Berbeza

#1. The Classic (RM30)

Foto: Siti Murni/TRP

Jika anda sudah biasa menikmati pancake bersama madu atau sirap maple, The Classic mungkin memberikan pengalaman yang sedikit berbeza. Ini merupakan kali pertama kami mencuba pancake yang dipadankan dengan beef pepperoni.

Pada mulanya, gabungan tersebut kedengaran agak luar biasa, namun selepas beberapa suapan, kombinasi rasa lemak pancake bersama pepperoni yang sedikit masin dan berempah ternyata agak menarik.

Ia mungkin bukan menu yang akan disukai semua orang, tetapi bagi mereka yang gemar mencuba sesuatu di luar kebiasaan, The Classic menawarkan pengalaman yang unik.

#2. The Signature (RM35)

Foto: Siti Murni/TRP

Bagi pencinta hidangan manis, The Signature tampil lebih dekat dengan konsep pancake dessert yang biasa ditemui.

Apa yang membezakan menu ini ialah penggunaan pelbagai jenis beri yang membantu mengimbangi rasa manis keseluruhan hidangan.

Kehadiran buah-buahan tersebut menjadikan setiap suapan terasa lebih segar dan tidak terlalu berat. Setiap hidangan turut didatangkan dengan sirap maple tambahan di dalam botol kecil.

Namun, ketika sesi mencuba, kami mendapati sirap yang telah disediakan pada pancake sebenarnya sudah mencukupi dan tidak memerlukan tambahan maple syrup untuk menikmati keseluruhan rasa hidangan.

Sama ada anda lebih cenderung kepada gabungan savory seperti The Classic atau pilihan yang lebih selamat seperti The Signature, kedua-duanya boleh dicuba sepanjang tempoh kolaborasi ini yang berlangsung sehingga 31 Ogos di semua cawangan Mokky’s Pizza.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd