Now Reading
Loaf Adam Johor Bawa Kelainan Dengan Butter Tteok Pelbagai Perisa Hingga Jadi Buruan Ramai

Loaf Adam Johor Bawa Kelainan Dengan Butter Tteok Pelbagai Perisa Hingga Jadi Buruan Ramai

In Brief
  • Loaf Adam di Johor Bahru menawarkan Butter Tteok dengan variasi perisa unik seperti Macadamia Brulee dan Honey Citrus Dip.
  • Pengasas Nur Hasya menghasilkan perisa yang seimbang, menggabungkan cita rasa kegemarannya sendiri agar tidak terlalu muak.
  • Harga RM16.90 ditetapkan berdasarkan kos sebenar, bukan sekadar mengikut populariti produk yang sedang viral.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kalau anda aktif di media sosial sejak kebelakangan ini, mesti pernah nampak Butter Tteok yang sedang tular.

Berasal daripada tteok atau kek beras Korea, snek ini mendapat sentuhan baharu apabila dipadankan dengan mentega dan pelbagai pilihan inti serta sos, menjadikannya antara pencuci mulut yang sedang diburu ramai.

Malah, trend ini turut menyaksikan banyak kafe dan bakeri mula menghasilkan versi Butter Tteok masing-masing. Namun, kebanyakannya hadir dengan pilihan rasa yang lebih klasik.

Loaf Adam Cipta Variasi Perisa Butter Tteok

Berbeza pula dengan Loaf Adam di Johor Bahru yang menjadi antara kedai terawal yang memperkenalkan Butter Tteok dengan variasi perisa yang lebih kreatif dan unik.

Menurut pengasas Loaf Adam, Nur Hasya, idea menghasilkan Butter Tteok berperisa datang daripada minatnya terhadap makanan yang luar daripada kebiasaan.

“Saya memang suka sesuatu yang unexpected dan unik. Benda macam ini yang saya sendiri akan beli kalau nampak di luar.

“Untuk cheese atau chocolate biasa, orang boleh dapat di tempat lain. Jadi saya nak tawarkan sesuatu yang orang belum pernah cuba lagi.

“Bagi saya, inovasi bukan sekadar menambah perisa, tetapi mencipta pengalaman yang orang akan ingat,” katanya.

Pilihan Perisa Diinspirasikan Daripada Cita Rasa Sendiri

Butter Tteok keluaran Loaf Adam didatangkan dalam satu set yang menggabungkan beberapa pilihan rasa iaitu Golden Butter (Original), Chocolate Fudge, Macadamia Brulee serta Honey Citrus Dip.

Menurut Nur Hasya, pemilihan setiap perisa dibuat berdasarkan gabungan rasa kegemarannya sendiri, namun tetap mengambil kira keseimbangan agar tidak terlalu berat.

“Saya memang sukakan apa-apa yang berasaskan kekacang dan coklat. Sebab itu ada Macadamia Brulee dan Valrhona Chocolate dalam set ini.

“Pada masa yang sama, rasa yang terlalu rich boleh jadi cepat muak. Jadi kami padankan dengan Honey Citrus Dip supaya keseluruhan pengalaman menikmati Butter Tteok jadi lebih seimbang,” jelasnya.

Harga RM16.90 Ditentukan Berdasarkan Kos Sebenar, Bukan Sekadar Ikut Trend

Walaupun Butter Tteok kini menjadi antara menu yang sedang mendapat perhatian ramai, Nur Hasya berkata Loaf Adam tidak menetapkan harga semata-mata kerana ia sedang viral.

Sebaliknya, setiap produk melalui proses pengiraan kos yang teliti sebelum dipasarkan kepada pelanggan.

“Setiap produk yang Loaf Adam hasilkan mesti melalui proses costing yang teliti. Kami tak akan meletakkan harga sesuka hati atau hanya ikut market price sebab produk itu sedang trending.

“Kalau berdasarkan kos bahan, proses penyediaan dan operasi, harga yang wajar adalah pada tahap itu, maka itulah harga yang kami tawarkan. Bagi kami, yang penting pelanggan dapat menikmati produk berkualiti pada harga yang jujur dan berpatutan,” katanya.

Loaf Adam Patisserie
  • Lokasi: 30, Jalan Garuda 2/2, Larkin Jaya, 80350 Johor Bahru, Johor.
  • Waktu Operasi:
    • Isnin – Khamis: 8AM – 8PM
    • Jumaat – Ahad: 8AM – 10PM
  • IG: @loafadam.cafe

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd