Sushiro Buka Cawangan Kedua Di 1 Utama, Diiktiraf ‘Malaysia Book of Records’ Bagi Pilihan Sushi Terbanyak
Sempena pembukaan Sushiro 1 Utama, pelanggan dapat menikmati tawaran eksklusif terhad sepanjang bulan ini termasuk hidangan terpilih pada harga promosi RM5.80.
- Sushiro Malaysia telah membuka cawangan keduanya di 1 Utama, Petaling Jaya, dengan cawangan ketiga akan dibuka di Sunway Pyramid tidak lama lagi.
- Sushiro diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai 'Restoran dengan Pilihan Sushi Terbanyak', menawarkan lebih 100 pilihan sushi.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Berasal dari negara Jepun, sushi kini sudah menjadi salah satu hidangan kegemaran rakyat Malaysia, sehingga banyak kedai sushi yang dibuka di dalam negara.
Hari ini (10 Julai), Sushiro Malaysia merasmikan pembukaan cawangan terbaharunya di pusat beli-belah 1 Utama, sekali gus menandakan pengembangannya ke Petaling Jaya.
Ini menjadikan cawangan kedua Sushiro di dalam negara selepas yang pertama dibuka di pusat beli-belah KLCC.
Sushiro Buka Cawangan Kedua Di 1 Utama, Yang Ketiga Akan Dibuka Di Sunway Pyramid
Terletak di salah satu destinasi gaya hidup dan beli-belah terkemuka di Malaysia, cawangan baharu di 1 Utama membawa pengalaman kaiten-sushi (sushi berputar) Sushiro lebih dekat kepada pelanggan di Petaling Jaya dan kawasan sekitarnya.
Restoran ini menawarkan pelbagai pilihan sushi yang disediakan segar, bersama hidangan sampingan serta pencuci mulut dalam suasana yang santai dan mesra.

Sushiro juga bakal membuka cawangan yang seterusnya di Sunway Pyramid Shopping Mall, Petaling Jaya tidak lama lagi.
Sushiro 1 Utama Terima Pengiktirafan Malaysia Book of Records
Apa yang lebih menarik, Sushiro Malaysia turut diiktiraf sebagai ‘Restoran dengan Pilihan Sushi Terbanyak’ oleh Malaysia Book of Records.
Rekod ini diterima atas kepelbagaian menu yang ditampilkan di Sushiro termasuk lebih 100 pilihan sushi seperti Nigiri, Gunkan dan Sashimi. Menu ini turut dilengkapi pelbagai hidangan sampingan seperti tempura, ramen, udon dan pencuci mulut.
Pengarah Urusan Sushiro Malaysia Sdn. Bhd., Takumi Osafune berkata, “Sushiro melihat pengembangan ke Petaling Jaya sebagai satu langkah penting dalam usaha kami untuk menjadikan jenama ini lebih mudah diakses oleh pelanggan di Malaysia.
“1 Utama merupakan destinasi yang amat popular dalam kalangan keluarga, golongan muda dan komuniti di seluruh Lembah Klang, menjadikannya lokasi yang sesuai untuk fasa pertumbuhan kami yang seterusnya.”

Takumi turut mengucapkan rasa besar hati atas pengiktirafan yang diterima daripada Malaysia Book of Records bagi kategori ‘Restoran dengan Pilihan Sushi Terbanyak’.
“Kepelbagaian sentiasa menjadi teras pengalaman Sushiro, dan pengiktirafan ini mengukuhkan komitmen kami untuk menyajikan sushi segar dan berkualiti dengan pilihan yang memenuhi cita rasa semua,” katanya.
Rangkaian Sushiro Berasal Dari Jepun
Sushiro merupakan rangkaian kaiten-sushi terkemuka di Jepun yang ditubuhkan pada tahun 1984 dan kini memiliki lebih 900 cawangan di seluruh Asia.
Dengan pembukaan cawangannya yang kedua, kini lebih ramai pelanggan di Malaysia yang berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman sushi Jepun autentik, di samping menikmati hidangan yang sedar dan berkualiti.
Membawa kelainan daripada kebanyakan kedai kaiten-sushi lain di dalam negara, setiap pinggan sushi di Sushiro turut dilengkapi cip litar bersepadu (IC) bagi menjamin kesegaran hidangannya.
Nikmati Hidangan Pada Harga Promosi RM5.80 & Dapatkan Tote Beg Eksklusif
Sempena pembukaan Sushiro 1 Utama, pelanggan dapat menikmati tawaran eksklusif terhad sepanjang bulan ini.
2,000 pelanggan terawal Sushiro 1 Utama yang membelanjakan sekurang-kurangnya RM30 dalam satu resti akan menerima tote bag edisi terhad.
Pelanggan juga boleh mendapatkan beberapa hidangan pada harga promosi RM5.80 iaitu:
- 10-26 Julai: Ootoro
- 10-26 Julai: Thick Cut Grilled Eel
- 27 Julai-4 Ogos: Fresh Thick Cut Salmon
Maklumat terkini mengenai menu serta promosi boleh didapati menerusi laman Instagram dan Facebook Sushiro Malaysia.
Sushiro 1 Utama
- Lokasi: Lot G343A, Aras G Rainforest (New Wing)
- Waktu operasi: Setiap hari, 10am-10pm
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.