Ini 5 Sebab Kenapa Maggi Goreng Jadi Kegemaran Rakyat Malaysia
Maggi goreng yang bersifat versatil juga mudah disesuaikan mengikut cita rasa setiap individu.
- Maggi goreng sesuai dimakan pada bila-bila masa, harganya berpatutan, dan boleh disesuaikan mengikut cita rasa individu.
- Ia bukan sekadar makanan, malah sebagai 'comfort food' yang menjadi sebahagian budaya sosial rakyat Malaysia.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Buat rakyat Malaysia, makanan adalah antara perkara yang menghubungkan kita semua. Manakan tidak, negara kita boleh dikatakan sebagai sebuah syurga makanan.
Dan bagi sebahagian golongan masyarakat, Maggi goreng menjadi pilihan utama tidak kira waktu.
Ini 5 Sebab Kenapa Maggi Goreng Jadi Pilihan Rakyat Malaysia
Bukan sahaja kerana rasanya yang lazat, tetapi ada banyak lagi sebab kenapa Maggi goreng sering menjadi pilihan utama buat ramai orang.
#1. Sesuai Dimakan Tidak Kira Masa
Maggi Goreng adalah salah satu hidangan kegemaran rakyat Malaysia yang sesuai diambil tidak kira masa.
Sama ada ketika sarapan, sebagai makan tengah hari atau mengisi perut di tengah malam, Maggi goreng tidak pernah mengecewakan kita.
Ada yang gemar menikmati Maggi goreng dengan telur mata di waktu pagi. Ada pula yang memesan Maggi goreng mamak dengan cincangan ayam dan sayur-sayuran bagi melengkapkan malam mereka.
Maggi goreng juga menjadi pilihan tidak kira masa kerana tidaklah terlalu berat, tetapi cukup mengenyangkan.
View on Threads
#2. Harga Yang Berpatutan
Satu lagi sebab mengapa Maggi Goreng sering menjadi pilihan ramai terutamanya apabila berkunjung ke mamak atau restoran, adalah harganya yang berpatutan.
Seperti di Lembah Klang, harganya dianggarkan di antara RM5 ke RM7 bagi Maggi goreng berserta telur goreng.
Walaupun harganya murah, Maggi goreng sudah cukup mengenyangkan dan merupakan hidangan popular dalam kalangan pelajar, pekerja serta keluarga.
#3. Boleh Disesuaikan Mengikut Cita Rasa
Maggi goreng juga merupakan hidangan yang cukap versatil dan boleh memenuhi cita rasa setiap individu.
Sama ada digoreng kosong, ditambah cili untuk membangkitkan rasa pedas serta dimasak bersama bahan-bahan lain seperti ayam, daging dan sayur-sayuran, semuanya dapat membangkitkan selera seseorang.
Tambahan pelbagai bahan juga boleh ‘upgrade‘ Maggi goreng jadi versi yang lebih berkhasiat.
Nak pesan Maggi goreng untuk kanak-kanak pun tak ada masalah.
View on Threads
#4. Maggi Pilihan Ramai Ketika Di Mamak
Boleh dikatakan sebagai satu hidangan ‘wajib’ dipesan, Maggi goreng sering kali dikaitkan dengan budaya mamak di Malaysia.
Nak lepak-lepak dengan kawan atau menonton bola sepak di skrin besar di mamak? Maggi goreng pasti akan melengkapkan pengalaman itu.
Boleh dikatakan Maggi goreng ini merupakan salah satu hidangan kegemaran rakyat Malaysia yang membentuk sebahagian budaya sosial di dalam negara.
Salah satu kegemaran orang ramai adalah Maggi goreng mamak yang digoreng dengan gaya tersendiri. Sedap betul bila diperah limau!
Baca Artikel Berkaitan: Menu Di Kedai Mamak Ada Banyak, Tetapi Ada Satu Yang Ramai Wajib Order
#5. Maggi Goreng Sebagai ‘Comfort Food’
Sering disebutkan sebagai ‘comfort food‘, setiap suapan Maggi goreng pasti akan membangkitkan memori.
Dengan rasa pedas dan manis yang seimbang, Maggi goreng yang dimasak turut disertai dengan rasa wok hei.
Sebab itu juga Maggi goreng menjadi hidangan yang sering dirindukan oleh rakyat Malaysia ketika berada di luar negara. Balik Malaysia terus cari Maggi goreng!
View on Threads
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.