Now Reading
[Review] Ruma Sips: Kafe Unik Tersembunyi Di Sungai Soi, Kuantan

[Review] Ruma Sips: Kafe Unik Tersembunyi Di Sungai Soi, Kuantan

Sebuah kafe yang terasa seperti berada di sebuah rumah selesa, hangat dan menenangkan.

In Brief
  • Ruma Sips is a cosy hidden café in Sungai Soi, Kuantan, built by a young couple in their early twenties on family land.
  • The café offers a unique vintage kampung aesthetic, quality handpicked ingredients, and a warm, homely atmosphere welcoming everyone.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Anak muda zaman sekarang tidak menunggu masa yang sesuai untuk menghasilkan sesuatu kerana mereka mahukannya sekarang dengan cara mereka sendiri dengan membuktikan umur bukan penghalang untuk membina sesuatu bermakna.

Di Sungai Soi, Kuantan, sepasang kekasih awal dua puluhan buat perkara yang sama. Mereka bina sebuah kafe dengan satu tujuan yang lebih besar daripada sekadar menjual minuman.

Namanya Ruma Sips, dan bila anda masuk, anda akan faham kenapa ramai yang tidak boleh berhenti cerita tentang tempat ini.

Baca Artikel Berkaitan: Ini Senarai 5 Dirty Latte Terbaik Di KL & PJ Yang Anda Perlu Cuba [Review]

Sebuah Kafe Terletak Dalam Kampung Di Tepi Jalan

Tenang dan dipenuhi dengan pokok-pokok hijau. (Foto: Aliff/TRP)

Sepanjang perjalanan ke Sungai Soi, anda akan melalui rumah kampung, pokok hijau dan suasana tenang yang sukar digambarkan.

Kafe ini terletak di tepi jalan utama dan mudah dilihat tetapi seolah-olah tersembunyi dalam ketenangan suasana kampung sekeliling.

Sejurus anda melangkah masuk, anda faham kenapa ia sungguh unik kerana setiap sudut ada cerita, setiap elemen ada tujuan.

“Ruma” Bermaksud Tempat Yang Selamat
Ruang dalaman yang unik. (Foto: @ruma.sips/@awa_ley/Instagram)

Nama yang dipilih pemilik ini bukan sekadar nama yang kedengaran unik kerana ia mempunyai makna tersendiri setiap kali disebut.

“Kami mahu pelanggan yang datang terasa seperti berada di ruang selesa, hangat dan menenangkan,” kata pemilik kafe ini.

Ruma Sips lahir dari satu kepercayaan mudah. Setiap orang perlukan tempat untuk bernafas, bersendirian, lari sebentar dari kesibukan hidup, duduk bersama orang tersayang serta menikmati minuman kegemaran dalam ketenangan.

“Ruma bukan sekadar kafe. Kami bina ia sebagai tempat yang selamat,” tambah mereka.

Setiap keputusan tentang ruang, suasana dan cara pelanggan dilayani kembali kepada satu matlamat iaitu mereka mahu setiap orang yang masuk rasa diterima, dihargai dan selesa seperti pulang ke rumah sendiri.

“Kalau anda tiada tempat untuk pergi, Ruma sentiasa sambut anda.”

Impian Dua Orang Bermula Sejak Tahun 2019

Ruma Sips dikendalikan oleh sepasang kekasih yang masih di awal dua puluhan yang tiada latar belakang dalam perniagaan, hanya minat dan komitmen untuk menjadikan sebuah impian bertukar realiti.

Semuanya bermula pada 2019 apabila salah seorang daripada mereka kenalkan pasangannya kepada budaya kafe.

Dari situ, mereka luangkan banyak masa untuk terokai pelbagai kafe, perhatikan konsep setiap tempat dan serap setiap pengalaman yang dilalui.

“Sejak itu, ia jadi impian saya,” kata salah seorang pemilik.

Cabaran Berada Di Luar Bandar
Wajib cuba kopi di sini. (Foto: @ruma.sips/@awa_ley/Instagram)

Tanah tempat Ruma Sips berdiri hari ini adalah tanah milik keluarga pemilik sendiri.

Untuk dua orang muda yang baru bermula, itu bermakna kos permulaan yang jauh lebih rendah berbanding sewa ruang di bandar.

Tapi itu bukan sebab utama kerana menurut mereka berdua, “Lokasi kami di jalan utama bermakna kenderaan lalu setiap hari. Mudah dilihat dan mudah diakses.”

Lebih penting, kawasan Sungai Soi ketika itu tiada banyak pilihan kafe menyebabkan orang kampung terpaksa memandu jauh ke bandar hanya untuk nikmati secawan kopi yang sedap.

Nilai Estetik Vintaj Kampung Yang Begitu Unik
Setiap sudut dipenuhi dengan hasil kraf tangan tersendiri. (Foto: @ruma.sips/Instagram)

Kafe ini tidak terasa seperti hasil tangan sebuah syarikat reka bentuk membinanya kerana ia terasa seperti rumah seseorang yang anda kenali.

Meja tempat anda duduk, dibina oleh pemiliknya tersendiri termasuklah lampu yang memenuhi setiap ruang dan sama juga tulisan serta lukisan di dinding dihasilkan oleh kedua-dua pasangan ini.

“Setiap sudut di kafe ini mempunyai nilai sentimental yang sangat besar untuk kami berdua,” kata mereka.

Seluruh ruang dalaman dan reka bentuk datang 100% dari idea mereka sendiri dan ramai pelanggan yang singgah kagum dengan estetik vintaj kampung yang terasa seperti duduk dalam sebuah kabin kecil, jauh dari hiruk pikuk bandar.

Tambahan pula, terdapat peraturan rumah yang bakal membuatkan anda tersenyum sinis dengan tulis berbunyi: Senyum digalakkan.

Selain Suasana Cantik, Minuman Di Sini Pun Best!

Konsep cantik tidak bermakna apa-apa kalau minuman tidak sepadan.

Di Ruma Sips, pemilik pilih setiap bahan sendiri. Mereka mencuba pelbagai jenis biji kopi dari beberapa roaster berbeza sebelum membuat keputusan muktamad.

Proses yang sama dilakukan untuk matcha. Mereka menguji satu persatu sehingga jumpa yang betul-betul sesuai dengan citarasa dan piawaian mereka.

“Kualiti sentiasa jadi keutamaan kami. Kami pilih bahan yang berkualiti walaupun kosnya lebih tinggi,” tambah mereka.

Apa Yang Anda Perlu Cuba Bila Singgah
Minuman yang dinikmati. (Foto: Aliff/TRP/ @ruma.sips/Instagram)

Untuk peminat matcha, boleh cuba Strawberry Matcha menjadi pilihan kegemaran ramai dan mudah faham kenapa bila anda cuba sendiri.

Manakala peminat kopi boleh cuba Spanish Latte membuatkan saya terasa sungguh tenang dengan setiap hirupan seolah-olah segala masalah dihadapi dalam hidup hilang sekejap.

Untuk pencuci mulut, burned cheesecake jadi pilihan terbaik. Ia lembut, kaya dan sering habis awal. Ada juga chocolate brownies dan pilihan lain yang sesuai dipadankan bersama minuman anda.

Masa terbaik untuk datang bergantung apa yang anda nak. Kalau nak suasana tenang, datang pada hari biasa di waktu petang. Angin perlahan, suasana kampung dan minuman yang sedap akan buat masa terasa lebih lambat dari biasa.

Ruma Sips
  • Alamat: Sungai Soi, Kuantan, Pahang
  • Waktu operasi: 3 petang sampai 11 malam
  • Tutup setiap hari Khamis
  • Instagram: @ruma.sips

Baca Artikel Berkaitan: Lapisan Pâtisserie Perkenal Sajian Terbaharu Bersama Hidangan Matcha

Baca Artikel Berkaitan: Setelah Enam Tahun, Chan Rak BBQ & The Farm Jadi Tumpuan Baharu Di Subang Parade


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd