Now Reading
NakNak Perkenal Siri Hot Honey Butter Crunch, Ini Menu Yang Patut Anda Cuba

NakNak Perkenal Siri Hot Honey Butter Crunch, Ini Menu Yang Patut Anda Cuba

Secara keseluruhannya, siri Hot Honey Butter Crunch berjaya menawarkan sesuatu yang sedikit berbeza daripada menu biasa yang sering kita lihat di pasaran.

In Brief
  • NakNak memperkenalkan siri menu terhad Hot Honey Butter Crunch, menggabungkan rasa honey butter dengan crispy chilli oil yang seimbang.
  • Hot Honey Butter Crunch Nak Dak Burger menjadi pilihan terbaik, dengan ayam rangup, jeruk dan sos honey butter yang seimbang.
  • Siri ini juga menawarkan versi tanpa chilli oil untuk yang tidak gemar pedas, termasuk fries dan ayam boneless.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Jika anda pernah menikmati ayam goreng atau burger honey butter sebelum ini, anda mungkin sudah biasa dengan gabungan rasa lemak, manis dan sedikit masin yang menjadikan menu sebegini begitu popular.

Namun bagaimana pula jika elemen pedas ditambah ke dalam persamaan tersebut?

Itulah yang cuba dibawakan oleh NakNak menerusi siri menu terbaharunya, Hot Honey Butter Crunch, yang kini ditawarkan untuk tempoh terhad di semua cawangannya di seluruh negara.

Kami berpeluang mencuba beberapa menu daripada siri ini dan secara keseluruhannya, kombinasi honey butter bersama crispy chilli oil ternyata lebih menjadi daripada apa yang kami jangkakan.

Honey Butter & Cili Rangup Yang Melengkapi Antara Satu Sama Lain

Perkara pertama yang kami perasan ialah tahap kepedasan yang digunakan tidak terlalu agresif.

Sebaliknya, crispy chilli oil yang digunakan lebih berfungsi untuk memberikan sedikit “kick” di hujung setiap gigitan tanpa menenggelamkan rasa honey butter yang menjadi bintang utama.

Hasilnya ialah gabungan rasa yang seimbang.

Ada rasa manis daripada madu, lemak daripada mentega, sedikit masin daripada parmesan dan sentuhan pedas yang membuatkan anda mahu terus mengambil gigitan seterusnya. (Foto: Siti Murni/TRP)

Ia bukan menu yang terlalu pedas sehingga membuatkan anda berpeluh, tetapi cukup untuk mengelakkan rasa honey butter daripada menjadi terlalu muak.

Hot Honey Butter Crunch Nak Dak Burger Jadi Pilihan Kami

Antara menu yang paling menonjol dalam siri ini ialah Hot Honey Butter Crunch Nak Dak Burger.

Burger ini menggunakan paha ayam goreng rangup yang dipadankan dengan keju, jeruk, parmesan, sos honey butter dan crispy chilli oil.

Apa yang kami suka ialah tekstur ayamnya yang masih kekal rangup walaupun disaluti sos.

Jeruk yang digunakan turut membantu mengimbangi rasa lemak dan manis, menjadikan keseluruhan burger terasa lebih seimbang.

Jika anda tidak gemarkan makanan pedas, NakNak turut menawarkan versi Honey Butter Crunch tanpa chilli oil, jadi anda masih boleh menikmati profil rasa yang sama tanpa kepedasan tambahan.

Pilihan Daging Lembu Tidak Mengecewakan

Bagi penggemar burger daging, Hot Honey Butter Crunch Beef Burger pula menggunakan patty daging lembu premium yang dipadankan dengan kombinasi sos yang sama.

Secara peribadi, kami merasakan versi ayam lebih menyerlah kerana tekstur ayam goreng rangup lebih sesuai dengan elemen honey butter dan chilli oil.

Namun bagi mereka yang lebih menggemari daging lembu, burger ini masih menawarkan pengalaman rasa yang memuaskan.

Patty yang digunakan cukup berjus dan tidak tenggelam di sebalik sos yang digunakan.

Ayam Goreng Boneless Yang Mudah Dikongsi

Selain burger, siri ini turut memperkenalkan Honey Butter Crunch Nak Dak dan Hot Honey Butter Crunch Nak Dak. Menu ini pada asasnya ialah ayam goreng tanpa tulang yang disaluti glaze honey butter dan taburan parmesan.

Daripada semua menu yang kami cuba, ini mungkin pilihan paling mudah untuk dikongsi bersama rakan atau keluarga. (Foto: Siti Murni/TRP)

Setiap ketulan ayam disaluti sos dengan agak sekata tanpa terlalu berlebihan.

Versi pedas pula memberikan sedikit lapisan rasa tambahan yang membuatkan hidangan ini lebih menarik berbanding ayam honey butter biasa.

Loaded Honey Butter Crunch Fries

Menu Loaded Honey Butter Crunch Fries ini adalah kentang goreng rangup disaluti sos honey butter dan parmesan, menghasilkan kombinasi yang cukup memuaskan untuk dikongsi.

Walaupun kedengaran ringkas, menu ini berpotensi menjadi kegemaran ramai terutama bagi mereka yang gemarkan snek ringan sambil menonton perlawanan sukan atau lepak bersama rakan-rakan.

Berbaloi Ke?

Secara keseluruhannya, siri Hot Honey Butter Crunch berjaya menawarkan sesuatu yang sedikit berbeza daripada menu biasa yang sering kita lihat di pasaran.

Gabungan honey butter dan crispy chilli oil bukanlah sesuatu yang revolusioner, tetapi cara ia digunakan dalam siri ini menghasilkan profil rasa yang seimbang dan mudah dinikmati oleh kebanyakan orang.

Jika anda sudah pun peminat menu honey butter, besar kemungkinan anda akan menyukai versi pedas yang diperkenalkan oleh NakNak ini. Tapi ikut tekak masing-masing juga.

Sedap itu subjektif, kan? 😊

Siri Hot Honey Butter Crunch kini boleh didapati untuk tempoh terhad di semua cawangan NakNak di seluruh negara.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd