Ramai Baru Tahu Penjara Kajang Ada Jual Karipap Frozen Buatan Banduan Penjara
Selain daripada karipap frozen, orang awam juga boleh beli kuih raya, kraf tangan, murtabak dan macam-macam lagi.
- Penjara Kajang menjual karipap pusing sejuk beku buatan banduan dan orang awam boleh datang terus tanpa temu janji.
- Selain makanan, banduan turut menghasilkan kraf tangan berkualiti tinggi seperti batik dan songket yang dijual di galeri My Pride.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Penjara Kajang mungkin bukan lokasi pertama yang terlintas dalam kepala apabila bercakap tentang makanan sejuk beku.
Menariknya, karipap beku yang dihasilkan di sini telah menjadi topik perbualan hangat di antara netizen menerusi laman Threads baru-baru ini.
Pengguna (@kikinnnb) bertanya soalan kepada Jabatan Penjara Malaysia adakah orang awam perlu tempah temu janji untuk beli karipap ataupun boleh pergi sahaja.
Soalan itu mendapat pelbagai reaksi lucu dan info dari netizen tentang produk hasil air tangan banduan di Penjara Kajang.
View on Threads
Karipap Pusing Sejuk Beku Mendapat Perhatian Ramai

Persoalan yang dianjurkan oleh pengguna di Threads turut dijawab oleh pihak Jabatan Penjara Malaysia memaklumkan orang awam boleh datang ke kawasan penjara dan beritahu pengawal bahawa mereka ingin ke Prismart Prison Kajang.
“Kalau karipap itu sedap jangan share-share tau takut tak cukup,” seloroh Jabatan Penjara Malaysia membalas soalan tersebut.
Selain Daripada Karipap, Terdapat Beberapa Produk Lain & Kuih Raya Juga

Walaupun karipap pusing menjadi tumpuan utama, ia bukan satu-satunya produk yang boleh dibeli oleh kita.
Orang awam juga boleh mendapatkan makanan lain seperti murtabak, donat, cucur badak dan bahan membuat kuih-muih.
Ketika musim perayaan pula, kuih raya tradisional turut dijual sama dan ramai netizen mengatakan kuih tart nanas di Penjara Kajang sedap.
Harga pula tidak terlalu mahal dan masih mampu milik bermula sekitar RM15, bergantung kepada jenis makanan yang anda beli.
Menyokong Hasil Kraf Tangan Banduan Penjara

Selain daripada makanan, orang awam juga boleh singgah ke galeri jualan My Pride yang menempatkan pelbagai barangan hasil tangan banduan.
Antaranya seperti kain batik, songket tenunan dan hasil kraf tangan yang lain.
Inisiatif seperti ini memberi ruang kepada orang awam untuk melihat hasil kerja banduan yang mengikuti latihan kemahiran dan vokasional sepanjang tempoh pemulihan mereka .
Pelajari Kemahiran Yang Boleh Dipakai Selepas Menjalani Hukuman

Produk yang dihasilkan dari banduan penjara boleh dilihat sebagai salah satu cara untuk memperkenalkan kepada masyarakat luar.
Melalui latihan yang diberikan, banduan penjara bukan sahaja boleh menghasilkan produk makanan dan kraf tangan tetapi turut mempelajari kemahiran berguna untuk digunakan selepas tamat menjalani hukuman.
Tambahan pula, menurut netizen ramai mengatakan produk yang dihasilkan oleh banduan ini berkualiti tinggi, sedap dan wajar untuk dicuba.
Jika berminat, pergi sahaja ke Penjara Kajang dan maklumkan kepada pengawal bertugas untuk mengunjungi kedua-dua kedai untuk membeli makanan dan kraf tangan yang terletak berdekatan antara satu sama lain.
Baca Artikel Berkaitan: Ramai Baru Tahu Penjara Kajang Tawar Servis Urutan, Spa & Facial, Ini Antara Pakej Yang Ada
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lelaki Ini Dedah Pengalaman Di Penjara Kajang Bersama Najib & PU Azman
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



