Little Caesars membuka restoran pertamanya di Malaysia pada 24 Mei 2026 di Damansara Utama, Petaling Jaya
Jenama ini merancang pembukaan lokasi baharu di Bandar Puteri Puchong pada Julai 2026 sebagai sebahagian daripada pengembangan tempatan.
Francais ini dipegang oleh Dato' Vincent Choo dan Datin Cynthia Cheong, yang berpengalaman dalam industri makanan segera Malaysia.
Little Caesars diasaskan pada 1959 dan kini beroperasi di 31 negara sebagai syarikat piza milik keluarga terbesar di dunia.
Menu popular termasuk HOT-N-READY, Crazy Bread dan Crazy Puffs, dengan pilihan disesuaikan untuk cita rasa pelanggan tempatan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Peminat piza di Malaysia kini mempunyai satu lagi pilihan baru apabila Little Caesars secara rasmi membuka restoran pertamanya di negara ini.
Restoran francais dari Amerika Syarikat itu telah memulakan operasi di Damansara Utama, Petaling Jaya pada 24 Mei 2026, menandakan kemasukannya ke pasaran Malaysia.
Pembukaan ini turut memperkenalkan beberapa menu popular dari francais tersebut selain pilihan yang disesuaikan dengan cita rasa pelanggan tempatan.
Turut Merancang Pembukaan Beberapa Lagi Lokasi Lain
Little Caesars. (Foto: r/Bolehland / Trip Advisor)
Restoran pertama Little Caesars di Malaysia terletak di 39G, Jalan SS 21/37, Damansara Utama, Petaling Jaya menjadi langkah awal kepada perancangan jenama tersebut untuk memperluas operasi di Malaysia dengan beberapa lagi lokasi dijangka dibuka selepas ini.
Selain Damansara Utama, Little Caesars turut merancang pembukaan di Bandar Puteri Puchong pada Julai 2026 menunjukkan kemasukan jenama ini merupakan sebahagian daripada strategi untuk mengembangkan pengaruhnya di pasaran tempatan.
Memperkenalkan Menu Popular Dengan Beberapa Pilihan Untuk Selera Tempatan
Antara pilihan piza di Little Caesars. (Foto: Chowhound)
Malaysia Jadi Pasaran Baharu Untuk Little Caesars
Dato’ Vincent Choo (kiri) bersama Datin Cynthia Cheong (kanan). (Foto: PR Newswire)
Pengembangan francais ini merupakan usaha pemegang francais Dato’ Vincent Choo dan Datin Cynthia Cheong yang mempunyai pengalaman dalam menguruskan beberapa jenama makanan segera di negara ini.
Menurut mereka, terdapat permintaan terhadap pilihan piza yang berkualiti dengan harga berpatutan dalam pasaran tempatan sekali gus membuka ruang untuk Little Caesars memperkenalkan tawarannya kepada pelanggan Malaysia.
Dengan pembukaan outlet pertama ini, Little Caesars kini menyertai landskap makanan segera tempatan semakin kompetitif, khususnya dalam kategori piza.
Jenama Terkemuka Dengan Sejarah Lebih 65 Tahun
Outlet di Amerika Syarikat. (Foto: PR Newswire)
Nama Little Caesars bukan nama asing dalam industri makanan segera.
Ia diasaskan oleh Mike dan Marian IIitch pada tahun 1959 sebagai sebuah restoran sebelum berkembang menjadi antara rangkaian francais piza segera terbesar di dunia.
Hari ini, Little Caesars dikenali sebagai syarikat piza milik keluarga terbesar di dunia, dengan restoran di 31 negara dan wilayah.
Terkenal dengan pilihan utama HOT-N-READY, Little Caesars turut terkenal dengan pilihan lain seperti Crazy Puffs, Crazy Bread dan penggunaan bahan seperti keju mozzarella segar serta tidak dibekukan.
Di samping itu, Little Caesars juga memperkenalkan inovasi seperti Pizza Portal® pickup, iaitu stesen pengambilan pesanan layan diri yang dipanaskan bagi memudahkan pelanggan mengambil pesanan dengan lebih cepat.