Now Reading
Foodpanda Malaysia Ajak Rakyat Teroka Hidden Gem Tempatan Menerusi Kempen ‘Wajib Try Ni!’

Foodpanda Malaysia Ajak Rakyat Teroka Hidden Gem Tempatan Menerusi Kempen ‘Wajib Try Ni!’

Kempen baharu ini tampilkan vendor tempatan dan hidangan autentik yang semakin mendapat perhatian ramai.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Malaysia sememangnya dikenali sebagai syurga makanan dengan pelbagai pilihan hidangan yang mencerminkan kepelbagaian budaya dan warisan tempatan.

Namun, dalam era digital yang semakin menitikberatkan kemudahan, ramai vendor kecil dan bebas berdepan cabaran untuk menonjolkan jenama serta menarik perhatian pelanggan baharu.

Bagi membantu vendor tempatan terus kekal relevan dan dikenali ramai, foodpanda Malaysia memperkenalkan kempen terbaharu mereka, ‘Wajib Try Ni!’, yang mengetengahkan pelbagai hidden gem makanan tempatan dari seluruh negara.

Kempen ini bukan sahaja mengajak rakyat Malaysia menikmati hidangan kegemaran tempatan, malah turut memberi peluang kepada lebih ramai vendor kecil untuk memperluaskan capaian pelanggan menerusi platform digital.

Kisah, Warisan & Semangat

Selari dengan komitmen ‘Make Life Delicious’, foodpanda mahu menjadikan pengalaman mencari makanan lebih bermakna dengan menghubungkan pengguna kepada kisah, warisan dan semangat di sebalik setiap hidangan.

Pengarah Urusan foodpanda Malaysia, Kenneth Soh, berkata dalam dunia yang semakin mengutamakan kepantasan dan kemudahan, pengalaman meneroka makanan baharu masih menjadi sesuatu yang dekat di hati rakyat Malaysia.

“‘Wajib Try Ni!’ merupakan usaha kami untuk memastikan vendor tempatan terus menjadi nadi penting dalam landskap makanan digital hari ini.

“Kami bukan sekadar menghantar makanan, tetapi mahu membantu pengguna mengenali kisah dan tradisi di sebalik setiap sajian,” katanya.

Sebagai permulaan, kempen ini dimulakan di Pulau Pinang yang terkenal sebagai antara destinasi makanan terbaik negara dengan kepelbagaian budaya dan cita rasa unik.

Antara vendor tempatan yang diketengahkan ialah Nasi Lemak Ciksue, diasaskan oleh Sue yang meneruskan legasi resipi keluarga sejak lebih 70 tahun lalu.

Dengan bantuan platform penghantaran seperti foodpanda, hidangan tradisional yang dihasilkan kini dapat dinikmati lebih ramai pelanggan termasuk pelancong luar.

Antara menu yang menjadi pilihan ramai termasuk Nasi Lemak Ayam Bakar dan Nasi Kerabu Harimau Menangis.

Selain itu, Ikat Tepi Kopitiam turut tampil meraikan budaya kopi dan sajian klasik tempatan yang dekat dengan kehidupan harian rakyat Malaysia.

Menurut pasukan mereka, kehadiran di platform foodpanda membantu memperluaskan lagi jenama mereka selain menjadi titik pertama pelanggan mengenali perniagaan tersebut sebelum hadir ke premis fizikal.

Antara menu yang disyorkan termasuk Nasi Lemak Lipat Tiga Segi dan Kopi Signature.

Dalam masa sama, Frank Laurent Coffee Roasters pula mengetengahkan pengalaman kopi premium dengan gabungan teknik pembuatan kopi moden serta teknologi Superfreeze Espresso untuk memastikan setiap cawan kekal berkualiti tinggi.

Kehadiran mereka di foodpanda juga membantu jenama tempatan itu menjangkau lebih ramai pelanggan di luar Pulau Pinang.

Signature Coffee dan Matcha mereka antara menu yang dianggap ‘wajib try’ oleh pelanggan tetap.

Menerusi kempen ini juga, foodpanda Malaysia bakal memperkenalkan lebih banyak kandungan penerokaan makanan yang dikurasi khas dari pelbagai negeri di seluruh negara dengan menampilkan kisah vendor tempatan serta hidangan popular yang semakin mendapat perhatian ramai.

Orang ramai boleh mengikuti perkembangan terkini kempen ‘Wajib Try Ni!’ menerusi platform Instagram dan Facebook rasmi foodpanda Malaysia.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd