OGA Tea & Dining Tawar Pengalaman Kyoto Tiramisu & Japanese Tea Fusion Pertama Di Malaysia
Pelanggan boleh menikmati pencuci mulut gaya Kyoto, teh import terus dari Jepun dan pengalaman dining Muslim-friendly di tengah Kuala Lumpur.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Dalam lambakan kafe moden yang mengejar trend dan estetika semata-mata, OGA Tea & Dining tampil dengan konsep berbeza apabila memperkenalkan pengalaman dining berinspirasikan budaya teh Jepun yang lebih tenang, mindful dan premium.
Terletak di kawasan Imbi, Kuala Lumpur, OGA Tea & Dining mengetengahkan konsep Japanese tea fusion café dengan fokus kepada pengalaman menikmati teh, dessert dan hidangan makanan dalam suasana Zen moden yang menenangkan.
Lebih menarik, OGA turut memperkenalkan antara pengalaman Kyoto Tiramisu pertama di Malaysia, diinspirasikan daripada budaya kafe Kyoto yang terkenal dengan rasa lebih ringan, elegan dan seimbang berbanding tiramisu klasik Itali.
Kyoto Tiramisu Dengan Sentuhan Premium Jepun
Berbeza dengan tiramisu tradisional yang lebih kuat dengan rasa espresso dan koko, Kyoto Tiramisu di OGA tampil dengan tekstur lebih lembut, rasa manis yang seimbang serta elemen teh Jepun yang lebih halus.
Antara menu baharu yang menjadi perhatian adalah termasuk:
#1. Musang Kyoto Tiramisu
Gabungan creamy mascarpone bersama isi durian Musang King yang kaya dan lemak, menghasilkan rasa indulgent dengan kemanisan yang lebih mendalam.
#2. Matcha Musang Kyoto Tiramisu
Pilihan buat penggemar matcha dan durian, menu ini menggabungkan aroma earthy matcha bersama kemewahan Musang King untuk rasa bittersweet yang lebih kompleks dan aromatik.

Bukan Sekadar Kafe, Tapi Pengalaman Budaya Teh Jepun
Menurut OGA, konsep mereka bukan hanya menjual makanan dan minuman semata-mata, tetapi membawa pengalaman budaya teh Jepun secara menyeluruh daripada ritual penyediaan teh, pairing makanan hinggalah suasana makan yang lebih perlahan.

OGA menawarkan lebih 10 jenis teh premium Jepun yang diimport terus dari Jepun seperti:
- Matcha premium
- Gyokuro
- Sencha
- Hojicha
- Genmaicha
- Seasonal Japanese tea
Setiap teh dipilih berdasarkan profil aroma dan rasa tersendiri, daripada refreshing hingga roasted dan umami.
Menu Highlight Yang Wajib Cuba!
Selain Kyoto Tiramisu, OGA turut menawarkan pelbagai menu Jepun seperti:
- Matcha Latte premium menggunakan Uji matcha asli
- Chazuke Rice Series dengan pilihan salmon, unagi, gindara dan Australian beef steak
- Chicken Katsu Curry
- Totori Matcha Cheesecake
- Egg Ebi Fried Sando
- Mentaiko Spaghetti
- Konabe Sukiyaki
- Kamameshi
Kesemua menu direka untuk melengkapkan pengalaman menikmati teh Jepun dengan gabungan tekstur dan rasa yang lebih seimbang.

(Foto: Siti Murni/TRP)

Muslim-Friendly & Fokus Kepada Lokasi Makan Yang Selesa
OGA Tea & Dining juga merupakan konsep dining Muslim-friendly dengan penggunaan bahan daripada pembekal halal-certified serta pematuhan standard penyediaan makanan yang ketat.
Malah, setiap cawangan turut menyediakan dokumen pensijilan untuk semakan pelanggan bagi memastikan pengalaman dining lebih telus dan selesa.
Dalam masa sama, OGA turut menampilkan maklumat kalori dalam menu sebagai usaha menyokong gaya hidup dan pilihan dining yang lebih mindful.
Suasana Zen Moden Yang Sememangnya Amat Menenangkan

Dari segi rekaan dalaman, OGA mengetengahkan konsep moden minimalis berinspirasikan Zen Jepun dengan penggunaan elemen kayu, tona bumi, pencahayaan lembut dan susun atur ruang yang lebih lapang.


Setiap sudut direka untuk mengurangkan sensory noise dan membolehkan pelanggan menikmati pengalaman teh serta makanan dengan lebih fokus dan santai.
OGA Tea & Dining, Jalan Imbi, Kuala Lumpur

- Alamat: 18 Jalan Kamuning, Off, Jln Imbi, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
- Waktu Operasi: 11 am – 11 pm.
- Instagram: @ogateadining
- Website: https://ogateadining.com/
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.



