Now Reading
Popular Dalam Kalangan Orang Jepun, Kedai Tendon Halal Di Tokyo Ini Jadi Tumpuan Ramai

Popular Dalam Kalangan Orang Jepun, Kedai Tendon Halal Di Tokyo Ini Jadi Tumpuan Ramai

Disebabkan itu, tular di laman Threads seorang pengguna berkongsi sebuah kedai halal di Tokyo yang boleh anda cuba ketika melancong di sini.

Umum mengetahui, negara Jepun sentiasa menjadi destinasi percutian ideal bagi orang kita. Sebuah negara yang cukup terkenal dengan budaya, sejarah, seni bina dan makanan menyelerakan membuatkan ramai jatuh cinta dengan negara ini.

Tambahan pula dengan harga nilai matawang Ringgit Malaysia meningkat dan pilihan makanan halal yang semakin banyak membuatkan lebih ramai orang tempatan melancong di sini.

Disebabkan itu, tular di laman Threads. Seorang pengguna berkongsi sebuah kedai halal di Tokyo yang boleh anda cuba ketika melancong di sini.

Menjadi Tumpuan Ramai Sehingga Orang Jepun Sendiri Nak Cuba!

Ginza, Tokyo. (Foto: Unsplash)

Menurut pengguna (@nanyfoodie_), Tendon Itsuki, Ginza merupakan antara kedai halal terkenal di kawasan Ginza, Tokyo.

Kedai tersebut sering dipenuhi dengan pelanggan sehingga perlu beratur sebelum anda dapat menikmati hidanganya. Tetapi, tak perlu tunggu begitu lama pun!

Menariknya, bukan sahaja pelancong muslim sahaja di sini. Malah ramai pelanggan non-Muslim turut beratur untuk mencuba makanan tradisional ini tau!

View on Threads

Berikut adalah beberapa ulasan daripada pelanggan yang pernah cuba makanan di sini:

“Kami suka betul makananya! Tempura di sini sangat besar. Kami menikmati set hidangan ¥1400 (~RM35) termasuk nasi dengan 2 udang tempura, 2 ayam, 1 telur, 4 sayur-sayuran, 1 sup dan minuman percuma. Besar betul! Walaupun masa menunggu agak lama kerana tempat duduk yang terhad, tetapi tetap berbaloi. Saya akan kembali ke kedai ini semula apabila berada di Tokyo.”

Tendon Itsuki, Ginza. (Foto: Genji/Google Photo)

“Salah satu makanan terbaik yang kami nikmati di Tokyo. Masa menunggu agak lama (kena beratur dalam barisan), tetapi sangat berbaloi. Kami pesan set Special Tendon, dihidangkan dengan udang, sotong, ayam tempura ranggup bersama telur rebus, akar teratai, labu dan diletakkan di atas nasi gebu disiram dengan sos istimewa mereka. Setiap gigitan dipenuhi dengan rasa ranggup menyelerakan, Wajib datang!”

Haa.. bagaimana? Terliur dibuatnya! Jika anda ingin menikmati hidangan menyelerakan ini, berikut ialah lokasi dan waktu kedai popular ini:

Lokasi Tendon Itsuki, Ginza. (Foto: Salam Groovy Japan)
  • Japan, 〒104-0061 Tokyo, Chuo City, Ginza, 西3−1 インズ1 2F
  • Dibuka setiap hari dari pukul 11:30 am – 3:30 pm, 6:00 pm – 9:30 pm
Jom Kenali Hindangan Bernama Tendon Atau Tempura Rice Bowl

Bagi yang belum pernah mencuba, Tendon sebenarnya adalah gabungan dua perkataan Jepun iaitu Tempura dan Donburi.

Hidangan ini terdiri daripada pelbagai bahan yang disalut dengan adunan tepung, kemudian digoreng sehingga rangup sebelum dihidangkan bersama nasi dalam mangkuk.

Tendon. (Foto: Japanese Taste)

Biasanya, bahan tempura yang digunakan seperti:

  • Makanan laut (udang, sotong, dan lain-lain)
  • Cendawan
  • Sayur-sayuran

Selalunya versi paling biasa dijumpai di Jepun ialah set yang dihidangkan dengan udang dan sayur.

Selain itu, terdapat beberapa variasi lain seperti ayam, daging mengikut citarasa masing-masing.

Jepun Semakin Muslim-Friendly Memudahkan Kita Melancong Ke Sana!
Masjid di Tokyo. (Foto: A J Bassha/Google Photo)

Sejak beberapa tahun ini, Jepun giat aktif menambah baik kemudahan untuk pelancong muslim.

Menurut Japan National Tourism Organization, jumlah pelancong muslim ke Jepun menunjukkan peningkatan yang ketara. Dalam tahun 2023 sahaja, sebanyak 870,000 pelancong muslim telah direkodkan melancong ke negara ini.

Peningkatan ini mendorong pembangunan negara untuk menjadi lebih muslim-friendly.

Contohnya bukan sahaja kemudahan makanan halal, kemudahan lain seperti ruang solat juga semakin mudah didapati di Jepun.

Antara lokasi yang menyediakan kemudahan ini termasuk:

  • Matsuya, Ginza
  • Shibuya, Parco
  • Aeon Mall, Chiba, Okinawa, Aichi
Ruang solat di Matsuya, Ginza. (Foto: @halalmediajapan/Instagram)

Ini memudahkan pelancong muslim seperti kita untuk menunaikan ibadah tanpa perlu keluar jauh untuk mencari surau, kan.

Selain Daripada Tendon Itsuki, Ginza. Ini 5 Kedai Halal Paling Sedap Untuk Anda Cuba Di Tokyo

#1. Halal Sukiyaki Restaurant Diyafa
Halal Sukiyaki. (Foto: Japan Muslim Guide)
  • Japan, 〒105-0014 Tokyo, Minato City, Shiba, 2 Chome−18−4 NOビル 2階
  • Dibuka pada hari Isnin sehingga Jumaat dari pukul 11:30 am – 3:00 pm, 5:00 pm – 10:00 pm, Sabtu dan Ahad dari pukul 5:00 pm – 10:00 pm
#2. Teppanyaki Aoyama
Daging Teppanyaki. (Foto: じゅりぽん/Google Photo)
  • Japan, 〒106-0032 Tokyo, Minato City, Roppongi, 6 Chome−7−9 M’s Roppongi 2F
  • Dibuka pada hari Isnin sehingga Jumaat dari pukul 11:30 am – 2:00 pm, 5:30 pm – 11:00 pm, Sabtu dari pukul 11:30 am – 2:00 pm, 5:30 pm – 11:00 pm
#3. Yakiniku Kappo Note
Daging yakiniku. (Foto: 焼肉割烹 ノ音/Google Photo)
  • 2 Chome-9-5 Azabujuban, Minato City, Tokyo 106-0045, Japan
  • Dibuka setiap hari dari pukul 5:30 pm – 11:00 pm
#4. Nikutei Futago Iki Hongo Sanchome
Hirisan daging wagyu. (Foto: @itsshuto/Instagram)
  • Japan, 〒113-0033 Tokyo, Bunkyo City, Hongo, 5 Chome−24−7 プラウドタワー本郷東大前 1F
  • Dibuka setiap hari dari pukul 4:00 pm – 11:00 pm
#5. Halal Wagyu Yakiniku PANGA (Tokyo)
Aneka pilihan daging yakiniku. (Foto: fooddiversitytoday)
  •  3 Chome-27-9 Taito, Taito City, Tokyo 110-0016, Japan
  • Dibuka setiap hari dari pukul 11:30 am – 2:30 pm, 5:00 pm – 11:00 pm

Setiap restoran yang disenaraikan ini wajib anda cuba ketika berada di Jepun, tau. Selamat melancong!

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Ini Kongsi Itinerari 10 Hari 9 Malam Di Jepun

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Ini Kongsi 5 Perkara Yang Dianggap Biadap Di Jepun | TRP

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Kongsi Cara Pengurusan Sampah Di Jepun, Ada 4 Kategori Wajib Diikut | TRP

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd