Now Reading
Lelaki Ini Kongsi Top 6 Nasi Ayam Paling ‘Consistent’ Di Kuala Lumpur – Rasa Macam Air Tangan Ibu!

Lelaki Ini Kongsi Top 6 Nasi Ayam Paling ‘Consistent’ Di Kuala Lumpur – Rasa Macam Air Tangan Ibu!

Sup pekat menyelerakan, nasi wangi dan ayam lebut adalah antara kriteria untuk hasilkan Nasi Ayam yang sedap.

Selain nasi ayam gepuk, nasi ayam boleh dikatakan antara comfort food paling sinonim dengan orang kita.

Tidak kira waktu makan tengahari, makan malam atau bila-bila masa. Nasi dan ayam merupakan antara menu paling selamat untuk memuaskan nafsu makan.

Menerusi laman Threads, seorang pengguna (@faezmalek) menyenaraikan 6 Kedai Nasi Ayam Di Kuala Lumpur paling sedap dan konsisten berdasarkan kriteria seperti:

“Sup dan nasi wangi paling penting. Ayam kena lembut dan segar”

View on Threads

Senarai 6 Kedai Nasi Ayam Paling Sedap Di KL, Untuk Anda Cuba

Sebelum tu, asal hidangan ini berasal dari Hainan, China. Di mana, ayam direbus perlahan untuk menghasilkan stok pati yang kaya, pekat dan menyelerakan.

Kemudian, nasi dimasak menggunakan stok pati tersebut menjadi lebih wangi serta aroma menggiurkan.

Antara senarai pilihan Faez seperti berikut:

#1. Nasi Ayam Alexis Bistro, Great Eastern Mall
Alexis Bistro. (Foto: Great Eastern Mall)
  • Lot 10, 303, Jln Ampang, Desa Pahlawan, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
  • Waktu operasi: Dibuka setiap hari pada jam 11:00 am sehingga 11:00 pm
#2. Nasi Ayam Grand Hyatt, KL (JPTeres)
Hainan Chicken Rice, JP Teres. (Foto: Grand Hyatt KL)
  • 12, Jalan Pinang, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Waktu operasi: Dibuka setiap hari pada jam 8:30 am sehingga 11:00 pm
#3. Nasi Ayam Food Exchange, The Exchange TRX
Nasi Ayam di Food Exchange, The Exchange TRX. (Foto: Reddit/r/malaysianfood)
  • C.FC.01, Concourse Level, Plaza The Exchange TRX, Persiaran TRX, Tun Razak Exchange, 55188 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
  • Waktu operasi: Dibuka setiap hari pada jam 10:30 am sehingga 9:30 pm
#4. Nasi Ayam Grandmama’s, Pavilion KL
Grandmama’s. (Foto: Eatdrinkkl)
  • Lot 6.01.02 , P 6.01.00 & P 6.02.00, Lot 6.01.02 , P6.01.00 & P6.02, 168, Jln Bukit Bintang, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur
  • Waktu operasi: Dibuka setiap hari pada jam 11:00 am sehingga 10:00 pm
#5. Nasi Ayam Hainan, Four Seasons KL
Nasi Ayam Hainan, Four Seasons KL. (Foto: @poprainbow/YouTube)
  • 145, Jln Ampang, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Waktu operasi: Dibuka setiap hari pada jam 10:00 am sehingga 10:00 pm
#6. The Chicken Rice Shop (Ikut Outlet)
The Chicken Rice Shop. (Foto: thechickenriceshop_
  • Lot 1.104.00 & E1.104.0, Elite Pavilion, Level 1, 168, Bukit Bintang Rd, 55100 Kuala Lumpur
  • Waktu operasi: Dibuka setiap hari pada jam 10:00 am sehingga 10:00 pm

Ini Versi Nasi Ayam Yang Ada Di Negara Jiran

#1. Hainan, China
Nasi Ayam Hainan, China. (Foto: NYT Cooking)

Di negara asal, versi nasi ayam di sini jauh lebih ringkas berbanding negara lain. Maksudnya, ayam yang dihidangkan tiada bahan penambah seperti rempah, perapan dan lain-lain. Ini untuk memastikan tekstur ayam tersebut jadi lembut dan sedikit kenyal.

Sosnya pula sangat simple! Gabungan halia, bawang putih dan daun ketumbar. Sos kicap pekat atau cili jarang dihidangkan bersama yang biasa kita lihat di negara kita.

#2. Singapura
Nasi Ayam Hainan, Singapura. (Foto: Fred Hardy/Serious Eats)

Di Singapura pula, nasi ayamnya dianggap sebagai versi paling standard, dan mudah dikenali di mata dunia. Ayam akan dimasak menggunakan teknik poached sebelum disejukkan dalam air sejuk. Teknik ini memastikan kulit lebih licin dan kenyal.

Nasi pula dimasak dengan stok pati ayam yang pekat, bawang putih, daun pandan dan kadangkala daun serai menjadikan setiap suapan lebih menyelerakan.

Hidangan ini tidak lengkap tanpa sos cili pedas, halia, kicap pekat dan hirisan timun.

#3. Thailand
Khao Man Gai, Thailand. (Foto: Eating Thai Food)

Kalau di Thailand pula, hidangan ini lebih mesra dikenali sebagai Khao Man Gai. Sos cili digantikan dengan pes soya yang dicampur dengan bawang putih dan cili padi.

Tambahan pula, versi Thailand sering menghidangkan organ dalaman ayam seperti hati, usus yang lebih sinonim dengan selera orang Thai.

Pelengkap hidangan ini ialah sup jernih seperti tomyum dan terdapat versi ayam digoreng hingga ranggup yang popular di Bangkok, dikenali sebagai Khao Man Gai Tod.

Khao Man Gai Tod. (Foto: Nina Galent/Saveur)
#4. Vietnam
Com ga Hoi An. (Foto: Umami)

Di Vietnam, hidangan ini dikenali sebagai Com ga Hoi An yang mudah didapati di bandar Ho Chi Minh dan Hanoi.

Ayam dicincang halus dan dihidangkan bersama pelbagai herba segar seperti pudina, ketumbar, mangga hijau dan jeruk lobak merah. Selain itu, sos cili digantikan dengan sos berasaskan sos ikan yang dikenali sebagai nouc cham.

#5. Melaka, Malaysia
Bebola Nasi Ayam, Melaka. (Foto: Maktok)

Kalau di negara kita pula, terdapat satu versi yang berbeza daripada nasi ayam sering kita nikmati.

Di bandar bersejarah, Melaka. Versi bebola nasi ayam sangat popular tau! Hidangan ini dipercayai berasal daripada nelayan yang bekerja di bandar ini.

Nasi yang dibentuk menjadi bebola memudahkan nelayan untuk makan dan bawa sebagai bekal sepanjang hari bekerja.

Haa.. terliur kan? Jom makan nasi ayam masa tenghari nanti!

Baca Artikel Berkaitan: Jurulatih Kesihatan Kongsi Teknik Makan Nasi Dengan Betul, Boleh Elak Gemuk! | TRP

Baca Artikel Berkaitan: Suka Makan Nasi Kerabu Lemak Bakar? Doktor Ini Tampil Beri Teguran | TRP

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Cef Terkenal Nobatkan Nasi Goreng Kampung Paling Sedap, Kalahkan Nasi Goreng Peru & Vietnam | TRP

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd