Now Reading
Lelaki Ini Kongsi Pilihan Menu Tinggi Protein & Kurang Kalori Di Subway

Lelaki Ini Kongsi Pilihan Menu Tinggi Protein & Kurang Kalori Di Subway

Walaupun kebanyakan menu Subway adalah berkhasiat, namun ada banyak pilihan yang lebih baik jika anda menyasarkan untuk menurunkan berat badan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sekarang ini, semakin ramai rakyat Malaysia yang mahu mengubah gaya pemakanan mereka ke arah yang lebih sihat. Bukan sahaja bagi mendapatkan berat badan impian tetapi juga untuk menjaga kesihatan diri.

Oleh disebabkan itu, ramai yang akan membeli makanan dari kedai yang menawarkan menu-menu sihat sebagai contoh Subway. Lebih-lebih golongan para pekerja yang kadangkala kesuntukan masa untuk menjamu selera.

Beli dan makan sahaja sandwic yang cukup dengan protein, karbohidrat dan lemak, kemudian boleh terus sambung kerja tanpa perlu menunggu lama.

Baca Artikel Berkaitan: Pilihan Menu Subway Boleh Cerminkan Karakter Anda Yang Tersendiri, Betul Ke?

Baca Artikel Berkaitan: Nak Jimat Duit? Ini Menu Kurang Dari RM10 Yang Anda Boleh Dapat Dari Subway

Baca Artikel Berkaitan: Subway ‘Upgrade’ Menu Italian B.M.T. Kali Ini Lebih Padu! [Review]

Pilihan Menu Subway Yang Sesuai Untuk Turun Berat Badan

Baru-baru ini, seorang lelaki dikenali sebagai Jet menerusi hantaran di laman Threads ada berkongsi tentang pilihan menu Subway yang lebih sihat dan sesuai buat mereka yang mahu mendapatkan berat badan ideal.

Tidak dinafikan, kebanyakan menu dijual di Subway memang tinggi dengan protein. Bagaimanapun, tanpa anda sedari ada juga sesetengah daripadanya mempunyai kandungan kalori tinggi yang mampu melambatkan proses penurunan badan.

Buat anda yang mahu singgah ke Subway untuk makan tengahari, take note! Antaranya:

Menu sandwic tinggi protein:

  • Roasted Chicken (331kcal/23g protein): Menggunakan ayam bahagian dada yang dipanggang dalam ketuhar.
  • Chicken Slice (300kcal/20g protein): Pilihan daging dengan kalori terendah dalam menu Subway.
  • Chicken Teriyaki (362kcal/27g protein): Rasa yang lazat tetapi dalam masa yang sama sihat.
Sumber: Facebook Subway Malaysia

Ramai yang mungkin termasuk ‘perangkap’ dengan membeli Subway Tuna atau Egg Mayo. Meskipun kedua-dua protein itu adalah bagus untuk kesihatan namun ia dicampur dengan sos yang banyak seperti mayonis.

  • Tuna (507kcal/22g protein)
  • Egg Mayo (421kcal/17g protein)
Foto: Subway Tuna

Pilihan sos:

Selepas roti dan protein, mesti anda akan pilih sos juga kan? Namun jangan lupa untuk buat pilihan bijak kerana kebanyakan sos sebenarnya mengandungi kandungan kalori yang tinggi.

Berikut adalah perbezaan kalori bagi beberapa jenis sos:

  • Mayonis: 100kcal
  • Mustard: 5kcal

Menurut Jet, sos berkrim seperti mayonis atau Thousand Island menambah kira-kira 70-100 kalori bagi setiap picitan (squeeze). Jika anda mahu menambah kemanisan kepada sandwic, pilihan lebih baik ialah Sweet Onion atau Honey Mustard.

Foto: Honey Mustard
Sumber: Reddit

Pilihan hidangan sampingan:

Memang tidak dinafikan, cookie Subway antara menu kegemaran ramai tidak dewasa atau kanak-kanak. Kadangkala, ada yang sanggup singgah ke sana hanya untuk membeli cookies.

Tetapi ia bukan pilihan ideal jika anda mahu menurunkan berat badan kerana satu cookie bersamaan dengan 200kcal.

Sebaliknya, anda disarankan untuk menukar kepada Corn In Cup tanpa mentega yang hanya mengandungi 140kcal sahaja.

Foto: Corn In Cup.
Sumber: Facebook Subway Malaysia

Pilihan minuman:

Kalau anda mahu mengambil minuman berkarbornat, pilihan yang bagus untuk menurunkan berat badan ialah Coke Zero iaitu bersamaan dengan 0kcal. Untuk info, minuman Coke biasa mengandungi sebanyak 124kcal.

Bagaimanapun, pilihan terbaik antara semua minuman adalah air mineral yang mana anda boleh kurangkan sehingga 100 kalori dalam diet.

View on Threads

Menerusi semakan kami, Jet telah memperkenalkan satu segmen di mana dia akan berkongsi cara-cara dan tips untuk mengurangkan berat badan. ‘Panduan turun berat menu Subway’ ini merupakan episod 4 bagi segmen tersebut.

Panduan yang dikongsikan itu tidak bermaksud menu-menu Subway lain tidak berkhasiat, namun terdapat beberapa pilihan makanan kurang kalori yang anda boleh pilih, khususnya buat mereka yang sedang jaga berat badan.

Baca Artikel Berkaitan: Hilang 6 KG dalam 7 Hari, Wanita Ini Kongsi Cara Diet ‘General Motor’

Baca Artikel Berkaitan: Berjaya Hilang 16KG Dalam Masa 6 Bulan, Lelaki Kongsi Tips Turunkan Berat Badan

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kevin Zahari Dedah 5 Tips Mudah Untuk Turun 5kg Bulan Ramadan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd