Now Reading
[Review] ‘Raya Party Pack’ Inside Scoop Dengan 3 Perisa Raya, Manisan Yang Sesuai Sempena Aidilfitri

[Review] ‘Raya Party Pack’ Inside Scoop Dengan 3 Perisa Raya, Manisan Yang Sesuai Sempena Aidilfitri

Tiga aiskrim perisa Raya yang diperkenalkan oleh Inside Scoop sempena Aidilfitri kali ini ialah Kek Batik, Pistachio Kunafa Chocolate dan Tepung Pelita.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bila tiba Aidilfitri, memang seronok menjamu selera dengan pelbagai hidangan yang selalunya cuma ada waktu hari raya macam ketupat palas, rendang tok dan lemang.

Kalau dah kenyang dengan makanan berat, kuih dan biskut raya sedia dijamah sambil bersembang dengan sanak-saudara dan sahabat andai.

Tapi dalam cuaca panas ini, ada satu makanan yang memang sedap betul kalau kita pekena iaitu aiskrim!

Inside Scoop Perkenal 3 Perisa Raya Sempena Aidilfitri

Sempena Aidilfitri tahun ini, Inside Scoop memperkenalkan tiga perisa aiskrim baharu:

  • Kek Batik – Diinspirasikan daripada kek kegemaran ramai ketika hari raya, berasaskan aiskrim biskut Marie yang dicampur dengan aiskrim Belgian Dark Chocolate dan ditabur potongan kek batik.
  • Pistachio Kunafa Chocolate – Gabungan aiskrim Pistachio dan aiskrim Belgian Dark Chocolate, ditabur kunafa pistachio dan karamel pistachio.
  • Tepung Pelita – Perisa kuih tradisi setiap kali tiba musim Ramadan ini dihasilkan dengan campuran aiskrim Pandan dan sorbet Coconut.

Kesemua perisa aiskrim ini boleh didapatkan pada harga RM36.50 bagi tab bersaiz 473ml.

Dapatkan ‘Raya Party Pack’ Pada RM70 Untuk Kesemua 3 Perisa

Jika anda ingin mendapatkan ketiga-tiga perisa Raya ini, Inside Scoop turut memperkenalkan set Raya Party Pack pada harga RM70 yang merangkumi:

  • 2 scoop Kek Batik
  • 2 scoop Pistachio Kunafa Chocolate
  • 2 scoop Tepung Pelita

Untuk memesan set ini, kami sarankan anda hubungi dahulu cawangan Inside Scoop berhampiran bagi menyemak jika mereka masih mempunyai stok.

Anda juga boleh mendapatkan set Raya Party Pack secara dalam talian menerusi aplikasi Grab.

Foto: TRP/ Sharifah

Review Aiskrim Raya Inside Scoop

Dengan rasanya yang tersendiri, ketiga-tiga aiskrim Inside Scoop perisa Raya ini memang mengingatkan kita dengan hari raya!

Penulis berkesempatan untuk mencuba kesemua perisa baharu ini dengan memesan set Raya Party Pack.

Kek Batik

Bagi perisa Kek Batik, aiskrim biskut Marie yang manis diseimbangkan dengan rasa pahit dari aiskrim coklat gelap Belgium.

Lebih menarik lagi, aiskrim ini turut ditabur dengan kepingan kek batik yang penuh rasa coklat dan ‘chewy’, sama macam makan kek batik sebenar.

Ini adalah saranan kami buat mereka yang gemarkan aiskrim coklat.

Foto: Inside Scoop
Pistachio Kunafa Chocolate

Coklat kunafa pistachio memang menjadi kegemaran sejak kebelakangan ini dan Inside Scoop berjaya membawa rasanya dalam bentuk aiskrim.

Gabungan aiskrim pistachio dengan rasa lemak kacang dan aiskrim coklat gelap Belgium yang sedikit pahit menyeimbangkan keseluruhan rasa Pistachio Kunafa Chocolate itu.

Kepingan kunafa pistachio pula memberi tekstur yang rangup, sekali gus mengingatkan kami kepada kunafa sebenar.

Mereka yang gemarkan aiskrim pistachio memang wajib cuba perisa ini.

Foto: Inside Scoop
Tepung Pelita

Bagi kami, ini adalah perisa yang paling unik dalam set Raya Party Pack oleh Inside Scoop.

Rasanya lebih ‘refreshing’ berbanding kedua-dua perisa di atas yang pekat dengan rasa coklat gelap.

Rasa aiskrim pandan yang kuat dan wangi dicampur dengan sorbet kelapa memang membuatkan penulis teringat pada kuih tradisi Melayu itu.

Namun aiskrim ini lebih manis dan mungkin kurang digemari oleh mereka yang tidak berapa sukakan rasa manis yang kuat.

Tapi kalau korang peminat kuih tepung pelita, kami cadangkan untuk cuba perisa unik ini.

Foto: Inside Scoop

Kek Aiskrim Inside Scoop Sempena Aidilfitri

Selain aiskrim, Inside Scoop turut memperkenalkan kek aiskrim dengan perisa Raya yang sama sempena Aidilfitri ini.

  • Kek Batik Slice Cream Box (RM75)
  • Pistachio Kunafa Chocolate Slice Cream Box (RM85)
  • Kektupat Ice Cream Kek (RM163)

Jangan lupa hubungi cawangan Inside Scoop berhampiran untuk semak ketersedian terlebih dahulu.

Foto: Inside Scoop

Baca Artikel Berkaitan: Inside Scoop Perkenal ‘LOKAL LEGENDS’ Sempena Hari Merdeka, Tawar 6 Perisa Tempatan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd