#Ramadan2026: LEGOLAND Hotel Malaysia Tawar ‘Flavours of Nusantara’ di Restoran Bricks Family
Bufet ini berlangsung dari 21 Februari 2026 (Sabtu) hingga 18 Mac 2026 (Khamis), menampilkan lebih 200 pilihan hidangan yang diinspirasikan daripada citarasa Malaysia, rantau Nusantara dan juga sajian antarabangsa.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Ramadan kali ini, jom buka puasa dengan penuh warna dan rasa di Flavours of Nusantara, bufet istimewa yang berlangsung di restoran yang baru dinaik taraf, Bricks Family Restaurant di LEGOLAND Malaysia Resort.
Bufet ini berlangsung dari 21 Februari 2026 (Sabtu) hingga 18 Mac 2026 (Khamis), menampilkan lebih 200 pilihan hidangan diinspirasikan daripada citarasa Malaysia, rantau Nusantara dan juga sajian antarabangsa.

Daripada juadah tradisi yang mengenyangkan hinggalah ke stesen masakan secara langsung (live cooking), pengalaman makan malam di sini memang meriah dan interaktif.
Antara tarikan utama termasuk kambing golek panggang, mee tarik, serta asam pedas dalam claypot, semuanya dinikmati dalam suasana bertemakan LEGO® yang ceria dan mesra keluarga.
Lebih istimewa, tetamu turut dihiburkan dengan persembahan muzik dan tarian tradisional, menambahkan lagi aura Ramadan yang penuh kemeriahan. Memang sesuai untuk gathering buka puasa bersama keluarga dan orang tersayang.

Antara Hidangan Wajib Cuba
#1. Kambing Golek
Hidangan ‘centre piece’ Ramadan ini dipanggang perlahan sehingga lembut dan juicy. Diukir secara live, setiap potongan penuh rasa berempah dan cukup lembut di mulut.
#2. Ramen Live Station (Sup Daging atau Ayam)
Disediakan panas-panas di stesen live cooking, ramen ini dihidangkan dengan kuah daging atau ayam yang kaya rasa. Mee kenyal dipadankan dengan sup beraroma.


Pendek kata, memang jadi comfort food terbaik waktu berbuka.
#3. Asam Pedas Claypot
Masakan klasik Malaysia dengan kuah pekat, masam, pedas dan berempah. Dimasak perlahan dalam claypot untuk kekalkan aroma dan rasa yang padu.
#4. Kupang Hitam Masak Cili
Kupang segar dimasak dalam sos cili berempah yang seimbang pedas dan savoury. Sedap dimakan dengan nasi panas atau roti.
#5. Patin Tempoyak
Menu ikonik Pahang dengan ikan patin lembut dimasak bersama kuah tempoyak yang lemak, masam dan cukup beraroma. Bold tapi memang padu.
#5. Daging Salai Daun Selom
Daging brisket salai yang dimasak perlahan sehingga empuk, dihidangkan bersama lecek daun selom beraroma. Rasa kampung yang sangat comforting.
#6. Daging Kalio
Inspirasi Minangkabau, daging dimasak dalam santan dan rempah hingga empuk dan berkuah pekat. Lebih berkuah berbanding rendang, dengan rasa kari yang seimbang dan harum.
#7. Satay Minang
Daging bakar juicy dengan kuah Minang yang pekat dan sedikit pedas.
#8. Bakso
Sup bebola daging gaya Indonesia dengan kuah jernih penuh rasa. Simple tapi memang mengenyangkan.
Sweet Ending & Live Dessert
Akhiri makan malam dengan kopi Turki buatan sendiri yang pekat dan beraroma.

Di stesen pencuci mulut live, tetamu boleh nikmati:
- Kuih Ketayap segar dibuat depan mata
- Cucur durian
- Cucur jagung
- Cucur pisang
Memang rasa nostalgia Ramadan. 🙂
Bufet Berbuka Puasa di LEGOLAND Malaysia
Tarikh: 21 Februari 2026 – 18 Mac 2026
Masa: 6.00 petang – 10.00 malam
Early Bird (23 Januari 2026 – 28 Februari 2026)
Isnin – Khamis
- Dewasa: RM188 (EB RM168)
- Warga Emas: RM138 (EB RM118)
- Kanak-kanak: RM88 (EB RM68)
Jumaat – Ahad
- Dewasa: RM228 (EB RM200)
- Warga Emas: RM178 (EB RM148)
- Kanak-kanak: RM128 (EB RM98)
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer & Assistant Editor.