Malam Warisan Melayu: The St. Regis Kuala Lumpur Angkat Semula Cita Rasa Warisan Yang Kian Dilupakan
Malam Warisan Melayu 2026 di The St. Regis Kuala Lumpur menjanjikan pengalaman Ramadan elegan, bermakna dan kaya dengan rasa warisan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Sempena bulan yang penuh keberkatan ini, The St. Regis Kuala Lumpur mempersembahkan Malam Warisan Melayu 2026 iaitu sebuah penghormatan terhadap ‘Forgotten Flavours of Malaysia’ bagi mengangkat semula resepi turun-temurun dan bahan warisan yang kian dilupakan.
Diinspirasikan daripada simbolik wau tradisional yang terbang megah di angkasa, Malam Warisan Melayu meraikan keindahan budaya dan warisan Melayu dengan sentuhan elegan dan penuh makna.

Setiap hidangan dan pengalaman dirangka dengan teliti, menyemarakkan semangat refleksi, kesyukuran dan kemurahan hati sepanjang musim ini.
Nikmati perjalanan kulinari merentasi 14 negeri di Malaysia, diketuai oleh Cef Eksekutif Norazizi Taslim dan pasukan kulinari yang memperhalusi resepi tradisional dengan gabungan rempah ratus istimewa.

Bufet eksklusif ini menampilkan menu berputar (rotational menu) yang memberi peluang kepada tetamu merasai kepelbagaian rasa dari seluruh negara dalam suasana mewah dan intim.
Antara hidangan utama termasuk:
- Negeri Sembilan – Ayam Panggang Pasu Berempah Dwi Jintan
- Melaka – Udang Harimau Masak Lemak Cili Api Belimbing Buluh
- Kedah – Pindang Ikan Jenahak Rebus Timun Tua
- Selangor – Kambing Salai Gulai Terung Pipit
- Johor – Asam Pedas Ikan Jenahak Umbut Keladi
- Terengganu – Sotong Sumbat Gulai Daun Limau Purut


Malam Warisan Melayu Buffet
- Lokasi: The Reading Room, Aras 2 @ St. Regis Kuala Lumpur
- Tarikh: 18 Februari – 18 Mac 2026
- Waktu: 6.30 petang – 10.30 malam
- Harga:
- MYR298 nett (dewasa)
- MYR149 nett (kanak-kanak)
Warisan Melayu Signature Takeaway Box

Raikan momen berbuka puasa di rumah dengan kotak hidangan lengkap yang menyatukan cita rasa seluruh negara, termasuk:
- Terengganu – Satar Tauhu Sumbat Daun Cekur
- Selangor – Kerabu Udang Harimau
- Perlis – Sup Daging Berempah Bersama Bergedil Kentang & Sambal Kicap
- Johor – Nasi Biryani Beringin Pussa Rempah Kuzi
- Perak – Daging Dendeng Gula Kabung
- Melaka – Sambal Petai Udang Harimau Daun Cekur
- Kedah – Pucuk Manis Masak Lemak Putih Keledek
Pencuci mulut termasuk Yuzu Lemon Carrot Cake, Honey Jackfruit Upside Down Cake, Somsom Gula Melaka Pudding, Tropical Fruit Pavlova, Mango Lime Cheesecake dan kurma bersalut coklat.
House of Warisan Melayu
Musim memberi menjadi lebih bermakna dengan pelancaran House of Warisan Melayu, koleksi hadiah eksklusif yang diinspirasikan daripada seni wau dan tradisi pemberian.

Antara pilihan istimewa yang boleh didapati adalah:
- Signature Sambal Box
- Warisan Melayu Cake Collection
- Kunafa Chocolate
- Chocolate Bon Bons berbentuk wau mini
Semua pilihan tersedia untuk dine-in dan takeaway di The Drawing Room bermula 25 Februari sehingga 18 Mac 2025.
Daripada bufet penuh nostalgia hingga koleksi hadiah eksklusif dan bengkel interaktif untuk seisi keluarga, Malam Warisan Melayu 2026 di The St. Regis Kuala Lumpur menjanjikan pengalaman Ramadan elegan, bermakna dan kaya dengan rasa warisan.
Untuk maklumat lanjut atau tempahan, hubungi +603 2727 6696 atau e-mel ke dining.kualalumpur@stregis.com.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.Â
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer & Assistant Editor.